Wednesday, July 13, 2011

Gelombang Bersih’ paparan Suara Keadilan edisi 24

Akhbar Suara Keadilan edisi 24 tampil dengan liputan himpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berlangsung penuh bersejarah di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Gambar-gambar, laporan sebenar dari lokasi himpunan dan reaksi pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dirakam pada lebih 20 halaman dalam keluaran ini.

Wajah Malaysia pelbagai bangsa dari segenap umur terlakar menghiasi berita kejayaan Bersih mengumpul 50,000 peserta himpunan di pelbagai lokasi antaranya Menara Maybank, Pasar Seni, Puduraya, Jalan Petaling, Jalan Masjid India, perkarangan KLSCAH dan KLCC.

Kronologi bergambar detik cemas sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak dari jarak dekat dengan gas pemedih mata oleh polis atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut dimuatkan pada muka surat dua.

Manakala muka akhir Suara Keadilan memaparkan kemeriahan sambutan Bersih di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Suara Keadilan 24 turut memaparkan berita dan gambar keganasan polis terhadap peserta himpunan aman Bersih dan pimpinan Pakatan Rakyat, sekaligus menafikan laporan media arus perdana kononnya polis tidak bertindak kasar.

Antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena kelongsong besi gas pemedih mata.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu turut menjadi mangsa apabila dirempuh Land Rover polis secara sengaja menyebabkan beliau perlu memasukkan cakera besi ke lututnya dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Turut dimuatkan adalah gambar dan berita menyayat hati seorang pemuda yang digari, dipijak polis sehingga patah kaki dan dibiarkan kesakitan di tepi Puduraya.

Paling tragis kematian Baharuddin Ahmad akibat sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata. Upacara pengebumiannya dilaporkan pada muka surat lapan edisi
ini.

Atas semangat kebebasan berpersatuan dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, himpunan Pemuda Umno dan Patriot turut dilaporkan Suara Keadilan pada muka sembilan.

Ruangan turun padang menampilkan Ahli Dewan Undangan Muda (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Politik Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keluaran kali ini juga menampilkan jawapan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad tentang fitnah penulis blog terhadap pengacara Wardina Safiyyah yang menghadiri program Karnival Mesra Rakyat ‘Jom Santai’ di Desa Mentari.

Sementara itu, lebih tiga komentar dan analisis berkaitan himpunan Bersih oleh penulis prolifik antaranya Hasmi Hashim dengan tajuk ‘Dari Jalan Kebun ke Istana Negara’ selain paandangan editor laman web Merdeka Review, Lim Hong Siang.

Kolumnis ‘Dari Brickfields’ Hishamuddin Rais seperti selalu merakam peristiwa negara dengan caranya sendiri. Kali ini himpunan Bersih menjadi subjek dengan tajuk ‘Ceritera Bersih jadi pedoman cucu-cicit’.

Rakaman himpunan detik bersejarah Bersih 2.0 hanya boleh didapati dari Suara Keadilan 24. Dapatkan segera sebelum kehabisan !!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment