ini pula ialah petikan yang di ambil mengenai pengalaman benar dari lokap untuk kita berfikir. penulis pengalaman minta dirahsiakan identiti
"
Baru-baru ini aku mengalami kejadian yang paling teruk dalam kehidupanku. Polis telah tersalah tangkap aku.Mereka menuduh aku melakukan janayah. Walaupun telah dilepaskan namun kesan itu amat mendalam kepada keluarga dan aku sendiri.
Jam 12.45 malam sepasukan polis telah megetuk pintu rumahku dan mengajakku untuk ke balai. Aku dengan rela menurut kehendaknya. Alasan diberi untuk disoal siasat. Alangkah terkejutnya apabila mereka menahan aku di lokap. Inilah kali pertama aku mengalami kejadian itu. Bermulalah episod ngeri dalam hidupku.
HARI PERTAMA
Jam 3.00 pagi - Aku melangkah masuk kedalam lokap.Aku disumbat ke sel no.1.Seramai 15 penghuni disana.Tiada tempat untuk tidur menyebabkan aku terpaksa berdiri sepanjang malam.
Jam 5.00 pagi - Di sediakan makan sahur berlaukkan ikan kerisi (yang layak dibuat baja) dan segelas air teh di isi dalam gelas yang penuh lumut.Kuahnya adalah kuah asam yang sudah basi.Nak tak nak aku terpaksa makan walaupun sikit untuk mengalas perut untuk puasa esoknya.
Hari Kedua
Jam 10.00 pagi - Aku terus di bawa kehadapan hakim untuk di tahan reman bagi membantu siasatan.Aku hairan membantu siasatan pun harus ditahan di lokap.
Jam 7.00 petang- Setelah satu hari dalam lokap tanpa sebarang siasatan,waktu berbuka pun tiba.Aku lihat makanan yang di sediakan di hadapan mata.nasi putih,seketul ikan tongkol sebesar ibu jari dan sedikit sayur yang sudah basi.Hanya beberapa suap saja yang sanggup ku telan, selebihnya dibuang.
Jam 5.00 Pagi - Sepanjang malam aku tidak dapat melelap mata akibat keadaan penghuni yang amat ramai dan nyamuk yang terlalu banyak. Semasa sahur,makanan disediakan adalah seperti menu berbuka tadi tapi kali ini ikannya tidak masak dan sudah buruk dan berbau semacam namun terpaksa ku telan sedikit saja.
Hari Ketiga
Jam 10.00 pagi - Aku telah dinafikan hak untuk menelefon keluarga di luar.Dalam kerisauan itu adalah seorang penghuni sel menyarankan aku berjumpa seorang polis yang menjaga lokap jika ingin menelefon namun mesti membayar duit kopi kepadanya.Walaupun berat hati namun aku terpaksa memberinya.Wang sudah tidak ada makna ketika itu.
Jam 7.00 petang- Menu berbuka rasa nak muntah dimana isinya adalah ikan tongkol dan sayur malam tadi.
Jam 5.00 - sudah tiga hari aku tidak dapat tidur kerana terlalu ramai orang kena tahan dan nyamuk.Makanan sahur seperti biasa semuanya tidak semacam makanan aje.
Di atas adalah catatan beberapa hari aku di lokap.catatan lengkap selama enam hari aku di lokap biarlah menjadi tauladan pada aku.Namun beberapa perkara yang aku ingin ketengahkan adalah:
1)Kenapa harus apabila di tahan kita dianggap salah sehingga mahkamah menyatakan tidak bersalah.
2)Kenapa hak-hak kita sebagai manusia di nafikan sewenangnya?
3)Kenapa makanan yang di sediakan terlalu teruk sehingga kucing pun tidak mahu makan makanan tersebut?
4)Kenapa dibiarkan penagih HIV POSITIF di campurkan bersama dengan tahanan yang tidak terlibat dalam dadah?
5)Kenapa dibela nyamuk di dalam lokap yang mana orang tahanan di haramkan memakai baju hanya seluar lokap saja?
6)Kenapa kerana urusan siasatan saja seseorang itu harus direman tanpa sebarang bukti?
7)Kenapa harus diseksa tahanan untuk mendapatkan pengakuan ?
8)Kenapa harus berlaku rasuah dilokap sedangkan lencana intengriti adalah satu kebanggaan polis?
9)Kenapa harus mengharamkan keluarga untuk berjumpa apabila seseorang kena tahan?
10)Kenapa Polis merasakan kuasanya terlalu besar sehingga tidak mahu mendengar jawapan yang tidak menjuruskan kepada kesalahan itu?
Aku harap agar rencana ini di jadikan tauladan dan aku berharap agar aku mendapat keadilan setelah kehilangan enam hari yang dirampas kejam oleh kekuasaan yang tidak di bendung.Ingat POLIS adalah penjaga keselamatan bukannya tiket untuk kekayaan.Jika trend ini berterusan tiadalah istilah tidak bersalah kerana paksaan di gunakan untuk mendapat pengakuaan.....fikirkanlah dengan serius.....
Kesiannnnn...betul ke cerita ini...dah 25 tahun tahun jaga lokap polis tp tak pernah jaga lokap yg teruk mcm ni...betul ke cerita kamu ni...jgn menabur fitnah, semak balik apa kuasa-kuasa polis tangkap orang, masukan orang dalam tahanan dan baca lah WARTA LOKAP yg terpampang dalam lokap tu...Polis tu lagi malas nak buat keje sia-sia, tangkap orang tak tentu sebab...mungkin tak cukup atau bukti telah terhapus ...fikir-fikirkan lah bersama...Tp ingat JANGAN TABUR FITNAH, ingat DOSA dan PAHALA.
ReplyDeleteORG LAIN PUN PERNAH MSK LOKAP... XYAH LA NAK MENIPU!
ReplyDeleteelleh politik lebih...
ReplyDeletekalau buat mcm hotel...
makin bykla org nak masok lokap...
org mcm ko..lagila suka buat kacau dekat luar...
No.9 itulah yg dilalui oleh mak ayah sy skarang.diorg nak tgk anak diorg mcm2 alasan polis kasi.dimain2kan mak ayah sy kejap boleh jumpa kejap x.polis2 kat luar sana buat la keja korg elok2.kot ye org tu salah bukan kuasa ko nak seksa org yg ditahan tu dari jumpa mak ayah diorg.lgpun org masuk lokap ni dlm siasatan x jatuh hukum lg bersalah atau x.jgn lah ko layan mcm sampah.kalo org layan ko mcm sampah ko nak x?lagi2 kalo ko x bersalah.sapa nak kan.otak ada guna la.pasal makanan x boleh ckp apa la mungkin tu salah 1 cara nak bagi dorg insaf.apa2 pun aku dah x nak percaya polis n media.lain yg jadi lain yg kuar kat berita n paper.benda xde korg ada2kan.1 je nak ckp pada si penyebar fitnah, pandai2 tanggung dosa k..kami xkan maafkan korg.cara layanan korg ke atas abg aku,aku xkan maafkan.
ReplyDeleteWaa. Giler sedih. Knapa jadi cmtu eh? Cuak aku sbgai civilian biase.
ReplyDelete