Friday, March 18, 2011

Gaji Menteri Malaysia (VVIP) VS Rakyat Malaysia

Jika tahun 1980 Gross Domestic Product bagi Malaysia adalah sama dengan Korea Selatan. Kalau tanya sekarang? Sekarang sudah jauh berubah yang mana Malaysia di mana nisbah GDP Malaysia dengan Korea adalah 1:2. Vietnam? Erm….Vietnam pun pada masa itu tak sampai 1% pun. Sekarang Vietnam sedang giat memacu ekonomi mereka yang mana pelaburan luar Malaysia dan Vietnam sudah pun hampir sama iaitu sekitar RM8 billion dan tidak mustahil Vietnam bakal jauh ke hadapan daripada segi jumlah pelaburan luar. Kalau dahulu 35% daripada pelaburan luar di Asia Tenggara ini masuk ke Malaysia.

  • 50 tahun dahulu, kita sering bercakap Malaysia antara negara yang paling baik di Asia(lebih baik daripada Hong Kong dan Jepun)
  • 30 tahun dahulu, kita sering bercakap Malaysia lebih baik daripada Korea dan Taiwan( masa itu Jepun dan Hong Kong belum bangkit lagi)
  • 20 tahun dahulu, ok…..kita masih baik daripada China Thailand dan Singapura( kalah keada negara-negara Harimau Asia di atas)
  • 10 tahun dahulu – macam mana teruk pun, kita masih lebih baik daripada Vietnam dan Indonesia.
  • Sekarang? Kini? Pada masa akan datang?

Adakah kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Sekarang ini, kepercayaan penuh diberikan kepada Kerajaan Malaysia diharap dapat memacu ekonomi seperti yang kita nikmati dahulu. Diharap, jangan ada cakap-cakap 20 tahun lagi, kita masih menang dengan timor leste dan setaraf dengan Zimbabwe. (Harap-harap dijauhkan sekali). Memang harus diakui pendapatan rakyat Malaysia sekarang ini semakin kecil nilai. Sepatutnya kerajaan dah mula dan patut menyasarkan industri yang berpendapatan besar. Manufacturing dah tak boleh hidup sangat disebabkan kos tidak mampu menyaingi negara China dan Vietnam.

Pasti akan ada yang mempersoalkan tentang,

“mengapa mesti dibandingkan antara negara kecil seperti Singapura dengan Malaysia?”. Singapura itu kecil bolehla…….

Mudah sahaja. Satu perkataan yang terbaik untuk jawapan kepada persoalan ini. PENINGKATAN. Takkan kita hanya nak ikut Singapura apabila sebut bab subsidi minyak sahaja semasa ingin menaikkan harga minyak. Sekarang ini kita bercakap kedudukan ekonomi Malaysia jika dibanding dengan Singapura contohnya. Kalau dahulu ekonomi Malaysia di mana? Singapura? Sekarang ini, Singapura sudah bergerak jauh ke hadapan disebabkan PENINGKATAN daripada segi mereka berjaya memacu ekonomi mereka.

  1. Semasa Singapura keluar daripada Malaysia, matawang Malaysia dengan Singapura hampir sama nilainya
  2. Singapura tiada langsung sumber asli. Tanah pun tak cukup. Malaysia? Malaysia ada segala-galanya contohnya minyak, balak dan keluasaan tanah yang sedia ada.
  3. Walaupun nilai import di Singapura lebih tinggi berbanding exportnya, mereka mampu meningkat pendapatan negara.
  4. Pendapatan perkapita rakyat Malaysia adalah RM17,182 (AS$5,000) setahun berbanding pendapatan perkapita rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000) setahun. Ini menunjukkan pendapatan tahunan rakyat kita enam kali lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi seperti Singapura
  5. Persoalannya sekarang, kenapa Malaysia ketinggalan dari banyak aspek, sedangkan Malaysia ada banyak kelebihan

Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk melonjakkan ekonomi negara dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, setanding dengan negara maju yang lain. Kesempatan ini mari kita lihat gaji menteri Malaysia serta Ahli Parlimen di Malaysia.

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.

  1. Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  2. Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  3. Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan
  4. Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  5. Gaji Setiausaha Parlimen – RM 7,187.40 sebulan
  6. Gaji Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59 sebulan
  7. Gaji Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79 sebulan

P/S : Kalau kita nak berubah ke arah lebih baik, kita mestikan menjadikan negara yang lebih baik sebagai satu negara yang boleh dijadikan contoh. Pastinya kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme terbaik untuk memacu ekonomi Malaysia seterusnya mampu meningkatkan pendapatan rakyat di Malaysia.

PP/S : Satu sahaja ingin dikatakan di sini, mungkin pahit untuk ditelan. Malaysia sebenarnya “kaya” dan Malaysia boleh maju juga jikalau pemimpin tidak rasuah, ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukannya disebabkan kuasa semata-mata.

1 comment:

  1. Sangat menarik. Di manakah saya boleh mendapatkan teks asal? Atau salinan asal rang Undang-undang Ahli Parlimen ini?

    ReplyDelete