Wednesday, March 23, 2011

Isu video : awat anak muda kalut ?

che'GuBard dapat beberapa masej dan panggilan mengenai kenyataan che'GuBard yang keluar dalam The Star semalam yang berbunyi :

Outspoken PKR leader Badrul Hisham Shaharin, who is known as che'GuBard, said if the politician was really involved in the scandal he should quietly step down.
Tak pasti apa salahnya ? Kenyatakan tersebut bermaksud jika video itu benar Anwar maka Anwar harus undur, itu saja. Yang kalut kenapa ? adakah kita tidak yakin yang dalam video tersebut bukan Anwar ?

Kenyataan Tan Sri Khalid pula berbunyi :
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan terbaru ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung video lucah yang dikatakan membabitkan dirinya sangat serius kecuali jika ia dibuktikan tidak benar.

Apa pula komen kita ? Semua kekalutan ini sebenarnya dimulakan dari dalam AMK oleh beberapa pimpinan hebat pemuda PKR yang cuba mengambil alih peranan media jahat regim dengan melakukan 'spin' .... mengganggu dinding depan beberapa teman che'GuBard dan membawa mulut yang kononya che'GuBard desak Anwar letak jawatan.

Sudah - sudahlah politik karut dan sempit ini. Waktu ini memerlukan peranan anak muda ke depan bukan membuat kerja-kerja karut.

Pemuka - pemuka hebat ini memberikan wajah anak muda dalam PKR, maka rakyat menilai inilah kualiti pimpinan muda dalam PKR. Maka tindakan ini amat memalukan.

Kita kena ada politik matang dan rasional, baru mampu yakinkan rakyat. Apa salahnya kenyataan che'GuBard. Untuk berjuang kita harus yakinkan diri sendiri.

Ya memang kita yakin itu bukan Anwar.... kita yakinkan rakyat kita rasional...kalau Anwar anak muda dalam parti sendiri akan jatuhkan beliau. Baru rakyat tengok dan yakin dengan anak muda PKR sebagai kumpulan pendesak yang boleh diharap bukan setakat pengikut dan pengipas yang mengharap payung lindungan.

Anak muda juga harus radikal, kita sudah tahu lokasi tayangan awal lagi.... lainlah kalau kita bangun tidur lambat hari Isnin itu. Seharusnya kumpul anak muda datang dengan tenang dan ikut sama wartawan desak ingin tonton sama, baru keadaan menjadi lebih hebat.

Menyerang sentiasa menjadi sistem pertahanan terbaik.

12 comments:

  1. Anonymous10:01 PM

    Ini bukti bahawa AMK bukan mempertahankan pemimpin tetapi prinsip perjuangan keadilan adalah yang benar dipertahankan dan yang salah ditentang. Tidak salah mengingatkan ketua sendiri kalau bersalah, turun. Kata-kata ini bukti bahawa AMK bukan pengipas pemimpin. Kalau Cikgu Bard membuta tuli menyokong ketuanya padahal dia tak tenguk pun video tu, bermakna dia tak rasional. Sikap ini amat terpuji. Bukan seperti setengah pemimpin negara yang ada sekarang.Contohnya kes klip video kononnya perempuan warganegara China yang diberkas dan dirakamkan telanjang, ada Pak Menteri tergesa-gesa ke negara berkenaan minta maaf. Tak ada bukti dah yakin bersalah. Bodohnya menteri aku.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:58 PM

    Saya cadangkan anak muda PKR membaca sejarah peperangan UHUD dimana dan bagaimana mereka menjadi Suhadah kerana mempertahankan Pimpinan RasulAllAh dan perjuangan agama Islam.
    Sila ambil iktibar dan pengajaran perjuangan dari kisah tersebut.
    Mana dia anak muda yang berani!

    ReplyDelete
  3. terkena tempias pemilihan pkr hr tu ke bro..hehehehhehe

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:00 AM

    Kami Mahu Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
    Sebarkan - DIJEMPUT HADIR SEMUA ! rumah ANWAR IBRAHIM / KHAMIS 24 MAC MAGHBRIB BKT SEGAMBUT KL / SOLAT HAJAT, YASSIN & TAZKIRAH (tetamu istimewa turut hadir Dato Dr Siddiq Fadhil). -Biro Penerangan AMK Malaysia...
    OLEH ITU SAYA MENYERU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/MELAYU TIDAK KIRA BERLAINAN FAHAMAN POLITIK KHUSUSNYA AHLI/PEMIMPIN UMNO DAN PERKASA SUDAH TIBA MASANYA KITA MEMBELA SAUDARA KITA ANWAR IBRAHIM YANG JELAS DIFITNAH DAN TERANIAYA.JANGAN BERTUHANKAN PARTI POLITIK SEMATA.ISLAM AMAT MENUNTUT KITA MEMBELA SAUDARA KITA JIKA DIDAPATI AMAT JELAS TERANIAYA.ADAKAH DENGAN FITNAH TERBARU INI PEMIKIRAN POLITIK MELAYU AKAN BERUBAH?JIKA GAGAL DIUBAH MAKA MALANGLAH JAWAPANNYA...ALLAH HUAKBAR....
    "

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:47 PM

    Bobon,

    rasa bertuah masih ada lagi orang macam tokoh-tokoh pejuang lama-lama dulu.......Kita serang..kita lawan...

    ReplyDelete
  6. hahaha cegu .. anda yakin?

    ainul yaqin .. haqqul yaqin?

    anda pasti jawapan muktamad?

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:17 PM

    Salam chegubard,

    Syabas! Saya kagum dgn chegubard sejak mula lagi, sbb ada pendirian yg kental...perjuangan bukanlah semata2 kerana wang dan kuasa tp kerana pertarungan menentang kezaliman,penipuan dan demi menegakkan keadilan.Saya yakin jika chegubard berterusan memiliki idealisme perjuangan sebegini x mustahil suatu hari nanti chegubard akan menjadi org penting dlm lanskap pentadbiran malaysia.kenyataan media berkenaan video seks amatlah membanggakan. Sdr mmg berani serta punyai pendirian yg kuat. Jgnlah jadi spt zulkifli nordin atau zaid ibrahim...Semoga trus berjaya menjadi pemimpin generasi akan datang!

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:44 PM

    Kenyataan saudara mengingatkan cabaran seorang saudara baru Islam terhadap saya dan rakan-rakan saya satu ketika dulu…beliau mencabar untuk menunjukkan kepada beliau di mana kesalahan Al Quran..jika kami dapat buktikan.. beliau akan murtad ketika itu juga…
    kami terdiam sebentar kerana takutkan yang beliau akan murtad semula…tetapi beliau tersenyum dan mengatakan yang beliau tidak akan murtad..alasan beliau ..MUSTAHIL Al Quran ada kesalahan kerana ia dipelihara oleh Allah…
    Pada masa itu kami semua terasa malu yang amat sangat kerana takutkan ugutan beliau tadi…seolah-olah kami terlupa yang Al Quran itu sememangnya terpelihara dari sebarang kesalahan….
    Maka saya bersetuju sangat dengan kenyataan saudara dalam isu yang terbaru ini…hanya orang yang mengenali Anwar sahaja yang berani membuat kenyataan seperti saudara… syabas

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:56 PM

    Hidup CheguBard! Teruskan Prinsip Hidup! Andalah penggerak Reformasi!

    ReplyDelete
  10. Ahmad Mohd11:10 PM

    Bijak dan berani..

    ReplyDelete
  11. betul che gu, saya bukan penyokong PR, ttp saya akan hormat org PR jika org PR boleh berperangai rasional.

    kalau org PR perangai mcm budak tadika, baring atas jalan, maki hamun, fitnah, maka percayalah PR tkkan dapat rampas Msia drpd BN..

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:18 AM

    ... sila rujuk posting nie...

    http://p111kotaraja.blogspot.com/2011/03/kita-terlalu-banyak-bertahan.html

    ReplyDelete