Tuesday, November 24, 2009

Demi semangat Eiduladha dan mendesak perobahan KEADILAN Rembau akan 'tumpah darah'

Kepada rakyat Rembau khususnya umat Islam, selaku Ketua Cabang KEADILAN Rembau tahun ini tidak dapat kami lakukan seperti tahun - tahun sebelumnya. Tahun ini kami tak punya atau lebih tepat tidak mampu mengadakan lembu atau kambing untuk sama dalam ibadah Qorban sempena Eiduladha yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Allah amat memahami !!

Setelah berbincang dengan beberapa pemuka pendokong KEADILAN di Rembau maka walaupun kami tidak mampu dari segi kewangan namun ia bukan penghalang untuk kami sama merialisasikan atau menzahirkan semangat pengorbanan yang tinggi khususnya di kalangan anak muda pendesak perobahan.

Maka diputuskan bahawa melihat satu perkembangan yang sering terlepas pandang menjelang cuti dan perayaan ialah kecelakaan yang meningkat seiring dengan kemeriahan perayaan tersebut. Maka dalam setiap kecelakaan (khususnya kemalangan jalanraya) tabung darah menjadi elemen penting untuk menyelamatkan nyawa.

Maka pendokong KEADILAN Rembau bersempena keinsafan semangat Eiduladha dengan ini akan tampil ke Unit Tabung Darah, Hospital Seremban, 9.30 pagi pada 26 November 2009 untuk sama mendermakan darah kepada rakyat Malaysia.

Untuk itu kami juga rayu semua yang lain untuk tampil sama mendermakan darah demi niat berkorban menyelamatkan yang amat memerlukan.

'Kami tak ada saham banyak (sila klik sini) atau kami tak mampu untuk hantar RM10 juta ke London (sila klik sini) yang membolehkan kami membeli banyak lembu dan kambing untuk ditangkap gambar keluar media atas nama ibadah Qorban....namun itu tak mematahkan semangat kami.... kami titiskan darah untuk mereka yang benar memerlukan.... kami janji akan terus mendesak perobahan !!! Selamatkan Malaysia!!'

5 comments:

  1. Anonymous4:07 PM

    angkat topi dengan cheGuBard yang berjaya membawa anak muda rembau....

    walaupun kumpulan kecil tapi benar - benar terasa kehadiranya...!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:53 PM

    Bro, Qurban ni satu ibadah... jangan la dipolitikan.

    BN REMBAU

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:00 PM

    badrul teruskan usaha kamu jgn pedulikan Bn bangang tu... lembu dan kambing depa kaut duit rakyat dan bagi mcm duit Bn

    ReplyDelete
  4. Apa pengorbanan itu mesti dalam bentuk binatang yang perlu disembelih??? Think out of box la....

    Walaupun tak dapat nak buat qurban lembu atau kambing, derma darah itu pun dah kira satu pengorbanan...asal qurban je mesti lembu, kerbau dan kambing...jumud la..

    Teruskan usahamu CheGu Bard

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:08 PM

    hahahahahahaaaa....kih kih kih...

    Bn kato jgn politikkan ibadah qorban ...???

    golak golak...pocah porut den

    ReplyDelete