Thursday, November 12, 2009

Zul Nordin macam budak - budak

Dalam Konvensyen KEADILAN Pulau Pinang, DSAI telah menunjukkan ketegasan siapa yang pemimpin yang malas dan khususnya yang tak nak hormat dan ikut dasar parti sila keluar !!!

Tidak ada yang pelik ketegasan ini memang sudah disebut beberapa kali oleh DSAI dalam mesyuarat MPT. Namun kali ini mungkin sebagai signal keras ia disebut secara umum.

Kemudian Naib Presiden KEADILAN, YB Sivarasa Rasiah memperakui kenyataan tersebut dan 'mengkenenkan' kenyataan tersebut kepada YB Zul Nordin yang memang seringkali kontra dengan kenyataan parti. Dalam banyak hal dia secara sengaja mengeluarkan komen agar disiar media dengan komen yang bercanggah dan sering kali pula bersama dengan kenyataan pemimpin dan kelihatan seolah mendokong tindakan Bn.

Respon dari kenyataan tersebut beliau mencabar Sivarasa untuk letak jawatan sebagai Naib Presiden dan kemudian bertanding 1 lawan 1 dengan dia.... Kepada Zul Nordin ingatlah kenyataan pada media hendaklah difikirkan dulu bukan macam ayat ceramah. Perlembagaan parti tidak membenarkan perkara tersebut berlaku. sila klik sini

Menurutnya yang disiarkan Malaysiakini.com menyatakan kononya itu akan jadi cara beliau dapat buktikan bahawa ahli parti menyokong beliau.

Kepada Zul Nordin ingatlah kemenangan kamu di Kulim itu pun bukan kemenangan peribadi.... Ingat tak kamu yang kamu membawa manifesto parti, 5 janji Anwar dan malah DSAI sendiri turun ke Kulim untuk memastikan kemenangan kamu. Kamu menang dengan janji DSAI. Maka kalau DSAI pun kamu tak hormat dan kamu nak buat 'otak' sendiri.... maka kamu yang harus letak jawatan sebagai ahli parlimen!!!

Sudahlah tumpu buat kerja jangan asyik nak mengarut dengan kenyataan yang sengaja menyonsang kenyataan dalam parti, sebabnya orang bukan bosan dengan kamu sahaja nanti. Orang ramai akan tengok kamu ahli parlimen PAKATAN maka kalau asyik merapu orang akan salahkan PAKATAN.....

14 comments:

  1. Anonymous5:24 AM

    zul nordin malas nak ckp dah la, tp waktu akan menentukan, meluat lama dah,,,,

    pru13 nanti kita pilih ikut calon bukan ikut bendera, ingat iku calon, especially mana negeri PR menang tp habuk pun tak dak...

    ReplyDelete
  2. Loyar songal memang macam tu bro lain kali jangan pilih orang perangai macam tak berakal jadi pemimpin mampus rakyat dikojo kek dio.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan nasihat CheguBard.

    Zul ni memang kebudak-budakan. Dalam video dia mencabar YB Sivarasa, masa dia nak keluarkan ayat 'mencabar' itu, dia bagitau kat wartawan "hah, dengar ni canggih ni..."

    Macam budak-budak!

    Dan Zul ni dari perangai dan percakapannya memang macam tak bagus. Saya rasa PRU akan datang kelak kita gantikan saja dia itu.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:37 AM

    apa kata pecat saja zul ni..aku dah mula bosan dengan perangai...budak2 tadika...mp2 pkr ni...nati org kata baik aku undi umno..kalu nak tengok mp budak tadika..tarak otak..sebab dah memang standard depa camtu!!tak tau la pulak ramai mp budak tadika dalam PKR jugak..aku kesian sungguh la dengan DSAI..semua mp2 gan adun...cam budak sekolah tak tau nasuh berak!!sorry memang kadang2 cam tu pun!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:46 AM

    SEKURANG KURANGNYA YB ZUL TU ORG YANG ADA ILMU...TEGUR DIA BUKAN SEBAB MELUAT TAPI SAYANG...KALAU ORG LAIN JADI CALON DEKAT KULIM TOBAT AKU TAK PANGKAH..

    BUDAK KULIM

    ReplyDelete
  6. Chegubard,
    Jgn kita terlalu bergantung kpd bangsa asing,kita kena utamakan agama dahulu bab parti soal kedua.Parti hanya untuk hidup di dunia,agama untuk akhirat kelak.Kaum bangsa asing sentiasa mengambil kesempatan pd bangsa melayu kita.Jgn terlalu yakin dgn bangsa lain.Mereka ada agenda tesembunyi.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:01 AM

    tp dio monang jugak kek kulim..ekau tu melopong yo la...ko yg elok kluar parti..poie masuk hindraft.ko kan ghoma cium buntut uthaya tu..sanggup poie umah eh bilo dio dah bebas dl.bangang...

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:26 PM

    masa macam inilah kita dapat tahu, siapa sebulu dengan kita..

    agaknya, ramai yang tak tau, siapa sebenarnya Zulkifli Noordin ni... Dia lah yang bertanggungjawab mengingatkan kita kepada kes Azlina Jailani dahulu... dia jugalah yang mengingatkan kita kesan sekiranya Lina Joy menang kes tersebut...

    YB Zul bukan macam socalled chegu, yang hanya pandai berkata-kata... kononnya perjuangan perlaksanaan kata-kata... pathetic!!!

    YB Zul menunjukkan beliau mempunyai prinsip, iaitu mementingkan Islam!! YB Zul, teruskan perjuangan anda!!

    Walaupun saya masih belajar di universiti, tetapi saya dapat bezakan yang mana kaca dan intan. Chegu hanya pandai berkata dan attack peribadi orang... Pathetic!!

    ReplyDelete
  9. Anonymous4:44 PM

    Yb zul ni tak payah cakap banyak....dia pergi tebing barat nak tunjuk hero tapi dia pergi dengan wang JJ....jamaludin jarjis...

    dia ni tunjuk hero sebab dibayar Bn....

    tempat sendiri (mak mertua aku org dalam parlimen dia) pun tak dijaga....

    dia menang undi bukan melayu kerana dokongan DSAI.... org melayu pun tak percaya dia...

    bayangkan dia boleh sokong org yang kahwin berlebih dan ada kes syariah adun lunas....adun lunas yang dia tulis sokong dalam blog dia terlibat claim lebih....

    kalau dia kata kuat dokong parti mana ahli yg dia bawa masuk ? mana cabang dia.... dia ni banyak kali kalah dan tak bina parti bila nak bertanding jumpa dsai minta seat selamat....

    aku bukan nak sokong cikgu badrul tapi sekurang2nya dia pusing negara perkuat parti....dia ada cabang rembau besar atau tidak di cuba hidupokan dan aku tengok aktif rembau membantu rakyat walaupun dia tak ada ada elaun mcm ahli parlimen.....

    zul jgn sampai bila org menyampah org2 yang kau kencing akan keluar bercakap !!! org bagi muka kat kamu kerana keadilan, pakatan dan anwar...

    pasal yg komen pasal org asing...sapa org asing...? tahu tak umno org melayu lah yg banyak gadai melayu....

    yang paling banyak bercakap soal melayu itulah yang paling banyak rembat hak melayu....

    islam.... hahahaha.... zul ni mcm hassan ali nak jaga melayu islam sanggup bersekongkol dengan Umno.... yelah kami dalam keadilan ni kafir dan payah nak dakwah lebih baik buat kawan dengan org yang berwajah melayu dan islam tetapi terbukti kianat....

    jangan guna islam untuk kedudukan !

    ReplyDelete
  10. Anonymous5:15 PM

    Assalamulaikum,
    Terlebih dahulu saya perkenalkan diri, saya Rouslan menetap di Taman
    Samudera, Gombak. Menyokong pembangkang terutama DSAI sejak hari
    pertama beliau dipecat. Tujuan utama saya menghantar email kepada
    Chegubrad kerana nak melaporkan sikap YB Bandar Baru Kulim yang
    diundang memberi tazkirah di surau saya pada 10/9/2008 bertempat di
    Surau Al Ehsan, Casmaria Apartmen, Bt. Caves.

    Gelagat YB Kulim Bandar baru dalam tazkirah pada malam tersebut sangat
    menjengkelkan dimana dia menakut nakutkan jemaah tentang akan
    kehancuran islam kalau golongan kafir yang mendominasi Pakatan Rakyat
    sekarang. Kata beliau seandai 16 September berlaku golongan YB kafir
    akan mendominasi pemerintahan negara dan seterusnnya menjadi ancaman
    kepada islam.

    Kata YB tersebut, pembangkang sekarang terpaksa akur dengan tuntutan
    rakan rakan kafir Pakatan Rakyat dalam isu pemberian tanah untuk
    sekolah cina di perak, papantanda dalam bahasa cina di Penang dan
    Pakatan rakyat akur dengan pembinaan kuil hindu yg semakin banyak. Dia
    juga mendakwa pembangkang bersekongkol dengan hindraf kerana ingin
    berkuasa walaupun terang terangan hindraf menghina islam.

    Yang saya rasa peliknya YB ni langsung tak hentam umno sebaliknya
    berkata buruk sangat kah ahli ahli umno yang didakwa zalim hingga kita
    tak boleh berbaik dengan mereka. Dia ada mencadangkan agar kesemua MP
    islam dalam pembangkang bersatu dengan MP islam BN untuk memerintah
    negara ni. Apa punya percaturan ni..

    saya tak bercadang nak memanjangkan lagi sikap buruk YB Kulim
    ni...harap cikgu bard dapat membawa komplen saya dan jemaah surau saya
    ke peringkat tertinggi. Hidup Keadilan...lawan tetap Lawan.

    ReplyDelete
  11. Anonymous5:16 PM

    Sungguh lama saya dok perati benda-benda dalam internet ini. Saya sungguh tak tahan hati untuk melihat saja apa yang berlaku khususnya dalam Parlimen Kulim Bandar Baru tanpa buat apa-apa. Sebagai anak tempatan saya rasa terpanggil untuk mengulas sikit tentang Y.B. KBB ini. Bukan apa tujuannya, tetapi untuk menjelaskan cerita dan memohon agar Y.B. jangan lah sangat jadi seorang pemimpin yang penipu. Tak baik, lagi pun ini zaman IT. Toksah lah dok jadi macam pemimpin hat belah sana yang merapu saja.

    Sekali tekan masuk ke laman Y.B. Zulkifli, saya rasa terguris hati. Bukan apa, jangan la dok persendakan para pengundi dan peminat perjuangan Pakatan Rakyat. Jangan la jadi pembohong dan kaki kelentong, awak tu pemimpin. Cukuplah dengan perangai lama kat Bandar Tun Razak dan Kuala Langat.(maklumat internet). Buang lah kata orang perangai jemuan tu.

    Menurut akhbar Sinar dan juga dalam laman YB Zulkifli, bukan main terpampang gambar tunjuk dia turun ke padang. Alhamdulillah kata YB Zul!! Tetapi agak pelik sebab dari pembacaan dan berita kawan-kawan yang aktif politik, depa kata Y.B. berlakon saja. Mo perati gitu saja, ada juga kebenarannya. Sebab apa, yang berdiri di belakang sambil buat-buat jawab telepon tu ialah Ayah Di Pasiarq (3 calit). Dari pengalaman, dia ni kong kalikong saja. Anak dia terkenal dalam pekerjaan tarik keta. Terkenal sebagai agen konon, yang kita pasti dia ni kaki pau. Duit ada, di situ dia terpa. Pau towkey sana, pau towkey sini untuk pelepaih depa dari tindakan undang-undang. Dahsyat. Orang zaman ni kata broker jenayah.

    Orang macam tu rupanya dok jadi pengawal dan pendokong Y.B. Zulkifli. Kalau tak silap dulu PA nya ialah Fadhil taukeh Restoran. Kawan-kawan kata selepas bercerai dengan Y.B. Zulkifli, Fadhil berkawan pula dengan Y.B. Lim. Kaedah politik kata, buat geng tag yang baru. Untung besar juga Fadhil kerana dapat dua tiga projek catering kerajaan negeri. Mungkin pasang angan nak jadi Ketua Bahagian, sapa tau no. apa pun berbaloi lah dan sempurna matlamat dalam politik.

    Tetapi bila dok cakap bab Y.B. Zul, memang banyak orang yang marah kat dia. Katanya, jentera PAS sudah mengumpul nama untuk buat petisen nak tunggingkan Y.B. Depa dah tak larat nak jadi pecacai dan budak suruhan Y.B. Aktivis berjawatan dalam PAS kawasan Kulim semua menyampah dan benci dengan sikap Y.B. Zul. Depa kata dah bo layan kalau Zul dok galak nak baca khutbah Jumaat ka, kuliah ka. Kata depa lagi, dalam Pas sendiri dah bersepah dengan pemimpin yang pandai cakap bab agama.

    Yang depa mau ialah MP atau Y.B. yang buat kerja turun padang. Jumpa dan dengar masalah rakyat. Depa tak mau Zul mai macam pencuri, diam-diam, tau-tau keluarq soratkhabarq. Woiih… tak mau depa. Marah sungguh sampai merah biji mata.
    sambung...

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:19 PM

    dari sambungan atas.....

    Y.B. Zulkifli mahu bermegah sangat dengan majlis di sebuah kedai itu dan masuk surat khabar sebagai modal cong atau kelentong dalam internet. Tak lebih dari itu. Orang Kulim kata, pasai apa pula dia tak mai (hadir) dalam satu majlis rasmi pegawai kerajaan berdialog dengan rakyat. Sedangkan dia dah dijemput. Semua wakil Jabatan Kerajaan dan agensi hadir. Ahli Majlis MPKK yang terbabit, mo tak silap namanya Suleiman. Ya, betoi…. Memang nama dia tu. Kawan-kawan lain kata dia cukup marah dengan Zul. Cemuih sungguh dia dengan Zul. Berbirat urat dahi dan lehernya kalau sebut nama Zul.

    Cerita sebenar dan asal-usul timboi perasaan itu kalau tak silap ada ditulis oleh seorang penulis lain- Mi Itik. Bukan Mi Goreng. Dosa Y.B. kepada orang kuat parti tempatan dan pendokong dia semasa kempen pilihanraya cukup banyak dan berat. Bebanan itu bertambah apabila Y.B. Zulkifli lebih kerap katanya berada di Dubai/ Kuwait berbanding dengan Kulim. Jongang-jongang Aziz Sheikh Fadzir pun, lebih kerap dia yang dok buat kerja sua terjengoi sana-sini.

    Zulkifli gagal tunaikan janji dalam satu majlis hari raya tahun lalu dengan mengelak dari membayar RM1000 kepada jawatankuasa penganjur. Dua tiga orang pemimpin pertengahan lain PKR turut ditipu Zul dalam kaedah yang sama. Dah la duit berkira, janji untuk menghadiri majlis bersama rakyat dan pegawai kerajaan hat yang percuma pun dia culas. Cuba selak apa yang ditulih Mi Itik dan Mat Salleh dulu.

    Suleiman kata kat kawan dia dan pemimpin PAS lain, Zul ni kaki pembohong. Beliau cukup hangat kalau disebut nama Zul. Zul mungkin boleh tipu orang luar dari Kulim. Kat Kulim Zul ni dah kira macam kupang tembaga. Duit satu sen. Tak laku. Khutbah pun depa dah tak mau dengarq. Itu sebab kata depa, Zul dok mai macam cencorot. Curi-curi bawa kaki pun jenis tu juga dengan rakan suratkhabar.

    Dak aihh… tujuan saya tulis ni bukan untuk pejatuh atau perosak atau ejen BN. Bukan sahabat oi. Bukan. Lillahhita’ala. Saya ni pencinta Pakatan Rakyat dari zaman Barisan Alternatif lagi. Memang marah betoi saya kalau pemimpin yang dinaikkan berperangai iblis coriang. Lepas tu buat-buat alim plak baca khutbah la, kuliah la… Depa ni nampak macam ketam ajar anak jalan ala kawad kadet polis. Loklaq sikit tak apa, tapi kalau mulut celupaq dan culas kalau berjanji, susah la sikit nak pertahan.

    Bila tengok kawasan sekeliling Kulim ni, dua tiga ADUN bermasalah. Saya amat bersyukur apabila Y.B. Fairus letak jawatan. Kalau tak boleh menunjukkan kerja yang baik eloklah berundur. Ni soal kebajikan rakyat bukan agenda peribadi. Harapan saya, SPR tak jadi anjing suruhan yang keterlaluan. Biarkan prk berjalan supaya rakyat sanjung demokrasi. Bukan soal jimat atau sayang duit rakyat. Tu yang pemimpin dok bedal sana-sini tak ingat pun tentang rakyat.

    Sebelum undurkan diri, saya harap Zul berubah lah. Mulakan dengan berjumpa dan mohon maaf atas kesilapan yang dia buat semasa kempen seperti tuduh aktivis curi dan jual bendera, bawak pelari duit pilihanraya, maki hamun serta sikap kedekut yang keterlaluan. Kena la bawak resam Pak Haji. Semuga orang lain yang belum pi jadi tertarik kerana ibadat Haji berjaya mengubah Y.B. Zulkifli.

    Kalau tak ada langsung perubahan yang nyata, maka Zul hanya bermain auta. Sekadar turun padang atas dada akhbar dan blog tak jadi!! Jangan la sampai ada yang panggil Haji Marlboro.

    Mamat

    24.04.2009

    ReplyDelete
  13. Apa kata... Sdr. tegur aje sahabat sdr. ni secara personal. Tak payahlah kita kondem rakan seperjuangan dalam blog ni. Rasanya itulah yang lebih baik.

    Pengerang, JOHOR.

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:24 PM

    Hg(Mamat)ini laman blog org.Jika aduan ini benar dari kamu,lebih baik hg hantar emel pd YB Zul di aduan4kulim@yahoo.com.Jika ini satu tohmahan,ingat YB Zul seorg peguam.mungkin nanti kena saman.Semua nama2 yg disebut mungkin betui dan mungkin satu anggapan.Lebih baik komen di laman emel YB Zul.

    ReplyDelete