Monday, November 30, 2009

Penderma sepakat ‘korban darah' sempena hari raya


SEREMBAN - :Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini, ahli jawatankuasa dan pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau mengadakan program Kempen ‘Mengorbankan’ Darah Sempena Hari Raya Korban.

:Program yang diadakan di Unit Perkhidmatan Darah Hospital Besar Tuanku Ja’afar (HTJ) Justify Fullitu mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya mengumpulkan lebih 50 individu pelbagai kaum untuk sama-sama menderma darah.

:Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, pada tahun ini pihaknya tidak mampu menyediakan lembu atau kambing bagi mengadakan ibadah korban seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.

:“Biarpun kami tidak mampu dari segi wang ringgit, namun hasrat kami untuk sama-sama merealisasikan dan menzahirkan semangat pengorbanan sempena hari raya korban kali ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana kami sepakat mengadakan kempen menderma darah.

:“Tambahan pula melihat perkembangan kemalangan jalan raya yang semakin meningkat setiap kali musim perayaan dan waktu cuti sekolah, mendorong kami untuk memenuhkan tabung darah yang menjadi elemen penting untuk menyelamatkan :nyawa,” katanya.

:Menurutnya, ajal maut ditentukan Tuhan, namun ini adalah antara usaha yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang terlibat dengan kemalangan.

:Sinar Harian: difahamkan, Pusat Perkhidmatan Darah yang menjadi sesak semasa kempen berkenaan diadakan terpaksa mengehadkan penderma.

:Selain itu, Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A Aziz berkata, pihak PKR Rembau terkejut dengan sambutan menggalakkan itu dan amat mengharapkan penyertaan lebih ramai masyarakat jika kempen seperti ini diadakan.

:“PKR Rembau amat berterima kasih kepada pihak HTJ dan semua penderma darah yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

:“Kami merancang untuk meneruskan kempen ini di tempat-tempat awam dengan kerjasama pihak hospital, selain menggunakan kesempatan ini untuk memberikan penerangan secara terus kepada rakyat tentang pentingnya menderma darah kepada mereka yang memerlukan,” katanya. - petikan Sinar Harian klik sini

No comments:

Post a Comment