Friday, November 20, 2009

Ir. Nizar Jamaluddin di Rembau

antara tetamu yang mengambil kesempatan bersalaman dengan ir. Nizar
Walaupun hujan lebat dan tanah 'lecak' ia tak mematahkan semangat dengan kehadiran yang ramai malam tersebut
Ucapan ir. Nizar yang dinanti - nantikan
che'GuBard sempat memberikan ucapan aluan ringkas
YB Taufek, YDP PAS Rembau banyak membantu gerakan KEADILAN di Rembau
Pn Aishah Lamsah

YB Antony Loke
Perasmian Ranting dan penyampaian bantuan oleh Abdullah Sani
18 Nov. lepas Rembau telah menerima lawatan YB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (ahli Parlimen Bukit Gantang) dan YB Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat).

Program pertama ialah perasmian Ranting KEADILAN Pedas, Cabang Rembau. Majlis yang diadakan secara sederhana ini di hadiri oleh kira kira 50 orang. Selain YB Abdullah Sani yang sudi memotong reben papan tanda Ranting sebagai simbolik perasmian, turut hadir ialah che'GuBard (Ketua Cabang), Pn Hj Aishah Lamsah (Pemangku Timb. Ketua Cabang / Ketua Wanita Negeri) dan wakil PAS juga hadir. Selepas perasmian sebanyak 3 keluarga menerima agihan bantuan yang diusahakan oleh Pusat Khidmat Khidmat Rakyat Rembau.

Kewujudan ranting KEADILAN di kawasan yang kononya kubu kuat Umno ini menjadikan Umno bertambah resah.

Dalam masa terdekat ini juga akan dirasmikan banyak lagi ranting. Telah dijadualkan 28 Nov, YB Puan Zuraidah akan rasmikan Ranting Pekan Rantau, 16 Dis. Datuk Chua Jui Meng akan rasmi ranting Taman Angsamas dan Ranting Kg. Baru Paroi manakala pada 26 Dis. pula bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abd Rahman akan hadir ke Rembau merasmikan Ranting Sendayan dan Ranting Kg. Batu.

KEADILAN Rembau mensasarkan untuk mewujudkan satu ranting sekurang - kurangnya dalam setiap daerah mengundi.

Selepas majlis ringkas perasmian ranting Pedas.

Satu majlis Ceramah Umum diadakan di Kg. Selemak, Rembau (DUN Kota). Antara pemidato yang mengisi pentas ialah YB ir Nizar Jamaluddin, YB Abdullah Sani, YB Antony Loke, YB Taufek Abd Ghani selain dari cheGuBard dan Puan Aisah Lamsah.

Walaupun hujan hanya berhenti kira kira 30 minit sebelum jam 9.30 mlm, sebelum program bermula tetapi kehadiran pendengar menggalakkan.

2 comments:

  1. Anonymous2:23 PM

    chegu tahniah.....rembau terus mengorak langkah... bukan rembau sahaja tapi banyak tempat yg chegu berjaya gerakkan....

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:11 PM

    badrul.... aku tahu ramai tak terikut kau punya kelajuan dalam bergerak... biarkan mereka...

    timbalan kau sendiri cikgu razak aku sendiri dengar dia fitnah kau mcm2....aku tahu sebab dia tak dpt apa yg dia nak ...

    apapun teruskan

    ReplyDelete