Tuesday, July 03, 2007

Gempar! Gambar Altantuya , Najib dan Razak

Minggu ini sibuk sangat kerana dalam satu Kursus Intensif yang dipanggil Regional Summer School 2007. Ia merupakan sekolah alternatif musim panas yang diadakan secara tahunan. Tahun ini ia diadakan disebuah kawasan pergunungan di kawasan utara Republik of Korea dianjurkan secara bersama oleh ARENA, SKHU dan didokong beberapa NGO tempatan dan antarabangsa.

Tahun ini 25 aktivis termasuk 6 orang coordinator dalam dan luar negara (dari 11 negara)berkumpul untuk mengupas tajuk Democracy and Democratization. 2 dari Malaysia, selain che'GuBard hadir sebagai peserta , Prof. Andrew Aeria dari ALIRAN yang juga Fellow ARENA hadir. Sekolah alternatif ini diadakan dari 1 - 8 Julai 2007.
Tentu ramai yang masuk membaca artikel ini kerana tajuk yang gempar !....... maaf, dari che'GuBard ....gambar ini dipetik dari blog Tian Chua..rasanya ini gambar 'super impose'.....mengenainya boleh baca terus dari blog Tian Chua...che'GuBard saja nak menyakat penulis - penulis cyber yang baru dilantik oleh UMNO dibawah penyeliaan Azalina Othman yang berhasrat melancarkan perang di alam cyber.

Komen ringkas mengenai perbicaraan pembunuhan warga Monggolia. Rakyat perlu betulkan fokus cara melihat kes ini. Media dan 'tangan ghaib' sengaja menzahirkan kes ini sebagai kes pembunuhan perempuan simpanan dan seumpamanya untuk menutup kes yang lebih besar.

Bapa Altantuya telah menegaskan anaknya bukan Islam, Amina ialah panggilan manja dalam budaya Monggolia, dia bukan model tetapi media terus menerus menggambarkan Altantuya ialah model, dan telah masuk Islam kerana nak kahwin dengan Razak. Media beri persepsi Altantuya datang Malaysia kerana ugut Razak nak duit lebih atau bongkar skandal anatar mereka ....? dan seumpamanya .... itu tidak penting...

Kes ini sebenarnya lebih dari itu..... apa kata jika Altantuya dibunuh kerana menyimpan rahsia besar mengenai pembelian senjata yang melibatkan berbilion wang negara...dia hadir ke Malaysia untuk 'redeal' bincang semula kerana tidak puas hati dengan pembahagian komisyen...dan jika tidak dia pecahkan rahsia....Rahsia tersebut rahsia besar...yang boleh menggongcang kerajaan maka untuk 'selamatkan' bangsa dan negara ini (kononya) maka nyawa Altantuya terpaksa ditamatkan dan dikuburkan bersama rahsia besar itu...... (wallah hualam..)

banyak yang pelik ....Bagaimana bahan letupan C4 boleh diguna untuk membunuh Altantuya perlu disiasat, bagaimana rekod perjalanan Altantuya dan tiga sahabatnya hilang dari rekod Imigresen juga perlu disiasat, sementara bagaimana dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) (di bawah KKDN) boleh terlibat dengan pembunuhan ini juga perlu disiasat.Siapa yang mengarahkan mereka menggunakan C4, siapa yang mengarahkan rekod perjalanan imigresen (KKDN) Altantuya dihilangkan, ini semua perlu diselesaikan segera

Apa peliknya kan ingat lagi kes pembunuhan Mustakizah...yang dibunuh dan saksi juga dibunuh kerana dikatakan mengaitkan seorang Menteri Kanan satu ketika dahulu.......

10 comments:

  1. Salam Che'gu Bard,

    Tolong push DSAI untuk dedahkan siapa yang bunuh Mustakizah kalau dia boleh dedahkan dalam ceramah-ceramahnya nanti.

    Ini peluang baik untuk selongkar semula kes lama itu kerana kisah Altantuya sedang hebat dibicarakan sekarang ini. ...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:26 AM

    wei korang takde keje lain ke? buat la keje yg berpekdah ckit.... cbuk je ngata org..ni tanda2 akhir zaman ni..

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:03 PM

    saudara,

    saya merupakan penulis tamu di laman marhaen dan di suara keadilan menggunakan nama aiman aziz, ketika ini saya merupakan ahli keADILan Bahagian Labuan, dan selepas ini saya akan meminta pertukaran ke keADILan Bahagian Shah Alam, berharap dapat memberi sumbangan ke atas keADILan sebagai ahli biasa...

    Saya yakin pertikaian antara saudara ezam dan anwar akan sampai ke titik penamatnya. Saya tidak berdendam dengan ezam jauh sekali menyumpah seranah beliau.

    tanpa ezam, keADILan perlu terus hidup. dan bab politiking ini saya tidak berminat untuk menjadikan ianya satu isu besar

    Menurut ketua bahagian saya, ahli politik perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana setiap parti memang ada mereka yang berniat serong

    justeru, lebih baik saya mneghadam 17 perkara parti dan tidak perlu saya ambil serius bab pengunduran ahli keADILan Shah Alam...

    Saya tidak berharap apa-apa dalam keADILan melainkan semoga hidup saya diberkati Tuhan dan generasi mendatang tidak menyalahkan saya kerana menyokong agenda rasuah Barisan Nasional.

    Soal pimpinan, sila tumpukan kepada di Sabah kerana ada suara - suara kecewa di situ.

    Di Shah Alam ada masalah, dan di Kedah pun agak serius. Justeru, tabahlah dalam mengharungi perjuangan...

    Bezakanlah...

    Ikhlas dari 'Bekas Budak Sikamat'...

    Saya pernah tewas dalam pertandingan petanque d tangan MPRM.. itu kenangan terindah...

    Pesanan seorang pelatih "senjata pelajar ialah penanya" masih menjadi sandaran kepada saya..

    Saya sebagaimana semua orang adalah mereka yang hanya mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah atas segala dosa dan kesilapan.

    Dan agenda reformasi perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:03 PM

  5. Anonymous8:34 PM

    perjuanglah nasib guru pulak...guru2 kita keje 74jam seminggu... dah langgar syor2 ILO/unesco 1966

    ReplyDelete
  6. salam bard...dalam gambo tu, razak baginda memang dia yang betoi kan..??? Bukan super-impose..cuma kepala altantuya dgn badan najib saja yg super-imposed..Macam gambar original dari sumber koleksi razak baginda nii...

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:36 AM

    erm...saya saje terokai laman web ini untuk melihat kebenaran gambar yang didakwa najib bersama altantuya...tanpa menggunakan mana2 software, jelas sekali kelihatan gambar2 tersebut adalah sama sekali tidak seperti yang didakwa...terdapat perbezaan yang nyata...ini telah saya sahihkan dengan rakan dari dept. 'IT' di syarikat saya....tak baik membuat fitnah...kite cuba sama2 membetulkan keadaan...usah ditambahkan lagi kekusutan yang sedang melanda negara kite...

    ReplyDelete
  8. Saya malasla nak komen pasal altantuya ngan najib ni, tapi nak komen pasal pics yang saudara letak kat tepi blog ni,gambar2 saudara dengan kepolisian tu...Hmm Malaysia ni bukannya demokrasi, kita tak boleh buat apa2...nak buat demonstrasi aman tak boleh, nak cakap dengan media, media pun disekat kebebasannya oleh kerajaan...

    ReplyDelete
  9. Anonymous12:33 AM

    join KEADILAN 1 MALAYSIA di FACEBOOK

    ReplyDelete
  10. bodo...tu gmba edit sial...

    ReplyDelete