Sunday, November 04, 2007

Umno buat laman BERSIH palsu.....

Masih tidak diketahui kedudukan sebenar tetapi ketika jam 3.30 petang (waktu korea selatan) saya membuka web BERSIH http://www.bersih.org/ namun amat memeranjatkan kerana muka hadapan blog itu kosong, kuning dan hanya tertulis


!!PENGUMUMAN!!
Perhimpunan terpaksa di tunda ke tarikh yang belum ditetapkan

Perlu ditegaskan ini satu usaha kianat yang ditaja pemimpin rasuah yang kianat.... untuk pengetahuan semua Kebangkitan Rakyat semangat Gelombang Kuning semakin digeruni... beberapa kumpulan bawah tunggangan pemimpin penguasa yang ketakutan telah berusaha apa juga untuk menggagalkan perhimpunan. Beberapa blog yang aktif mendokong perhimpunan 10 Nov. juga mendapat laporan 'abuse report' dari server di luar Malaysia.

Mereka kini amat takut. Dalam keadaan Umno tercari arah kehilangan pemimpin, BN bercakaran malah PDRM sedang dilanda krisis dalaman... Rakyat yang terhimpit akan bangkit !!!!

Setelah diteliti ialah url http://www.bersih.org/ ialah url Bersih palsu yang didaftarkan oleh pasukan IT Umno dan url sebenar ialah http://bersih.org/ .... jangan keliru...!!! (bukan daftar tetapi mewujudkan kekeliruan teknikal dalam server>

Perhimpunan tetap diteruskan ..... !!!!!!! ingat sebarkan .. Perhimpunan 10 Nov 3ptg Dataran Merdeka, KL diteruskan .......

baca juga http://elizabethwong.wordpress.com/2007/11/04/6-days-to-go-bersih-website-hacked/ hati hati banyak lagi usaha seperti sms palsu.. laman palsu...risalah palsu.... rekod beberapa server luar negara juga turut merekodkan carian untuk cubaan mendaftarkan laman - laman atas nama bersih.

Jangan khuatir semua akan diteruskan dalam suasana riang ria Kuning ......

Abdullah dihujung kuasa ; Scomi terus membuas

Ketika dihujung usia kekuasaan Abdullah Badawi, ahli keluarganya semakin membuas membelasah kontrak dan wang rakyat. Malah tindakan mereke lebih membuas sejak akhir akhir ini mungkin kerana menyedari mereka tidak punya banyak masa ....Abdullah sudah di hujung...

Rasa ketakutan ini muncul atas dua faktor. Faktor pertama ialah faktor dalaman Umno sendiri yang kelihatan Abdullah bukan lagi kiblat utama, dia terlalu lemah. Susunan langkah oleh Najib, Hishammudin yang semakin laju, mood menolak Abdullah dalam Umno kini dipulangkan kepada Khairy dan team mudanya seperti Norza dan seumpamanya. Khairy sedang melakukan eksperimental politik dengan melakukan penyusunan yang memungkinkan akan berlakunya pertukaran besar serentak dan mendadak. Tetapi keyakinan ia berjaya tipis. Faktor BN yang kucar kacir kini juga menjadi alasan Umno menolak Abdullah kerana lemah mengendali kapal bernama BN. Faktor kedua ialah tidak boleh diketepikan dengan kebangkitan rakyat khususnya yang seiring dengan gelombang kuning. Maknanya jika tidak ditolak Umno, Abdullah dan Umno itu sendiri akan tenggelam dalam Gelombang Kuning Kebangkitan rakyat....

Menyedari semua itu Scomi makin membuas makluman terbaru (2 Nov) terbaru Scomi Engineering Bhd. (Scomi Engineering) telah berjaya sekali lagi menggunakan kedudukan Abdullah untuk menyondol kontrak bernilai RM122 juta untuk mereka, mengilang, membekal, memasang dan memulakan kerja-kerja menaiktaraf sistem laluan mekanikal dan elektrik projek perkembangan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Putra.
Bertambah kuatlah hendaknya semangat marhaenis untuk bersama 10 November 2007, 3 ptg, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Saturday, November 03, 2007

Update khas : Salam buat PDRM

Seiring dengan kehangatan kebangkitan Gelombang Kuning, PDRM seolah panik..... saya ingin mengulang kenyataan rasmi BERSIH agar PDRM bertenang.... ia adalah perhimpunan aman yang diadakan dalam suasana riang ria mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong....

Jika PDRM tidak mahu bekerjasama membantu mengawal keadaan seperti lalulintas PDRM hanya perlu hadir sebagai pemerhati pun tidak mengapa kerana perhimpunan ini terancng rapi termasuk petugas sukarewalan 'keselamatan' yang cukup juga akan disediakan. Bukan sahaja lalu keadaan lintas akan dipastikan malah unsur provokasi juga akan dibenteras.

Jangan panik tiada 'perancangan sulit' menjatuhkan kerajaan atau sebagainya...paham betul-betul BERSIH ialah Gabungan organisasi yang menuntut pilihanraya bersih dan adil maknanya BERSIH mendukung Demokrasi melalui sistem pilihanraya.

Semua yang dirancang akan diummkan secara terbuka, melalui media dan segala bentuk hebahan yang kami termampu. Kalau masih yang tidak diketahui itu bukan salah kami itu salah media yang dibaca oleh saudara di PDRM yang tidak menyiarkan pengumuman kami.

Update khas ini dilakukan selepas mendapati PDRM memantau blog ini selama seminggu ini dan 'IP' PDRM serta KDN memasuki blog ini lebih dari dua kali sehari.

contoh IP nya ialah daffy.openlinksw.com.my (Royal Malaysia Police) dan proxy.rmp.gov.my (Tmnet Telekom Malaysia Berhad) yang singgah di blog ini dan masing masing menghabiskan lebih sejam membaca tiga update hari ini..... Tahniah, sekurang kurangnya cuba mencari maklumat alternatif dan bukan semata - mata percaya dengan Utusan Melayu dan berita RTM.

Menjadi perkara biasa sebenarnya blog ini disinggahi oleh IP dari penguasa seperti pejabat MB, Jabatan Penerangan dan seumpamanya..... Mengikut rekod 'IP' SUK N.Sembilan ialah yang paling tinggi singgah ke bog ini...
InsyaAllah semoga pihak berkuasa kali ini bersama RAKYAT... Taraf Hidup yg semakin tinggi... Inilah masa... MASA UNTUK PERUBAHAN...

Urgent bantuan kewangan dan bahan diperlukan !

YELLOW IS ALWAYS A WASH !!

kain kuning....
Bunga - bungaan kuning....
Rayuan bantuan untuk perhimpunan 10 November 2007.
Kami memerlukan segera bantuan untuk membeli kain kuning, kain putih, cat (banner), belon kuning, bunga kuning, kemeja t kuning, stiker kuning, cat spray kuning, manila kat kuning, maker pen kuning dan untuk beberapa perbelanjaan logistik yang berkaitan.
bantuan boleh disalurkan dalam bentuk wang tunai atau barangan seperti yang diatas dengan menghubungi Tze Tze (012 3696474) dan Ariffin Birham (016 286 2481).

bagaimana wajah Kuala Lumpur pada 10 November nanti ???
suasana meriah dengan belon - belon Kuning....
bendera Kuning di mana mana membawa masej protes.. namun bukan sedikit Polis dikerahkan ....menjelang jam 10 pagi 10 November nanti Polis juga akan terpaku dan terpukau dengan imej gelombang Kuning... kanak - kanak serta ibu membawa mainan (teddy bear) kuning lalu dihadiahkan kepada Polis yang hanya tersenyum dan tidak tahu apa yang harus dibuat..
jam 3 Petang suasana sudah tidak terbendung.... semua peringkat usia, jantina dan bangsa berhimpun di Dataran Merdeka.... ketika itu masej sampai kepada yang berada di rumah bahawa rakyat lebih 100,000 berhimpun...keadaan aman polis bertindak profesional....

ada ramai petugas pula membantu pekedai bunga yang mengedarkan bunga kuining secara percuma tanda solidiriti rakyat.....

makin ramai rakyat turun sebelum bergerak CNN melaporkan hampir 200,000 rakyat berhimpun mencatat sejarah perhimpunan rakyat terbesar akan berarak ke istana negara... suasana riang ria .... penuh nyanyian dan sorakan.... kelihatan kelibat anak gembira berkejaran bermain belon - belon kuning.... polis bersedia mengawal lalu lintas sambil terus menerima bunga kuning sambil tersenyum....... tidak menolak kemungkinan jika lebih dari 100,000 rakyat Agong sendiri akan keluar istana menerima memorandum dan bersama laungkan SELAMATKAN MALAYSIA........

Perhimpunan 10 Nov. update 3 Nov

Dapat banyak email dari dalam negara, hampir semuanya respon kepada kenyataan terbuka yang dikeluarkan atas nama GERAK. Ada tiga jenis kategori email....Pertama paling sedikit (3 email) mengandungi kecaman termasuk menggunakan kata kata kesat, pengirim email mengutuk tindakan yang kononya memburukkan negara. Ditegaskan di sini apa yang berlaku ialah mendedahkan kepincangan bukan memburukkan negara. Inisiatif dan tuntutan BERSIH ialah untuk menyelamatkan kepentingan rakyat terbanyak. Perhimpunan ini dilakukan setelah biwak berwajib seolah pekak dan tidak mendengari rungutan rakyat. sila klik baca tuntutan BERSIH. Tuduhan perhimpunan rakyat ini dibayar sendiri akan terjawab dengan berfikir logik kalau minima RM50 satu kepala kali 100,000 sama dengan sala dengan RM 5000000 itu belum belanja belanja lain termasuk belanja perhimpunan luar negara... hahahaha kalau gerakan massa ini ada cash money sebegitu banyak alangkah bagusnya...hehehe dan sudah tentu bukan perhimpunan 100,000 yang akan dilakukan. Semalam che'GuBard minta Faisal (seketeriat BERSIH) hantar t-shirt sekurang kurang 5-6 helai ke 6 negara yang dah setuju demo bersama pun dia balas 'maaf kami di sini pun tak cukup 'buget' hehehe'...
email kategori yang kedua ialah email yang menyokong dan meminta digerakkan banyak lagi bandar dunia.. InsyaAllah sedang diusahakan sedaya upaya dalam kemampuan yang terhad berada di sini. Bil telefon (tarif yang agak tinggi) juga menyekat sedikit momento.... bilangan bandar yang melakukan demonstrasi mampu mempertingkatkan tekanan antarabangsa dan sedikit menambah motivasi gerakan dalam negara. Namun che'Gubard berkongsi keperihatinan dengan email - email dalam kategori ketiga yang paling banyak diterima iaitu menyatakan kegusaran dengan mobilisasi dan kesediaan rakyat untuk bersama.
Email dari yang hanya mahu memperkenalkan dirinya Mat Turbo menyatakan "Apa guna bising bising kat luar kalau orang yang ada masalah sendiri malas, takut untuk bangkit lawan untuk hak sendiri. Orang Malaysia ini tak ada mananya panas sekejap then sejuk balik... itupun panas kat kedai kopi jer mengeluh...bila susah rumah kena runtuh minta tolong pembangkang...pembangkang pun jerit - jerit malah sampai kena pukul kena tangkap...bila mengundi dapat kain batik..dapat payung sokong BN...suruh turun tuntut hak takut... ISA lah apa lah ... woi! apa takut kalau sberjuta turun tuntut hak polis pun takut gak sure depa pun joint sekali tuntut hak polis lak.........."
Komen Mat Turbo amat menarik.... sampai bila kita seolah tidak punya maruah mampu dikotak katikkan.... Ayuh bangkit....rakyat yang diruntuhkan rumahnya.... mereka yang dihalang hak mereka...mangsa kenaikan harga...mangsa kerakusan majikan (kapitalis) yang dilindungi kerajaan...Ayuh! ini masanya Perhimpunan Selamatkan Malaysia 10 November 2007 3 petang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kemudian berarak ke Istana Negara...... (bisik2 dari dalam Istana kalau betul ratusan ribu rakyat yang berhimpun berarak ke depan Istana DYMM YDP Agong sendiri akan keluar terima memorandum dan berucap didepan rakyat.... tengok Ketua Hakim, Fairuz pun Agong pecat!...Raja Melayu sudah mula bertitah menyebelahi rakyat..)
Seterusnya update hari ini nak berkongsi tulisan Pak Abu mengenai panduan HAK RAKYAT DAN HAK POLIS...tulisan ini keluar di tranungkite.net khusus menjelang peristiwa bersejarah 10 November.

Tahu dan hayati hak-hak andaSebagai rakyat Malaysia yang bakal turun bagi mempertahankan hak rakyat, saya harap kita sama-sama tahu dan hayati hak-hak kita.Bila saudara berada di jalan raya atau di luar nanti, ingatlah bahawa:
  • Polis memang boleh meminta seseorang itu untuk berhenti dan polis boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak saudara sama ada mahu menjawab, melayan dan bekerjasama dengan mereka atau tidak. Saya syorkan agar saudara tidak perlu layan mereka. Jangan gentar! Ini adalah hak saudara yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang negara.
  • Polis juga boleh cuba menyoal dan mendapatkan butiran tentang seseorang sekiranya orang itu telah melakukan kesalahan atau mengesyaki seseorang itu telah melakukan kesalahan. Sekali lagi, saudara tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut sehingga saudara mendapat bantuan daripada seorang peguam.
Sila klik untuk baca seterusnya

Friday, November 02, 2007

10,000 pekerja bank mogok ... semaraklah GELOMBANG KUNING!

Berikut ialah petikan berita dari Malaysiakini.com.....Lebih 10,000 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) akan menyertai piket peringkat nasional di ibunegara hari ini (3 November) berhubung isu tuntutan gaji.

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, piket tersebut akan diadakan di Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini merupakan kali pertama NUBE menganjurkan piket peringkat nasional.

Malah, tambahnya, ia juga merupakan piket peringkat nasiolnal yang pertama pernah diadakan oleh sebuah kesatuan sekerja.

Piket tersebut ekoran kegagalan NUBE dan Persatuan Bank Perdagangan Malaysia (MCBA) - untuk menyelesaikan pertikaian berhubung tuntutan NUBE yang mewakili 30,000 ahlinya berkaitan kenaikan gaji sebanyak 30 peratus, mengekalkan dua bulan bonus dan pemberian Cola.

Sebelum ini, MCBA dilaporkan bersetuju memberi kenaikan gaji 30 peratus tetapi dua bulan bonus yang diberi selama ini akan ditarik balik.

Bagaimanapun, NUBE tidak bersetuju dengan syarat tersebut kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kakitangan bank. Solomon berkata, ahli NUBE kecewa dengan tindakan Bank yang didakwanya menggunakan -pengaruh mereka terhadap menteri untuk mempercepatkan rujukan kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan dan enggan mengadakan rundingan.

Piket peringkat nasional ini, katanya, diadakan untuk menyuaraka n kekecewaan mereka terhadap pihak bank yang menggunakan ahli NUBE untuk mengaut keuntungan besar tetapi mengabaikan kebajikan para pekerjanya.

Solomon juga sebelum ini dilaporkan berkata piket akan diteruskan sehingga pihak MCBA menerima tuntutan NUBE.

Beliau dilaporkan berkata bahawa tuntutan kenaikan gaji itu bukan bertujuan untuk kemewahan tetapi hanya untuk kehidupan yang lebih selesa.

Katanya, Nube turut menuntut pemberian Cola kerana ini adalah masa yang sesuai bagi membantu bebanan kakitangan bank, yang menurutnya hanya dibayar RM662 atau RM995 untuk gaji pokok.

Ayuh bersama selamatkan Malaysia !!! Ingat Dataran Merdeka 10 November 2007 jam 3 petang !

setahun dalam kenangan..

dalam kedinginan Seoul, tidak mampu tidur kerja yang banyak begitu mendesak...jemputan sebagai panelis dalam seminar di Yonsei University belum lagi siap-siap.
tiba - tiba aku terkenang seorang Abang, seorang teman dan perjuang UMAR TAN...setahun dalam kenangan.
(gambar dari blog eliwong)

GERAK mendapat signal dari 6 Bandar.

Kenyataan media
2 November 2007

Hari ini GERAK telah mendapat maklumbalas dari orang dan organisasi perhubungan di 6 negara yang menyatakan prihatin dan bersedia untuk menunjukkan solidariti kepada BERSIH khususnya perhimpunan 10 November ini.

Maka dengan ini disahkan, serentak dengan Perhimpunan Aman pada 10 November 2007 di Malaysia aktivis di 6 bandar juga akan mengadakan aksi solidariti yang sama di depan kedutaan Malaysia di negara mereka untuk menunjukkan sokongan dan keperihatian mereka terhadap isu menuntut pilihanraya bebas dan adil di Malaysia.

Bandar – Bandar terlibat ialah Ulaanbaatar, Manila, Jakarta, Delhi, Bangkok, Colombo dan Seoul. Jumlah ini hanya melibatkan aktivis dan organisasi perhubungan GERAK, dan kami menyakini banyak bandar lain akan turut menyertai aksi solidariti yang digerakkan oleh badan gabungan BERSIH yang lain.

Berhubung dengan Perhimpunan Aman Rakyat di Dataran Merdeka yang kemudian akan berarak ke Istana Negara pada 10 November jam 3 petang nanti dengan ini selaku badan gabungan BERSIH, GERAK menegaskan bahawa perhimpunan itu bukan perhimpunan parti politik. Ia tidak sama sekali berimej mana mana parti politik. Ia bukan perhimpunan anti Kerajaan. Ia merupakan perhimpunan aman rakyat menuntut satu pilihanraya yang bebas,bersih dan adil. Semua parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau rakyat secara individu dijemput untuk menyertainya. BERSIH juga mempunyai pendirian terbuka untuk menerima mana – mana pertubuhan yang berkongsi cita – cita melihat demokrasi diperkasa dengan wujudnya pilihanraya bebas, bersih dan adil.

Sehubungan dengan itu semua pihak khususnya Polis Di Raja Malaysia supaya bertenang dan memberikan kerjasama. Ia bukan himpunan menentang kerajaan ia perhimpunan kearah memperkasakan demokrasi dalam negara. Diharap polis tidak mengulangi kesilapan dengan memalukan negara melalui tindakan yang tidak menghormati hak rakyat dalam keadaan dunia sedang memerhatikan Malaysia.

Dalam keadaan situasi jenayah yang ‘agak’ tidak terkawal adalah menjadi harapan rakyat ‘kekuatan’ polis ditumpukan kepada mengurangkan kadar jenayah. Beberapa perkembangan terkini dan khabar angin yang kuat melanda PDRM kononya berlaku perpecahan (krisis) antara pegawai tinggi PDRM dan rakyat berharap agar polis tidak cuba menggunakan isu perhimpunan rakyat (kebangkitan kesedaran) sebagai satu cara mengalih isu. Yakinlah sebarang tindakan melampau bukan sahaja tidak mengalihkan isu tetapi akan lebih memburukkan keadaan.

GERAK telah pun menghantar jemputan kepada hampir seluruh sukarelawan berdaftar seluruh negara dan jawatankuasa GERAK peringkat negeri untuk sama turun dan terlibat secara aktif dalam usaha mobilisasi. Rakyat diharap jangan was was untuk hadir bersama dalam perhimpunan tersebut bersama keluarga dalam suasana aman dan riang.

Badrul Hisham Shaharin
Eksekutif Ko odinator GERAK

Forecast next 48 hours (Seoul)

FridaySaturday
3:00 AM9:00 AM3:00 PM9:00 PM3:00 AM9:00 AM3:00 PM9:00 PM
Scattered flurries. Passing clouds. Chilly. More sun than clouds. Cool. Drizzle. More sun than clouds. Cool. Drizzle. Partly cloudy. Cool. Partly cloudy. Cool. Partly cloudy. Cool. Sunny. Cool. Clear. Cool.
1°C7°C9°C8°C8°C9°C12°C5°C
2 km/h Wind blowing from Southeast to Northwest8 km/h Wind blowing from South by west to North by east17 km/h Wind blowing from Southwest to Northeast16 km/h Wind blowing from Southwest to Northeast11 km/h Wind blowing from Southwest by west to Northeast by east6 km/h Wind blowing from Northwest to Southeast17 km/h Wind blowing from Northwest by west to Southeast by east9 km/h Wind blowing from North by west to South by east

Forecast next 7 days (Seoul)

FridaySaturdaySundayMondayTuesdayWednesdayThursday
Drizzle. Partly cloudy. Cool. Morning clouds. Cool. Sunny. Cool. Sprinkles late. More sun than clouds. Cool. Drizzle. More sun than clouds. Mild. More sun than clouds. Cool. Morning clouds. Cool.
low: 2°C
high: 10°C
low: 5°C
high: 13°C
low: 1°C
high: 13°C
low: 3°C
high: 14°C
low: 7°C
high: 17°C
low: 6°C
high: 17°C
low: 6°C
high: 17°C

More weather and forecast details...
Weather provided by CustomWeather, copyright 2007

Thursday, November 01, 2007

Terbaru : BERSIH tetap teruskan perhimpunan

Hari ini entah kenapa......seharian blog ini tidak boleh diakses dari semua komputer baik di university mahupun di apartment. Kira kira jam 10 mlm (waktu Korea) baru boleh update. Di sini dikongsi beberapa perkembangan mengenai perhimpunan.

Jawatankuasa induk BERSIH telah bertemu dan berbincang serta memberikan taklimat penuh mengenai Perhimpunan Aman 10 Nov. 3 petang di Dataran Merdeka dan kemudian berarak ke Istana Negara kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan pasukanya hari ini. Selepas sesi tersebut deligasi BERSIH telah membuat sidang media di depan Balai Polis dengan menyatakan Perhimpunan Aman akan diteruskan.(gambar dari Malaysiakini.com)
Berita baik !!! GERAK telah mendapat signal dari contact person/organization di 7 bandar dunia menyatakan kesediaan melakukan aksi solidariti serentak dengan Perhimpunan di Dataran. Mereka akan berhimpun depan kedutaan Malaysia di negara masing masing untuk menghantar nota sokongan terhadap usaha BERSIH kepada pihak kedutaan Malaysia. InsyaAllah esok kenyataan penuh akan dikeluarkan. Cuma apa yang menarik selepas diterangkan mengenai kempen Gelombang Kuning...ramai teman aktivis antarabangsa secara spontan memberikan respon "Great! Its next Orange Revolution but this time in Yellow"....

Seterunya masih ramai yang tertanya - tanya mengenai gelombang kuning. Rasanya tulisan seorang aktivis yang juga merupakan artis muda yang baru mengeluarkan album mampu menjawab persoalan tersebut. Sila klik tajuk Kuning Warna Penyatan 10 Nov untuk membaca.

Selain itu tulisan Rozmal, Negeri Sembilan mengenai kuning juga menarik untuk dibaca. Klik Apa Istimewanya Kuning ? untuk membaca.

Sekurang kurangnya dua web dikesan telah diwujudkan khusus untuk perhimpunan satu oleh aktivis di Kuala Lumpur dan satu di Negeri Sembilan. sila layari http://10nov.himpunan.info/ dan http://gelombangkuningn9.wordpress.com tetapi orang ramai tetap dinasihatkan untuk merujuk ke laman rasmi http://bersih.org untuk sebarang makluman rasmi.

iklan : sesiapa yang nak beli Insurans hayat atau AM sila dapatkan teman dari seperjuangan "berbelanja sambil membantu perjuangan" Razak 0196500425, Ariffin @ Rebin 0162862481 , Faisal Mustaffa 0193382786

Anak muda Negeri Sembilan lancarkan “Gelombang Kuning”

Oleh : Norazizi A. Aziz
Atas rasa tanggungjawab bagi memastikan perhimpunan rakyat “ Selamatkan Malaysia” pada 10hb November ini berjaya, gabungan anak-anak muda Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan.

Sekretariat ini didokong oleh parti politik Keadilan, PAS, DAP serta turut menggabungkan badan-badan NGO di Negeri Sembilan seperti GERAK, TERAS, ABIM, JIM dan ISMA.

“Perhimpunan ini adalah yang terbesar dan bakal menjadi perhimpunan paling bersejarah di Malaysia. Fokus utama perhimpunan ini adalah untuk menuntut pilihanraya bersih yang tidak dinodai oleh penyelewengan dan penipuan. Selama ini, dunia disogok dengan propaganda media yang kononnya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Namun hakikatnya Malaysia mengamalkan demokrasi yang tempang. Justeru, seluruh rakyat Negeri Sembilan perlu hadir untuk menghantar mesej jelas bahawa kita sudah bersedia untuk membuat perubahan jika tiada sebarang reformasi dilakukan dalam pilihanraya kali ini.” Kata Badrul Hisham Shaharin dalam kenyataan medianya. Ahli MPT Keadilan ini juga merupakan penasihat kepada sekretariat ini.

Pengerusi sekretariat , Taufek Abd. Ghani turut mengumumkan pelantikan jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan,”Sekretariat ini ditubuhkan sebagai medium kepada rakyat Negeri Sembilan untuk mendapatkan penerangan tentang peri pentingnya pilihanraya yang bersih. Kita juga turut menubuhkan unit pendaftaran yang meletakkan target seramai 5000 orang bagi menyertai perhimpunan ini. Pihak sekretariat juga telah merangka beberapa program kearah menjayakan perhimpunan ini.” Beliau yang turut mengetuai Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan juga telah melancarkan “Gelang Kuning” sebagai simbolik kepada perhimpunan ini. “Setiap ahli jawatankuasa sekretariat diwajibkan memakai gelang kuning sepanjang kempen “Selamatkan Malaysia” sebagai tujuan promosi.” tambah beliau
Wakil NGO, Suhaimi Kasim dari Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) juga turut mengharapkan agar setiap badan NGO di Negeri Sembilan memberikan solidariti terhadap perhimpunan ini “ Kita tidak perlu gentar untuk menyertai himpunan aman ini apatah lagi Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk membuka pintu istana seluasnya bagi menerima memorandum. GERAK juga melihat bahawa isu rasuah dan korupsi telah menyebabkan SPR sanggup ditunggang dengan mengenepikan amanah sebenar. SPR yang sepatutnya bebas telah sanggup bersekongkol demi menjamin kelangsungan politik mereka yang mempunyai kepentingan.”

Sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Keadilan NS, Asmaon Basir dan Setiausaha Pilihanraya Keadilan Negeri Sembilan, Sabarudin Abdullah.
Kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang ingin mendaftar dan ingin mendapatkan cenderahati berwarna kuning seperti kemeja, topi, ikat kepala, button badge dan payung, bolehlah menghubungi AJK Sekretariat Mobilisasi Negeri Sembilan, Tze Tze (012 3696474) dan Ariffin Birham (016 286 2481)

iklan : sesiapa yang nak beli kereta Proton harap boleh beli
melalui Rizal (bendahari GERAK NS)0123535698 "membeli sambil membantu perjuangan"

Tuesday, October 30, 2007

PEOPLE SHOULD NOT BE AFRAID OF THEIR GOVERNMENTS ;
GOVERNMENTS SHOULD BE AFRAID OF THEIR PEOPLE
(V For Vendetta - Alan Moore)
Harga tepung gandum pula naik lagi, jelas kerajaan yang lemah dibawah pimpinan Abdullah ini gagal mengurus negara dengan baik. Rakyat terus di biar menderita kerana kerajaan tidak takut kepada rakyat...kerana tiap kali pilihanraya mereka pasti menang .... kerana pilihanraya tidak bebas, bersih dan adil......
Ayuh... kejutkan Perdana Menteri kita yang kuat tidur khayal bermimpi....kejutkan Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai isteri boros dan tamak sehingga memaksa beliau melakukan rasuah 'besar'......
Hanya satu kata melawan penindasan...menumbangkan kezaliman... LAWAN !!!
Perhimpunan 100,000 rakyat, 10 Nov. 3ptg, Dataran Merdeka ke Istana Negara...
rakyat mengadap Raja bersama Selamatkan Malaysia


Monday, October 29, 2007

Rakyat jangan takut....10 Nov. 2007

a
Tinggal hanya beberapa hari lagi, perhimpunan 100,000 untuk menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil akan berlansung di Dataran Merdeka 10 November ini.

Ini adalah satu perhimpunan sekalian rakyat. Ini adalah perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Ini adalah perhimpunan raksaksa bagi memanifestasikan keluhan rakyat mengenai perjalanan sistem pilihanraya di negara ini yang terlalu banyak sumbing dan tempangnya. Justeru, tiada sebab ia perlu dihalang oleh sesiapa saja samada polis mahupun kerajaan sendiri.

Banyak pula kebelakangan ini desas-desus dan usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan ini. Kononnya ianya tidak berpermit, kononnya peserta perhimpunan akan dihalang dengan cara termasuk sekatan jalanraya menuju ke Dataran Merdeka, kononnya anggota FRU telah bersap sedia untuk "menggempur" perserta perhimpunan, kononnya nanti ada yang bakal "tertembak" dan 1001 jenis desas-desus lain yang cuba untuk menakutkan orang ramai untuk turut serta perhimpunan berkenaan.

Kita ingin nyatakan kepada mereka BAHAWA semakin kuat rakyat dihalang akan semakin kuat penentangan yang datang, semakin kejam rakyat diperlakukan semakin membara semangat rakyat untuk berada di jalanan bagi mempastikan kezaliman itu berakhir dan semakin tinggi keangkuhan kerajaan untuk menutup suara rakyat maka semakin cepat kerajaan yang ada di campakkan ke lembah kekalahan dan kehinaan.

Kita ingin menyeru kepada pihak Polis agar tidak secara wewenangan melakukan sekatan-sekatan ataupun tindakan-tindakan provokasi ataupun penyalah-gunaan kuasa untuk mendera dan bertindak kejam ke atas para hadirin yang hadhir di perhimpunan berkenaan.

aSudah cukup banyak kejadian di masa lalu polis-polis telah bertindak ganas dan kasar, menggunakan kekerasan tidak kena pada tempatnya, menyembur gas pemedih mata secara kejam dan zalim semata-mata beralasan untuk menyuraikan satu perhimpunan aman, menyeret-memukul-mendera rakyat menjadi tabiat polis di mana sahaja demonstrasi aman diadakan, provokasi polis serta pengunaan senjata api untuk "menembak" rakyat yang tidak berdosa adalah insiden Batu Burok yang masih segar di dalam ingatan sekalian rakyat.

Kepada sekalian rakyat, kita serukan agar JANGAN GENTAR dan JANGAN TAKUT kepada sebarang kezaliman dan kekejaman yang mugkin berlaku. Precedent mahkamah telah pun ada untuk menjutawankan mereka yang disiksa dan didera polis. Keputusan mahkamah 18 Oktober lalu dimana Sdra Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada zaman reformasi lain sepatutnya menjadi peransang untuk sekalian rakyat marhaen yang tidak bersalah untuk tidak lagi gentar dengan sebarang ugutan polis atau sesiapa sahaja selepas ini. Itu habuan yang tidak kecil, namun yang lebih penting darinya ialah usaha bakti tuan-tuan untuk mewariskan kepada rakyat dengan satu sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih.

Rakyat telah sekalian lama dikatunkan oleh pemerintah dengan sistem pilihanraya yang kotor, jijik lagi berat sebelah. Diperbodohkan pula oleh menteri-menteri alang kepalang kematangannya yang kini menjaga kementerian-kementerian penting di dalam negara. Rakyat dihina dengan tindak-tanduk pegawai-pegawai kerajaan seperti Peguam Negara dan Biro Pencegah Rasuah dengan pembebasan perasuah-perasuah dari kalangan orang ternama. Pengundi-pengundi ditipu hidup-hidup oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang gagal menjalankan amanah negara supaya bertindak adil dan saksama. Rakyat dihidangkan dengan berita-berita yang senget sebelah oleh media massa arus perdana. Kesemuanya ini perlu dihentikan segera dan perhimpunan 10 November adalah titik mulanya!

Dan tiada siapa berhak untuk menahan dan menghalang rakyat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agong jika Yang Di Pertuan Agong sendiri sudah sedia untuk menerima rafak sembah rakyatnya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN

Peserta perhimpnan perlu menjaga disiplin sepanjang masa kerana kita berhimpun secara aman. Kita berhimpun untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Hadirkan diri dan jangan timbulkan lakukan apa-apa tindakan sebelum mendapat izin dan makluman dari pimpinan perhimpunan.

Datang dan sertai kelompok orang yang ramai mengikut pertubuhan masing-masing dan jangan berjalan sendirian.

Jangan membawa senjata api atau apa-apa juga benda-benda tajam atau bahan bakar.

Jangan berlari, jangan membaling apa-apa, jangan rosakkan sebarang kenderaan atau apa juga yang ditemui di sepanjang jalan seperti pokok-pokok, tanaman bunga, papantanda, bendera dan sebagainya serta jangan memaki atau berbahasa kesat kepada sesiapa sahaja.

Elakkan menghisap rokok di sepanjang jalan kerana puntung rokok yang dibuang mungkin boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan.

Seandainya kenderaan anda ditahan oleh polis

1) Dapatkan kad kuasa polis yang menahan dengan baik untuk pastikan beliau sememannya seorang anggota polis.


2) Ambil gambar dari beberapa kamera yang berbeza terhadap insiden itu


3) Jangan lari, jangan takut tetapi jangan timbulkan sebarang ketegangan


4) Kawal emosi serta berhubung dengan pimpinan sekadar segera

Polis yang berpakaian preman (SB-SB) amat mahir untuk menimbulkan provokasi di dalam keadaan-keadaan seperti itu. Justeru itu tuan-tuan pastikan:

1) mengenali provokator yang bertindak lain dari apa yang diarahkan pimpinan

2) mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya ada di dalam sebarang perhimpunan aman seperti membakar bendera, membaling batu, memaki hamun, merosakkan kenderaan dan harta benda serta bertindak ganas

3) mengambil gambar-gambar mereka dan perlakuan mereka dari kamera atau videocam yang banyak dan berbeza-beza (penting untuk evidence jika ada kes mahkamah dan penting juga jika satu rampas ada 10 yang lain)

4) bertanya kawan jika ada yang mengenali "orang yang bertindak ganjil" it

5) bertindak untuk menasihat "perbuatan ganjil" itu dihentik

6) melihat kelompok yang membawa sepanduk/banner, supaya hanya sepanduk/banner yang diluluskan sahaja dibawa (ertinya tiada sepanduk/banner yang bermaksud lain daripada motif atau motto perhimpunan)

7) pakaian yang digunakan oleh peserta tidak ada tulisan atau gambar motif keterlaluan, sebaik-baiknya pakaian berwarna kuning atau memakai pakaian rasmi perhimpunan.

Semuga PERHIMPUNAN 10 NOVEMER 2007 ini berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi titik tolak baru di dalam sejarah kebangkitan rakyat negara ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.

yg di quote dari greenboc

Terbaru mengenai 10 Nov. ..akan disertai bandar besar dunia

Sememangnya sudah dari awal menjangkakan perhimpunan 10 November ini sememangnya akan menjadi pelakar sejarah baru Malaysia...

Usaha terbaru berikutan respon ramai rakyat Malaysia dan aktivis antarabangsa yang simpati dengan perjuangan rakyat serta memandang serius usaha BERSIH ini maka sedang diusahakan perhimpunan solidariti di depan Kedutaan Malaysia di beberapa kota besar dunia. Setakat ini dah dikenal pasti London, Seoul, Bangkok.... dan banyak lagi yang bakal menyusul. Maknanya Malaysia akan menjadi perhatian dunia... Revolusi Kuning akan mencatat sejarah seiring revolusi aman rakyat di dunia antarabangsa.

Satu laman web khusus untuk perhimpunan juga sudah berada di alam maya...sila layari http://10nov.himpunan.info

Terbaru dari teman di Malaysia ialah mengenai bantuan polis mengumumkan mengenai perhimpunan tersebut amat membantu promosi. Jawatankuasa BERSIH akan bertemu dengan PDRM untuk urusan keselamatan. Kepada rakyat jangan gusar kita turun secara aman, dengan bungan dan belon serta serba kuning.... dunia sedang memberikan sokongan.... Rekod - rekod kebangkitan rakyat di seluruh dunia polis mahupun tentera pun pasti akan berpaling memihak rakyat jika kebangkitan umpama gelombang tsunami yang tak tertahan....

Anak muda dijemput untuk bersama dalam pengedaran risalah dibawah.......

Inilah jadual pengedaran risalah dan handbill di KL untuk minggu depan. Bersama kita melakar sejarah ..

  • 3 Nov — 3 pm - Berkumpul di Masjid India
  • 4 Nov — 2 pm - Lot 10, Bukit Bintang
  • 5 Nov — 4.30 pm - KL Sentral
  • 6 Nov — 5pm — Stesen LRT Universiti (Pantai Dalam)
Dalam perkembangan lain pemimpin politik regim penguasa mula panas dengan mood kebangkitan 'revolusi aman Kuning' kali ini. Banyak penulis cyber Umno telah mula menyerang dan meletakkan perbagai tohmahan terhadap perhimpuan tersebut. Laman rasmi Pemuda Umno juga hari ini menyiarkan tulisan yang jelas menggambarkan ketakutan mereka. Harap mereka sewajarnya takut kerana apa yang di desak rakyat ialah pilihanraya bebas, bersih dan adil yang selama ini dielakkan kerana memastikan mereka terus berkuasa untuk rasuah dan salahguna kuasa...

Hanya 'geng jahat' sahaja yang takut bila orang desak mengenai kebaikan !

Sunday, October 28, 2007

iklan : sesiapa yang nak beli kereta Proton harap boleh beli melalui Rizal (bendahari GERAK NS)0123535698 "membeli sambil membantu perjuangan"

Siasatan pegawai JPM ke atas Ali Rustam ; satu lagi salahguna kuasa UMNO

Rabu lalu, akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.
Berita berkaitan kemudianya turut disiarkan oleh beberapa media yang menyebut mengenai Pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawah arahan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah bertemu dengan beberapa individu tertentu untuk menyiasat perkara tersebut.
Ini jelas salahguna kuasa, bagaimana mungkin pegawai kerajaan yang dibayar gaji menggunakan wang cukai dan hasil negara (baca;Rakyat) dipergunakan untuk menyiasat krisis dalaman parti politik. UMNO, PPP mahupun BN ialah parti politik yang seharusnya terpisah dari Kerajaan. Kita bukan negara komunis satu parti yang tidak memisahkan kerajaan dan parti 'komunis' memerintah.
Sama ada Abdullah secara sedar menyalah gunakan kuasanya atau dia sendiri tidak memahami sistem bagaimana negara ini harus dikendalikan. Tindakan salahguna kuasa ini seharusnya dikecam dalam keadaan pentadbiran Abdullah yang lemah dan rakyat semakin terhimpin seharusnya Abdullah menggunakan seluruh guna tenaga pegawai dibawahnya untuk memperbaiki pentadbiranya dan mencari jalan menyelesaikan masalah yang terkait terus dengan rakyat terbanyak, bukan membuang masa menyelesaikan masalah dalaman parti politik.
Selain membazirkan guna tenaga pegawai tersebut, siasatan tersebut juga melibatkan elaun tambahan.
Lebih jauh lagi hasil siasatan pasukan pegawai JPM yang secara salahguna kuasa diarahkan oleh Abdullah itu tidak mampu mengubah berbuat apa - apa. Ini semua terjadi kerana kelemahan Abdullah dan pemimpin di bawah beliau bertindak sendirian kerana mula hilang rasa hormat terhadapnya yang dilihat sebagai presiden Umno paling lemah dalam sejarah.
Jika benar Abdullah mempunyai kredibeliti selaku Presiden Umno atau Pengerusi BN panggil sahaja Ali Rustam untuk memberikan penjelasan,tidak perlu salahguna kuasa dan bazirkan wang rakyat bentuk pasukan penyiasat gunakan pegawai JPM. Abdullah juga menyedari hakikat ini tetapi beliau terpaksa menyalahguna kuasa mengarahkan pegawai JPM untuk konon menyiasat untuk meredakan PPP, khususnya Presiden PPP Datuk Dr. M.Kayveas yang juga Timbalan Menteri di JPM.
Badan Pencegah Rasuah seharusnya bertindak terhadap perkara ini, yang merupakan salahguna kuasa dan jika ini dibiarkan ia akan menjadi contoh negatif kepada rakyat.
iklan : sesiapa yang nak beli Insurans hayat atau AM sila dapatkan teman dari seperjuangan "berbelanja sambil membantu perjuangan" Razak 0196500425, Ariffin @ Rebin 0162862481 , Faisal Mustaffa 0193382786

10 November pemulaan lakaran baru....

Anwar Ibrahim, TG Nik Aziz, TG A.Hadi Awang, L.Kit Siang, Syed Shahir (MTUC), Ezam (GERAK) dan beratus lagi pemimpin politik, NGO dan Kesatuan sekerja telah menyatakan kesediaan untuk hadir bersama dalam perhimpunan BERSIH 10 November 2007 3 petang Dataran Merdeka. Jelas seperti tiada apa lagi yang mampu menidakkan hujah bahawa perhimpunan tersebut akan menjadi perhimpunan rakyat terbesar dan paling merah serta aman.
Kesungguhan Jawatankuasa Induk Bersih serta disokong oleh Jawatankuasa - Jawatankuasa kecil khususnya Jawatankuasa teknikal mobilisasi dan pelaksanaan perhimpunan yang telah memergiatkan perjumpaan untuk menyusun atur program akan meletakkan perhimpunan terbesar dan aman serta meriah ini paling tersusun yang pernah diadakan. Pembentukan 'marshal, unit sukarelawan keselamatan' yang menjangkau ratusan juga menyakinkan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman malah antara mereka telah terlatih untuk memantau kewujudan unsur provokasi.
Perhimpunan terbesar rakyat yang datang dari seluruh negara ini akan berhimpun di Dataran Merdeka dan kemudian berarak ke Istana Negara bakal mengimbau sejarah hubungan rakyat dan Raja Melayu...mengimbau sejarah kebangkitan rakyat menentang Malayan Union. Ketika itu rakyat bangkit mendaulatkan Raja yang tercalar maruah hampir hilang kuasa diperlakukan agen penjajah Sir Harold MacMichael. Rakyat sanggup berdepan halangan, ugutan dan ancaman bangkit sehingga rancangan Malayan Union terpaksa dibatalkan.
Kali ini senario hampir sama 10 November bakal menjadi permulaan lakaran sejarah baru. Hubungan Raja dan rakyat ; isunya Rakyat tertekan dengan amalan korupsi pemimpin politik pemerintah, kelemahan pimpinan, harga barang naik, kos hidup naik, tol naik, cukai naik.... semua ini berlaku kerana rakyat gagal memilih peminpin mereka sendiri kerana amalan demokrasi hampir mati. Pilihanraya tidak bersih dan adil...pemerintah politik tidak takutkan rakyat kerana mereka pasti akan menang kerana Pilihanraya umpama papan catur yang boleh di atur mereka.
Rakyat hidup derita bekerja membanting tulang...bangun pagi pulang lewat.. tetapi sesetengahnya hidup selesa bukan kerana berusaha tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin politik terus mewah dan kaya kaut keuntungan negara...kita putih mata...
Regim pemerintah mengusai media terus memperdaya kita.... kononya negara ini mewah dan berjaya tetapi hakikat fikirkanlah sendiri.... pembaziran projek mega..rasuah.. apa makna menghantar angkasawan ke angkasa dengan membayar berjuta juta wang pembayar cukai tetapi masih ada pelajar terhimpit kerana kewangan yang sempit...apakah itu perkiraan bijak membangunkan modal insan... Bangkit anak muda semua!
Rakyat baik di bandar dan desa yang selama ini terhimpit dengan perbagai masalah ...keluh kesah kita tidak pernah mereka dengar... Ayuh... atas nama rakyat.... atas nama SELAMATKAN MALAYSIA ! kita berhimpun pada 10 November 2007 3 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Peranan para aktivis khususnya anak muda jangan rehat kita hanya ada beberapa hari menjelang permulaan baru lakaran sejarah negara.... kita diambang kemerdekaan kedua negara...kemerdekaan RAKYAT!....
Apa yang boleh anda lakukan sebelum perhimpunan :
  • cetak risalah, poster, artikel berkaitan perhimpunan dari sumber internet sebarkan di surau, masjid pasar malam...(kalau segan malam sebelum tidur masukkan secara senyap dalam pos box jiran tetangga)
  • spray masej perhimpunan dengan warna kuning di dinding atau jalan tempat laluan orang ramai
  • forward email sebanyak mungkin ke teman dan kenalan...fwd sms... dan gunakan mesin fax fax risalah atau apa sahaja berkaitan ke nombor fax dalam simpanan....
  • pakai baju kuning ke tempat kerja atau ke mana sahaja... ikat riben kuning di antena kereta...

Berapa ramai akan datang ? Soalan yang tidak mampu terjawab... mood semaki nmemuncak mungkin 10,000 ..mungkin 100,000 atau mungkin sejuta... panduan kepada semua...

  • batalkan semua pertemuan..jika ada yang buat temujanji ajak mereka ke dataran merdeka hari tersebut. Ceramah atau rapat politik pada 10 Nov. perlu dibatalkan.... !!!
  • dinasihatkan datang dengan kenderaan awam atau berkongsi kenderaan....jika datang dengan kenderaan persendirian sila parking kenderaan di stesen LRT atau monorail di luar pusat bandar..seperti di KL Central dan seumpamanya... guna LRT berhenti di Stesen Masjit Jamek, guna Komuter (KTM) berhenti di Stesen KL atau Bank Negara....

untuk arahan lanjut rujuk blog http://chegubard.blogspot.com ini atau http://bersih.org

Saturday, October 27, 2007

Anwar akan bersama perhimpunan 10 Nov.


Mood perhimpunan 10 November ini semakin membara..... melalui pemerhatian dari jauh bahang terasa ....ratusan mailling list (egroup) sudah mula menghantar masej- masej perhimpunan. Beberapa komuniti maya seperti myspace, friendster, facebook juga tidak ketinggalan dalam menyebarkan masej perhimpunan. itu belum lagi peranan bloggers yang merancakkan mobilisasi dan hebahan.

Email dari teman - teman di Malaysia juga menggambarkan usaha mobilisasi yang mulanya sejuk dan tidak teratur mula tersusun. Sebelum meninggalkan Negeri Sembilan 24 Oktober lepas sempat untuk duduk berdiskusi bersama beberapa pemimpin NGO dan politik setempat membincangkan mengenai perhimpunan 10 November. 23 Oktober DPPNS, GERAK NS, PAR NS dan keADILan NS telah mengadakan sidang media menyatakan keseriusan mereka untuk memobilisasi ahli, aktivis dan massa setempat.

Dalam pada masa itu rakyat tertanya - tanya apakah perbezaan perhimpunan kali ini ? ...mengenai pemimpin adakah semua pemimpin bersedia untuk turun bersama rakyat.... tulisan Abdullah Karim cukup menggambarkan pertanyaan massa rakyat...

Jawapanya YA perhimpunan ini amat berlainan...ia akan menjadi perhimpunan paling ramai, paling aman dan paling tersusun serta meriah yang pernah diadakan untuk menyelamatkan negara ini selepas perhimpunan menentang Malayan Union.

Dahulu ketika Sir Harold MacMichael menipu dan mengugut Raja - Raja Melayu untuk menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Malayan Union rakyat telah bangkit menentang dan membela negara serta raja - raja Melayu. MacMichael secara sulit telah bertemu semua Raja Melayu dan mengugut kononya mempunyai bukti Raja Melayu menyokong Jepun dan jika tidak menandatangani sokongan pembentukan Malaysan Union boleh ditangkap serta didakwa. rakyat yang sedar mengenai hakikat tersebut telah bangkit dengan menginsafi betapa bangsa, tanahair termasuk raja raja Melayu akan hilang hak dan maruah jika terbentuknya Malayan Union. Akhirnya kerana keberanian dan gelombang rakyat ketika itu Bangsa dan negara berjaya dan terselamat. Tidak keterlaluan apa yang dinikmati oleh Raja -Raja Melayu kini merupakan hasil perjuangan rakyat.

Kini kali sejarah berulang kembali..... Gelombang kuning akan menghimpunkan ratusan ribu rakyat di Kuala Lumpur 10 November jam 3 petang di Dataran Merdeka akan berarak dengan tema Selamatkan Malaysia....hasil risikan BERSIH ke Istana telah bersetuju membuka pintu menerima masuk mengadap rakyat... masanya mungkin tiba Raja - Raja Melayu membalas jasa kebangkitan rakyat menentang Malayan Union..... Negara diambang kehancuran bila demokrasi sudah hilang rohnya.

Kegusaran rakyat untuk bersama akan semakin hilang kerana pada 26 Oktober dalam blog Anwar Ibrahim beliau sendiri telah mencoretkan kesediaan bersama massa rakyat pada 10 November. Hampir semua pemimpin PAS akan hadir..cuma kita masih menunggu penyataan peribadi TG Nik Aziz...begitu juga DAP dan parti politik lain..begitu juga pertubuhan bukan kerajaan yang bersedia hadir dan menggerakkan ahli pemerak untuk hadir kini berjumlah 32 pertubuhan dan yang terbaru ialah penyataan sokongan dari GERAK...

Saya kini sedang serius mengumpul wang (dalam tangan sudah punya USD180 perlu cari USD530 lagi).... jika tidak ada aral melintang insyaAllah saya juga akan pulang dari bumi kimchi ini untuk bersama teman menuntut kembalikan hak rakyat "Selamatkan Malaysia!"

GERAK tukar nama ke arah menjadi NGO serantau

GERAK kini dikenali dengan nama Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau dalam bahasa Inggerisnya Civil Movement Againts Corruption. Ini bersesuain dengan perkembangan GERAk yang mula 'berevolusi' ke arah menjadi NGO's serantau.
Perkara ini telah di umumkan secara rasmi oleh Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Mohd Nor, September lepas dalam satu Majlis di kediamanya. Ezam menyatakan tindakan ini diambil kerana gerak kerja GERAK akan lebih memfokuskan usaha pendidikan, mobilisasi dan pembongkaran rasuah yang menjadi Musuh Nombor 1 Negara dan menjadi permasalahan utama rantau ini juga.
Walaubagaimanapun pejabat GERAK di Kelana Jaya akan terus beroperasi seperti biasa.
GERAK tidak menolak peranan demokrasi atau usaha memartabatkan demokrasi secara khsusus tetapi melihat kembali keadaan semasa masyarakat, korupsi perlu diperangi sehingga ke akar umbi dahulu. Masyarakat yang bebas korup minda, perekonomian dan sosialnya sudah pasti akan mengangkat dan menghormati martabat insaniah setiap warganya.
GERAK Malaysia akan bergabung dengan GERAK di Indonesia yang merupakan gabungan NGO-NGO di 26 buah daerah di Indonesia. Kata persetujuan telah diperolehi untuk beberapa tindakan bersama dalam isu memerangi rasuah ini dan kemungkinan pejabat serantau GERAK juga akan dibuka di Jakarta. Untuk itu juga GERAK Malaysia sedang dirombak dari segi struktur dan modus operandinya. Ramai aktivis - aktivis muda akan digabung dalam GERAK Malaysia bukan sahaja sebagai mengisi GERAK kerja biasa tetapi ada yang turut dinamakan sebagai Lembaga Pengarah.
GERAK mendapat sambutan yang begitu memberansangkan dari jumpa keahlian dan penyataan sokongan. Ramai termasuk kakitangan kerajaan mahupun sumber dalaman parti pemerintah telah mula berhubung dengan GERAK meenyatakan sokongan dan kesediaan bekerjasama. Tidak kurang juga banyak email dari orang ramai yang menghantar salinan laporan polis dan BPR yang mereka buat untuk perhatian dan bantuan.
Berkaitan Perhimpunan BERSIH 10 November 2007, GERAK secara rasminya telah menyatakan sokongan terhadap usaha BERSIH untuk menuntut Pilihanraya bebas dan adil. GERAK akan cuba menggerakkan seluruh aktivis berdaftarnya dari seluruh negara, dan makluman mengenai BERSIH termasuk perhimpunan 10 November akan disebarkan kepada jaringan GERAK di seluruh dunia.

Thursday, October 25, 2007

Kerajaan NS semakin melemah dibawah Mohamad

Masih teringiang lagi antara isi kempen hebat kem Barisan Nasional Pilihanraya 2004 di Dun Rantau ialah 'harus undi calon BN Rantau kerana beliau akan jadi MB Negeri Sembilan' dan pengalaman korporat beliau akan memacu ekonomi Negeri Sembilan. Beliau tidak akan rasuah kerana memang sudah kaya raya dan pentadbiran kerajaan negeri akan berimej korporat yang cekap!
Kini 2 tahun lebih terbukti semua hujah tersebut palsu dan hanya retorik. Malah Kem BN-Umno Negeri Sembilan juga semakin kucar kacir di bawah Mohamad yang sangat lemah.
Contoh paling hampir ialah ketika Mohamad mengumumkan kononya Negeri Sembilan terima pelaburan RM1.56 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM1 bilion setahun yang ditetapkan kerajaan negeri. (BH 20 Sept.2007) malangnya ketika yang sama beberapa kilang tutup dan mengalihkan pelaburan ke luar negara. Terbaru che'GuBard difahamkan, kilang pembuat tilam Dunlopillo di Senawang akan ditutup dan operasinya akan berpindah ke Vietnam.
Beberapa Agensi kerajaan khususnya PBT pula mengalami krisis yang teruk dengan bebanan hutang. PBT di Negeri Sembilan telah mengumpulkan tunggakan hutang sebanyak RM17 juta kepada Southern Waste Management (SWM). (HM 28 Sept.2007). Hutang yang besar tersebut telah mengakibatkan operasi SWM tertanggu dan mengancam kebajikan pekerja - pekerjanya.

JBANS juga sedang mengalami krisis kewangan yang teruk kerana beroperasi dengan tidak efisyen dan gagal memungut tunggakan dengan 'pengguna - pengguna' kormersial. Tindakan hanay ditumpukan kepada pengguna domestik kecil seperti kita. Krisis kewangan di JBANS ialah kerana kelemahan pengurusan. Antara punca kerugian JBANS ialah kadar kehilangan air yang tinggi. Ia berlaku bukan kerana kecurian air domestik tetapi kecurian air oleh pengguna kormesial, penggunaan bahan penyaluran air yang tidak berkualiti (kerana amalan korupsi) dan kegagalan menyediakan pasukan bertindak yang cekap. Di Taman Bukit Chedang (Fasa dua) contohnya sebuah rumah telah banyak kali membuat aduan mengenai paip bocor sebelum meter berhampiran dengan rumahnya. Melalui aduan surirumah ini kepada Pusat Aduan Rakyat menyatakan JBANS meminta beliau jangan risau kerana kebocoran sebelum meter dan tuan rumah tidak terlibat membayar kos air yang bocor. Sehingga kini kebocoran telah berlanjutan selama lebih 3 bulan dan setiap saat wang rakyat tercurah kelongkang bersama air yang bocor.
28 September lepas Lapan galang jejambatyang sedang dalam pembinaan di Lebuh RayaKajang-Seremban (Kaseh) yang melintasi JalanPajam-Nilai dekat sini. Kegemparan berita ini seharusnya dibaca sebagai kegagalan Kerajaan Negeri memastikan projek insfrastruktur berjalan lancar.Nasib baik tiada rakyat yang mati terhempat galang tersebut. Bukan sahaja kerana faktor keselamatan tetapi kelewatan penyiapan projek.
Projek mega ini dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia kepada KASEH Sdn Bhd pada 1997 dengan konsesi selama 33 tahun. 10 tahun telah berlalu namun hanya pakej 1 dari Kajang ke Semenyih baru dibuka. Bila pakej yang lain hendak disiapkan ? ( Pakej 1: Bermula di Kajang sehingga Pajam - 18.0 km , Pakej 2: Bermula di Pajam sehingga Temiang - 17.5 km dan Pakej 3: Seremban By-Pass - 13.0 km )

Difahamkan pihak KASEH Lebuhraya Sdn Bhd milik Antah Holding Bhd masih bergelut dengan masalah kewangan sehingga terpaksa 'menjemput' IJM Corporation Bhd untuk melunaskan baki pembinaan lebuhraya berkenaan. Malangnya sehingga kini kerajaan negeri gagal menangani mahupun membincangkan permasalan projek insfrastruktur penting yang lewat ini.

Rakyat berharap agar kemudahan yang diterima nanti setimpal dengan cukai yang telah dibayar ! Kelewatan & penangguhan pembinaan lebuhraya ini hanya akan merugikan semua pihak dari sudut masa & wang ringgit.
Telah terbukti Mohamad tidak punya idea untuk menyelasaikan masalah krisis kewangan ini kecuali dengan membebankan rakyat semula. Majlis Perbandaran Nilai pada 2006 contohnya telah menaikkan 85.19% cukai taksiran dan cukai tanah di Jempol pernah mencatatkan kenaikan lebih 400%.
Mohamad bukan sahaja gagal memperbaiki keadaan Negeri Sembilan malah kelemahan beliau telah membuka ruang krisis, amalan korupsi dan pembaziran yang melampau.
Melihat sedikit sejarah kemunculan Mohamad secara bidan terjun menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau sendiri begitu asing dalam dunia pentadbiran dan pengurusan kerajaan malah dalam Umno itu sendiri. Beliau muncul kerana kejayaan beliau menyakinkan Khairy Jamaluddin (menantu Perdana Menteri) bahawa beliau mampu menjaga kepentingan politik dan ekonomi Kem Abdullah (baca ; Khairy).
Kemunculan secara bidan terjun dan asing dengan persekitaran pentadbiran kerajaan dan Umno telah menyebabkan beliau bergantung harap dengan abangnya, Azman Hassan. Kelemahan ini telah menyebabkan campur tangan keluarga berlaku dalam banyak peringkat baik dalam Umno mahupun pengurusan kerajaan. Kerana campur tangan ini Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan beberapa kali telah mendapat aduan dari kakitangan kerajaan bagaimana Azman yang tidak punya jawatan dalam kerajaan tetapi banyak kali masuk campur dalam urusan dan buakn setakat mempengaruhi tetapi mengubah keputusan keputusan penting yang dibuat.
Mohamad juga mencatatkan rekod, kali pertama dalam sejarah Umno dimana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri terpaksa melantik abang kandung sebagai Setiausaha kerana tidak mempercayai tokoh Umno setempat yang lain. Ini banyak menerima kritikan dan protes senyap banyak pemimpin Umno setempat. Ramai yang tidak berpuas hati kerana Azman kelihatan lebih berkuasa dari Mohamad dalam banyak hal. Malah rungutan banyak ahli perniagaan di Negeri Sembilan ialah dahulu ketika dibawah Isa Samad dapat tandangan Menteri Besar sudah cukup memberikan jaminan mendapat sesuatu projek tetapi kini tandatangan Menteri Besar tidak akan beerti apa - apa tanpa tandatangan abang Menteri Besar.
Harapan mengangkat seorang Menteri Besar tokoh korporat yang kaya untuk mengurangkan korupsi ternyata khayalan kosong kempen peribadi Mohamad.
Adun BN Lenggeng merangkap Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail pernah membangkitkan bagaimana kelemahan Mohamad telah mengundang campurtangan keluarga yang memburukkan keadaan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi dalam Negeri Sembilan. Ishak bukan sahaja menyatakan perkara ini secara terbuka di media tetapi turut menyebut di dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan. Mohamad gagal menjawab tetapi cuma mengalihkan isu.
Mohamad atau lebih tepat lagi Azman sedar mengenai kritikan terhadap pentadbiran Mohamad baik dalam sebagai Menteri Besar mahupun Ketua Perhubungan Umno. Mohamad memulakan langkah sumbang sebagai Menteri Besar. Dengan penuh ego dan sombong beliau tidak mahu duduk di kediaman rasmi Menteri Besar yang pernah diduduki oleh Isa dahulu. Beliau bukan sahaja telah mengambil alih rumah tetamu Kerajaan yang baru siap ketika itu malah turut membelanjakan RM4.5 juta untuk kerja pengubahsuaian tambahan. Kelemahan ini cuba ditutup dengan mengalihkan isu.
Menyadari imej yang semakin teruk, banyak kempen atau acara disusun untuk menaikkan imej Mohamad. Cuma malangnya semua ini memerlukan wang yang banyak dan membazir. Kerajaan negeri dan agensi dibawahnya seperti dimaklumkan awal banyak mengalami krisis kewangan. Maka demi meneruskan program dan kempen menaikkan imej Mohamad dana baru terpaksa dicari, maka Setiausaha Kerajaan Negeri dipaksa untuk mengambil alih akaun amanah mufti untuk diletakkan dibawah unit kewangan negeri, maka dana dalam akaun ini akan mudah digunakan untuk acara menaikkan imej seperti menyampaikan bantuan dan seumpamanya. Tidak salah dan sememangnya bagus menyampaikan bantuan tetapi selalunya kos menganjurkan acara penyampaikan bantuan lebih besar dari bantuan yang disampaikan.
Perkembangan terbaru dalam Umno telah lebih menggusarkan kem Mohamad di Negeri Sembilan, pertembungan senyap Kem Abdullah dan Najib mungkin akan membawa kepada pengampunan dan penerimaan Isa Samad semula ke dalam Umno. Cakap cakap dalam Negeri Sembilan yang mula meraikan Isa Samad meletakkan Mohamad dalam keadaan tidak selesa bukan satu yang rahsia apabila sememangnya disedari ramai usaha Mohamad menamatkan pengaruh Isa Samad hampir gagal. Ramai yang membezakan cara pendekatan Isa yang sering merendah diri 'ala orang kampung' dengan Mohamad yang ego dan sombong 'ala korporat'.
Selain terpaksa berdepan dengan banyak kemelut dan permasalahan atas kelemahan sendiri, Mohamad makin kelemasan kerana terpaksa berusaha menyelamatkan seorang lagi tokoh bidan terjun yang menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian dia iaitu Khairy Jamaludin menantu Presiden Umno. Beliau mencipta lebih banyak musuh kerana terpaksa mempertahankan Khairy yang kini sedang menghadapi protes pemuda - pemuda cawangan dalam bahagian Rembau dimana Mohamad merupakan Ketua Bahagian.
Desas desus bahawa Mohamad akan 'diangkat ke Parlimen' juga menggusarkan kroni - kroni baru adik beradik Mohamad. Maka mungkin atas nasihat adik beradik, maka Mohamad mula bertindak untuk menyukarkan jalan pulang Isa Samad.
GERAK Negeri Sembilan telah mendapat maklumat bagaimana pertimbangan politik diambil untuk membeli saham Allson Klana demi menjarakkan tokoh korporat dengan Isa Samad. Allson Klana dan 'pembangun' Bandar Baru Nilai cukup sinonim dengan seorang tokoh korporat yang sering dikaitkan sebagai 'funder' dana politik Isa Samad. Maka Mohamad bertindak nekad membeli Allson Resort dengan nilai RM70 juta. Media cuba menggambarkan bagaimana seorang Menteri Besar menggunakan kemahiran korporatnya membeli Allson Klana tanpa menggunakan wang tunai, tetapi media menggelapkan cerita bagaimana saham Allson Klana ditukar dengan milikan saham dibawah Menteri Besar Incroprated. Maknanya dari menguasai cuma satu syarikat (Allson Klana) pemilik Glen Glamour Sdn. Bhd. memiliki kepentingan dalam banyak syarikat bawah MBI yang tentu lebih menjanjikan keuntungan. GERAK Negeri Sembilan sedang mendapatkan beberapa dokumen sokongan berkaitan dan laporan BPR serta pendedahan terbuka akan dibuat dalam masa terdekat.
Ternyata dari apa segi sekalipun Negeri Sembilan semakin melemah dan hilang daya saing dibawah Mohamad.