Friday, November 02, 2007

10,000 pekerja bank mogok ... semaraklah GELOMBANG KUNING!

Berikut ialah petikan berita dari Malaysiakini.com.....Lebih 10,000 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) akan menyertai piket peringkat nasional di ibunegara hari ini (3 November) berhubung isu tuntutan gaji.

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, piket tersebut akan diadakan di Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini merupakan kali pertama NUBE menganjurkan piket peringkat nasional.

Malah, tambahnya, ia juga merupakan piket peringkat nasiolnal yang pertama pernah diadakan oleh sebuah kesatuan sekerja.

Piket tersebut ekoran kegagalan NUBE dan Persatuan Bank Perdagangan Malaysia (MCBA) - untuk menyelesaikan pertikaian berhubung tuntutan NUBE yang mewakili 30,000 ahlinya berkaitan kenaikan gaji sebanyak 30 peratus, mengekalkan dua bulan bonus dan pemberian Cola.

Sebelum ini, MCBA dilaporkan bersetuju memberi kenaikan gaji 30 peratus tetapi dua bulan bonus yang diberi selama ini akan ditarik balik.

Bagaimanapun, NUBE tidak bersetuju dengan syarat tersebut kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kakitangan bank. Solomon berkata, ahli NUBE kecewa dengan tindakan Bank yang didakwanya menggunakan -pengaruh mereka terhadap menteri untuk mempercepatkan rujukan kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan dan enggan mengadakan rundingan.

Piket peringkat nasional ini, katanya, diadakan untuk menyuaraka n kekecewaan mereka terhadap pihak bank yang menggunakan ahli NUBE untuk mengaut keuntungan besar tetapi mengabaikan kebajikan para pekerjanya.

Solomon juga sebelum ini dilaporkan berkata piket akan diteruskan sehingga pihak MCBA menerima tuntutan NUBE.

Beliau dilaporkan berkata bahawa tuntutan kenaikan gaji itu bukan bertujuan untuk kemewahan tetapi hanya untuk kehidupan yang lebih selesa.

Katanya, Nube turut menuntut pemberian Cola kerana ini adalah masa yang sesuai bagi membantu bebanan kakitangan bank, yang menurutnya hanya dibayar RM662 atau RM995 untuk gaji pokok.

Ayuh bersama selamatkan Malaysia !!! Ingat Dataran Merdeka 10 November 2007 jam 3 petang !

3 comments:

  1. Anonymous5:31 PM

    Alamak che'gu bard...silap kot tarikh tu..10 Nov 2007..kalau 2003 dah lepas daahhh...hehehehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas teguran...kesilapan sudah diperbaiki hehehehe :P

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:05 PM

    berita mengenai demo ini harakah lapor 13ribu dan malaysiakini lapor 4 ribu yg mana betul ????

    ReplyDelete