Thursday, September 04, 2014

Surat terbuka : Datuk Zahid benarkah nilai 5 jam tangan kamu sahaja mencecah RM1.5j ?

4 September 2014


Surat terbuka buat ;

YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,

Menteri Dalam Negeri.


  1. Surat ini tidak ada kena mengena dengan tindakan angkuh YB. Datuk Seri mutaakhir ini yang bertindak dalam kes akta hasutan mahupun bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela bawah Kerajaan Pulau Pinang sebaik sahaja sukarelawan tersebut selesai menyelia bantu dan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.
  2.  Pada 29 Ogos  (Jumaat) lalu jam 1.13 ptg ketika Jalan Tun Razak sangat sesak kedengaran siren polis mengasak semua ketepi kerana ada Menteri yang menggunakan Velfire hitam dengan no daftar KDN 38 hendak lalu. Ketika itu jalan terlalu sesak tidak membenarkan kenderaan ke kiri atau ke kanan termasuk ke depan. Namun konvoi menteri tersebut angkuh ingin lalu segera sehingga pengawal peribadinya yang bermotorsikal berkuasa besar menendang dan memukul beberapa buah kenderaan termasuk kenderaan yang saya naiki. Namun sesungguhnya surat terbuka ini bukan juga berkenaan hal tersebut.
  3. Saya difahamkan oleh teman - teman bahawa YB Datuk Seri punya koleksi kereta mewah dan cukup minat dengan motor berkuasa besar. Namun itu hanya saya dengar dan tidak tahu kesahihanya.  Surat terbuka ini adalah kerana saya tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya YB Datuk Seri  khususnya koleksi jam tangan mewah bergaya yang hampir setiap kali muncul dikhalayak jam tangan berbeza digayakan.
  4. Di teliti 5 koleksi gambar yang diperolehi 4 dari media tempatan dan 1 dari media negara jiran memperlihatkan jam mewah yang sangat bergaya. Oleh kerana minat saya cuba kenal pasti jenis jam tersebut dan dikenal pasti harganya.
  1.  1) IWC PERPETUAL CALENDER Retail Price: USD $41,100

     2) RICHARD MILLE RM011 LE MANS ROSE GOLD Retail Price: USD $120,000
    3) RICHARD MILLE RM011 ASIA BOUTIQUE EXCLUSIVE  Retail Price: USD$109,000
    4) RICHARD MILLE RM028 DIVER ROSE GOLD Retail Price: USD$145,000
    5) RICHARD MILLE RM033 EXTRA THIN Retail Price: USD$80,000

  • Harap YB Dr. tak tersinggung dengan surat terbuka ini. Saya mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan YB Dr. kerana minat saya dan terpegun dengan koleksi jam mewah YB Dr. Harapnya saya tidak disiasat dibawah akta hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini.

    Hanya ingin bertanya benarkah benarkah model jam yang saya cuba padankan dengan yang YB Datuk Seri Dr. gayakan. Saya andaikan tak mungkin seorang Menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya maka jumlah koleksi 5 jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya.

    Persoalanya ialah banyak wang YB Datuk Seri Dr. ya ? Itu baru 5 jam tangan dan banyak lagi gambar YB Dr. muncul dengan jam tangan berbeza, saya yakin pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja ? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan ? atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?

    Ketika rakyatberkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar YB Datuk Seri Dr. memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam belum diteliti lagi yang lain.

    Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan pak Menteri dan keluarga terus memperagakan kemewahan.

    Jika benar maka teringatlah saya dengan cerita bagaimana YB Datuk Seri menjadi panglima kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika awal pemecatanya dan selepas didera di dalam ISA, YB Datuk Seri telah kendur dan berpatah balik ke pangkuan Umno. Mujurtidak tahan tekanan dan berpatah balik jika tidak pasti koleksi mewah ini terlepas untuk saya nikmati diperagakan YB Datuk Seri.


senarai harga jam mewah  sila klik untuk mendapat imej jelas

  • Amat mengharapkan respon positif dari YB Datuk Seri atas  pertanyaan saya dalam surat ini dimana saya juga merupakan peminat jam, cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga
Sekian.

che'GuBard


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM


Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin.
dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html?m=1

Wednesday, September 03, 2014

Apakah salah Politik Dinasti Mendominasi Malaysia?

Merdeka ke 57 tahun ini saya memilih untuk menulis mengenai keberadaan politik dinasti di Malaysia. Jika diselusuri sejarah ibu pertiwi ini kita akan dapat melihat suburnya politik dinasti ini di dalam sistem demokrasi Malaysia. Ia tidak sekadar tumbuh di dalam parti-parti politik malah telah mula masuk ke dalam sistem pentadbiran Persekutuan dan Negeri. 

Politik Dinasti ini bukan satu perkara yang asing di dalam dunia ini. Dalam dunia politik moden hari ini, Amerika Syarikat yang dikatakan contoh negara paling demokrasi pun tidak dapat menghindari politik dinasti. Dinasti Bush dan Kennedy merupakan dinasti politik yang terkenal di Amerika Syarikat.

Di sekitar Asia Tenggara juga, politik dinasti telah menjadi seperti satu budaya politik rantau ini. Di Indonesia, wujud Soekarno-Megawati Soekarnoputri membentuk Dinasti Soekarno. Siapa tidak kenal Ninoy-Corazon-Noynoy yang membentuk legasi Dinasti Aquino dalam politik Filipina. 

Singapura juga memperlihatkan bagaimana politik dinasti ayah dan anak iaitu Lee Kuan Yew-Lee Hsien Loong. Thailand juga tidak terkecuali, gandingan abang adik, Thaksin-Yingluck Shinawatra.

Malaysia juga telah memperlihatkan banyak gandingan-gandingan yang membentuk dinasti dalam iklim politik kita. 

Dinasti Tun Razak, Dinasti Tun Mahathir, Dinasti Tun Abdullah Badawi, Dinasti Anwar Ibrahim, Dinasti Kit Siang, Dinasti Anwar Ibrahim, Dinasti Chua Soi Lek, Dinasti Yusuf Rawa dan banyak lagi. Politik Dinasti ini telah menjadi satu budaya tradisional dalam demokrasi Malaysia. 

Politik dinasti ini boleh membawa kebaikan lantaran mempunyai latar politik yang ampuh dan memahami urustadbir dalam ertikata yang sebenarnya. Mereka tahu bagaimana untuk menjaga rakyat serta mereka faham untuk menjalankan pentadbiran sementelah mereka telah terdedah begitu lama dalam aspek politik kerana legasi ayah mereka. 

Keterbiasaan dalam mengetuai rakyat memainkan peranan yang penting. Ia banyak membantu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Sementelah dinasti ini muncul kerana undi daripada rakyat yang mungkin disebabkan keyakinan rakyat bahawa keluarga politik ini akan mampu menambahbaik kehidupan mereka. 

Namun begitu, Politik Dinasti ini juga menterjemahkan betapa ia berupaya untuk mempengaruhi halatuju negara. Pemimpin silih berganti tetapi hakikatnya negara diperintah oleh legasi yang sama. Menjadi pemimpin politik sudah menjadi seperti perusahaan keluarga di mana setiap susur galur keluarga ini dijangka akan menuruti langkah ayah atau ibu dan berterusan untuk beberapa zaman. 

Kemungkinan yang juga tidak boleh ditolak mentah-mentah adalah keluarga politik ini mempunyai kesempatan untuk membina kekuatan kewangan dan sumber untuk memastikan mereka akan terus menang dalam pilihanraya sama ada bersandarkan kekuatan nama keluarga ataupun melalui strategi pilihanraya yang lebih “kreatif”.

Dan yang paling teruk sekali dalam Politik Dinasti ini adalah apabila Keluarga Politik yang korup menguasai arena politik tanahair.

Politik Dinasti ini diharap ia tidak sampai memberikan kesan negatif dalam politik tanahair. Dinasti politik telah menjadi satu budaya namun jangan sampai ia menjadi sesuatu yang struktural dan mempengaruhi pertembungan politik yang menjadi perhatian rakyat.


Jika memilih untuk menolak Politik Dinasti pula, kita tidak boleh sehingga menindas hak politik seseorang warga untuk dipilih dan memilih.Kita sepatutnya mula melihat kepada tempoh senggang masa bagi seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada untuk melangkah jauh ke dalam pentas politik. 

Penutup

57 tahun usia kemerdekaan ini kita harus mula memikirkan ke mana arahtuju politik negara ini. Sama ada kekal di takuk lama atau terus melangkah berani ke depan. Tidak lagi kita perlu untuk terus melihat ke belakang dengan isu-isu stereotaip menjelang merdeka - slogan perpecahan dan perpaduan kerana usia begini pasti rakyat faham apa itu nikmat berada di dalam keadaan damai. Apa yang penting adalah bagaimana kita ingin memetakan negara kita dalam transisi perjalanan politik dunia.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 Semenanjung Malaysia
Selamat Hari Kemerdekaan ke 51 Sabah

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelas SAMM Johor


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin. dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html?m=1

Kecewa dengan Hj Hadi, fitnah dan mengelak.

** kenyataan ini perlu dibaca dengan surat terbuka saya kepada Hj hadi sebelum ini untuk lebih memahami isu sila klik 

Kenyataan Umum

3 September 2014

KECEWA DENGAN TG HJ. HADI, FITNAH DAN ELAK TANGGUNGJAWAB


  1. Pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas saya telah bertanding di DUN Sg. Acheh atas arahan parti yang saya anggotai. Ketika hari penamaan calon telah hampir, saya telah dimaklumkan dengan cakap-cakap perbagai pihak bahawa PAS juga akan meletakkan calon. Perbagai usaha saya lakukan yang mana akhirnya saya mendapat jaminan PAS tidak akan meletakkan calon maka saya sedia menghantar pencalonan.
  2. Malangnya hari penamaan calon PAS tetap menghantar calon dengan watikah rasmi PAS. Ini amat mengecewakan. Malah peristiwa menghalang dengan kasar pada hari penamaan calon dikesali. Saya sendiri ada bertemu dengan Jentera PAS yang diketuai YDP PAS N.Tebal mereka berkeras bertanding kerana mereka mengatakan mereka telah lama bersabar dan mereka ada strategi dan cara untuk menang. Dalam pertemuan tersebut juga disebut mengenai kekasaran di hari penamaan calon.
  3. Saya kemudian telah bertemu sendiri Datuk Seri Abd Hadi Awang, Presiden PAS mendapatkan kedudukan sebenar. Beliau sendiri bercakap dengan saya supaya teruskan kempen, PAS telah tarik diri dan pengumuman rasmi telah pun dibuat.
  4. Di kawasan DUN Sg. Acheh ia tidak sebegitu malah kempen diteruskan dengan kasar. Bukan penyokong biasa tetapi YDP PAS N.Tebal sendiri telah ditahan oleh petugas PKR mencuri bahan kempen yang digantung oleh kami. Walaupun dibawa ke balai polis malam tersebut tetapi hanya direkod saya sendiri meminta jasa baik semua jangan dibuat laporan polis kerana menjaga air muka orang tua.
  5. Calon PAS Dun Sg. Acheh sendiri turun berkempen dan dalam ceramahnya jelas ia menyebut ia diarahkan oleh Ketua Pemuda PAS (pada masa itu Nasaruddin Hasan) untuk balik ke Sg. Acheh dan berkempen. Malah sehingga hari pengundian PAS terus berkempen mengelirukan pengundi. Antara yang diedarkan dikawasan pengundi bukan Melayu ialah gambar Lim Guan Eng seolah bertanding dengan logo PAS.
  6. Semua lebih parah apabila Presiden PAS sendiri memberikan ucapan PAS menghantar calon 3 penjuru kerana calon PR yang diletakkan terlibat menjual Pil Kuda, sokong komunis (mengangkat Lenin dll sebagai nabi) dan perbagai tuduhan lain

    hampir semua media melaporkan fitnah Hj Hadi dan menyiarkan nama saya bukan itu sahaja jentera dibawah turut memanjangkan fitnah tersebut, malah ia tidak terhenti dengan tamatnya PRU ke 13 sahaja
  7. Ini menyemarakkan lagi taktik jahat dibawah termasuk fitnah. Calon PAS dan Bn bergabung menyerang saya. Sudah tentu taktik nakal PAS ini sangat memberikan semula nafas kepada jentera Bn tempatan yang seolah lumpuh awalnya.
  8. Apa pun keputusanya saya mengagap ia sebagai perancangan Allah yang penuh hikmah dan saya ambil pengajaranya. Cuma dari segi fitnah ke atas diri saya yang terpalit keluarga saya mohon bersihkan. Saya telah usaha menghantar beberapa surat sejak dari selesai dari PRU 13. Saya juga telah berpesan dengan beberapa individu yang saya rasa mampu menyampaikan pesan kepada Hj Hadi, namun semuanya tak mendapat respon. Saya cuma mahu Hj. Hadi membersihkan nama saya atau mendedahkan mana dan siapa sumber maklumat sehingga beliau mengeluarkan ayat fitnah tersebut.
  9. Saya juga telah menulis kenyataan terbuka yang saya hantar ke semua saluran elektronik berkaitan Hj. Hadi seperti twitter, email dan sebagainya termasuk bukan sahaja beliau secara peribadi tetapi PAS pusat sendiri. Sila klik dan baca serta fahamkan kenyataan terbuka sayadengan klik sini.
  10. Namun eidulFitri yang lepas saya pulang ke kampung (Sg. Acheh) nampaknya fitnah tidak terhenti, kesian dengan saudara mara dan teman - teman saya terpaksa tanpa henti cuba menerangkan apa terjadi. Saya tidak punya banyak pilihan saya telah bertemu peguam Tentuan Vasudevan A & Co. untuk mengarahkan satu surat tuntutan undang - undang dikeluarkan. Maka satu surat bertarikh 6 Ogos 2014 telah dikeluarkan. Dihantar melalui pos dan hantaran tangan.

  11. Surat hantaran tangan ke Pej. Presiden PAS di Pejabat Agong PAS telah diterima pada 8 Ogos 2014 iaitu hari Jumaat dimana Terengganu cuti dan Pusat Khidmat Parlimen Marang tutup. Namun sehari selepas surat itu sampai di Ibu Pejabat PAS saya dihubungi ramai wartawan. Saya pelik bagaimana wartawan boleh tahu tetapi sms wartawan TV3 jelas menyebut mendapat maklumat dari sumber PAS menyatakan saya hantar surat tuntutan undang - undang. Malah setelah diperiksa beberapa akaun FB penyokong tegar Hj. Hadi turut menyiarkan imej surat yang merupakan salinan kepada Hj Hadi. Ini tidak sepatutnya berlaku.
  12. Bermula 11 Ogos 2014 usaha menyampaikan surat di Pusat Khidmat Parlimen Marang dilakukan. Malangnya petugas di pusat khidmat tersebut enggan menerima surat tersebut. Katanya dia tidak ada kuasa menerima surat. Lucu sekali, seolah ada arahan agar lari dari tanggungjawab. Apa yang perlu ditakutkan ?

  13. Sangat kecewa dengan perkembangan ini. Hambur fitnah dan seolah lari dari tanggungjawab, saya cuma menuntut hak nama saya dibersihkan. Ada yang mencadangkan tulislah surat kepada Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang baru 'melantik' Hj Hadi dalam jawatan peringkat antarabangsa. Mungkin Sheikh Yusof boleh menasihatkan Hj. Hadi mengenai hukum fitnah dan meminta maaf. Namun saya rasanya ia agak keterlaluan tetapi tidak menolak kemungkinan itu.
  14. Saya minta semua agar faham ini tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya terlibat, ini adalah urusan saya dan Hj. Hadi secara peribadi.  Saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang - undang ini. Perlu tigeaskan ini bukan soal wang tetapi soal maruah. Malah saya telah memutuskan apa yang saya perolehi dari saman ini nanti sebahagian besar akan disumbangkan kepada Unit Amal satu badan sukarela dibawah PAS yang banyak menggerakkan kerja kebajikan dan seumpamanya sebagai menghormati sumbangan Unit Amal dalam perjuangan.
Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Bekas Calon Pakatan Rakyat (PKR)
DUN Sg. Acheh,

Pulau Pinang.


** sila baca juga surat terbuka saya kepada Hj hadi sebelum ini untuk lebih memahami isu sila klik 

Monday, September 01, 2014

SAMM P.Pinang kesal tangkapan PPS

Kenyataan Ringkas
Solidariti Anak Muda Malaysia
P.Pinang

31 Ogos 2014

SAMM Pulau Pinang mengutuk tindakan PDRM yang membuat  tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.
SAMM juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies.

Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?

PDRM jangan hanya menjadi agen pada UMNO/BN ketika kegagalan JKKKP tidak dapat mengambil hati masyarakat setempat. Tindakan ini dilihat lebih kepada iri hati dan kecewa Bn setelah usaha mereka menambat hati rakyat PP melalui JKKP, Rakan 1 Malaysia dan perbagai badan lain gagal. Malah populariti PPS telah lebih menarik minat rakyat dalam kerja sukarela khususnya dalam menangani jenayah setempat lebih dari RELA dan Rakan Cop

Justeru itu SAMM Pulau Pinang mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.

Aidil Fitri Ibrahim
Penyelaras SAMM Pulau Pinang

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin. dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html?m=1

HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL

MEMORANDUM

KEPADA:
MENTERI, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

DARIPADA:
NGO SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
NGO SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
NGO LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
NGO JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
NGO MAJLIS PERMUAFAKATAN KAMPUNG WARISAN (MUAFAKAT)
NGO ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)
NGO PANGLIMA
NGO ANAK MUDA AKTIVIS (GENG KOTAK)
DAN SEMUA RAKYAT YANG SETUJU HENTIKAN PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL

TARIKH: 29 OGOS 2014

PERKARA: HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL

Selesai sahaja sidang media aksi #PagarMiTi298 “Hentikan Perdagangan Malaysia dengan Israel” yang dikelola oleh SAMM dan sekutu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tampil memberikan penjelasan YANG TIDAK BERFAKTA untuk terus menyorokkan hubungan dagang sedia ada.

Sehubungan itu, kami sekali lagi tampil meminta Menteri MITI untuk menjawab penjelasan yang telah beliau berikan tersebut :

Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel

Dunia mengetahui bahawa serangan rejim Zionis terhadap Gaza Humanitarian Aid Flotilla – Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 sehingga menyebabkan Perdana Menteri Turki ketika itu Tayyip Erdogan telah menghalau keluar kedutaan Israel daripada Turki. Malah beberapa hari lalu, regim Zionis Israel telah pun melancarkan serangan udara menggunakan pesawat F-16 terhadap rombongan misi kemanusiaan Venezuela ke Gaza.

Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan bahawa regim Israel ini begitu suci dan murah hati mereka untuk melepaskan bantuan kemanusiaan masuk dengan mudah ke Palestin ataupun produk-produk yang boleh membantu urusan pembangunan ekonomi di wilayah Palestin? Jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya tidak perlu warga Palestin bermurah hati untuk menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka.

KAMI telah mendedahkan isu perdagangan Malaysia dengan Israel ini semenjak tahun 2010 lagi. MITI sering membisu dalam isu ini dan mengelak untuk menjawap. Dalam Perbahasan Belanjawan 2012, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri telah membawakan isu ini dan Menteri MITI hanya memberikan jawapan bahawa perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa (international supply chain).

Namun, apabila KAMI terus membongkarkan dokumen demi dokumen, Menteri berubah nada dan menyatakan bahawa perdagangan ini adalah untuk menyelamatkan Palestin. Mengapa Menteri sering berdolak dalik? Apakah yang sedang dipertahankan oleh MITI dan keseluruhan Kabinet? Adakah MITI sedang mempertahankan kepentingan regim Zionis ataupun Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel?

KAMI dengan ini mendesak Kementerian untuk menjelaskan apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin.

Menteri tidak harus sekadar memberikan jawapan rambang sebaliknya mesti diiringi dengan fakta-fakta sahih. Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin?

Jika tidak, Menteri sekali lagi seperti kebiasaan terus kekal berbohong dan memanipulasi fakta untuk berselindung dan menyelamatkan diri semata-mata. Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini?

Hubungan Eksport Israel ke Malaysia dan Penglibatan Syarikat Tempatan Dengan Syarikat Berpengkalan di Israel

Dalam isu hubungan perdagangan ini, KAMI tidak sekadar menyebut mengenai produk tempatan yang dieksport ke Israel tetapi juga melibatkan statistik eksport Israel ke Malaysia. Produk-produk yang dikeluarkan di Israel atau Made In Israel dan kita membantu untuk membelinya melalui syarikat-syarikat MNC.

Adakah MITI juga ingin mengatakan bahawa produk-produk ini berasal atau Country of Origin adalah dari Palestin yang hanya menggunakan pelabuhan-pelabuhan di sekitar Ashdod atau Haifa, Israel? Sejak bila Palestin mempunyai kilang-kilang industri membuat material-material atau komponen produk?

Menteri tidak sepatutnya mengecilkan skop seolah-olah hanya barang-barang bantuan kemanusiaan ke Palestin sahaja yang kita hantar selama ini. Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada konglomerat asing oleh Pemerintah ini dalam menghalang produk “Made In Israel” masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.

Apakah Malaysia tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga mudah mengikut telunjuk pelabur asing? Mengapa Pemerintah tidak mempunyai keberanian seperti Turki, Chile, dan kebanyakkan negara Kesatuan Eropah yang begitu tegas menghalang perdagangan dengan Israel? Seperti mana ketegasan dan keberanian kita mengikut telunjuk Amerika Syarikat semasa menghentikan dagangan minyak dengan Iran pada tahun 2012 dahulu.

Keadaan ini samalah juga dengan sikap kita yang mengagungkan dan menyanjung tinggi Henry Gurney sehingga kini walaupun Henry Gurney ini merupakan watak belakang tabir yang mewujudkan negara Israel dan merampas tanah dan hak warga Palestin sebagai manusia yang bebas dan merdeka di dunia ini.

Bagaimana pula dengan syarikat perkapalan Zim yang bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita, Syarikat AMDOCS yang digunapakai oleh ASTRO, APCO Worldwide yang menjadi penasihat Kerajaan dan lain-lain, apakah semua syarikat ini tidak berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan. Siapakah pula yang memberikan syarikat-syarikat yang berlatarbelakangkan Zionis Israel ini diberikan lesen perniagaan di Malaysia?

Syarikat-syarikat yang diasaskan atau berpengkalan di Israel ini sudah pasti akan membawa balik setiap sen keuntungannya ke Israel. Tidak mungkin Mak Timah di Ulu Choh, Ah Seng di Kuala Kurau, Maniam di Telok Kemang dan jutaan lagi rakyat Malaysia akan menerima laba keuntungan syarikat ini apatah pula rakyat Palestin yang telah lebih 60 tahun menjadi mangsa penghapusan etnik regim zalim Zionis Israel ini.  

Alasan bahawa syarikat-syarikat ini didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) juga hanya satu alasan untuk mengaburi pandangan khalayak dan mengelakkan sentimen kempen Boycott, Divestment and Sanction (BDS) yang banyak dilakukan di negara-negara luar terutamanya dalam Kesatuan Eropah.

Penutup

Melihat kepada respons yang diberikan Menteri adalah merupakan satu cubaan untuk membela diri dengan penjelasan serba kemungkinan tanpa ada sebarang hujah-hujah atau statistik-statistik atau fakta-fakta iringan yang lebih konkrit untuk mewajarkan penjelasan beliau.

Beberapa perkara yang sering KAMI bangkitkan dalam isu perdagangan dengan Israel ini masih tidak dapat dijawab dengan tuntas oleh Kementerian. Menteri MITI sekadar memberikan jawapan umpama melepaskan batuk di tangga untuk mewajarkan tindakan Kabinet pada tahun 1996 yang telah memberikan kelulusan untuk perdagangan dengan Israel.

Ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak pernah bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan terhadap manusia sejagat. Tetapi malangnya sifat munafiq itu tidak mampu disorok lagi.

Maka hari ini kami Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 : HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL di hadapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza yang mendapat perhatian antarabangsa.


Dapatkan buku penuh pembongkatan data dan dokumen hubungan dagang Malaysia Israel, dapatkan sebelum ia diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html

Sunday, August 31, 2014

N01 titik memulakan semua semangat penyatuan Pakatan atas nama Rakyat

Kenyataan Akhbar
Solidariti Anak Muda Malaysia
Kelantan

29 Ogos 2014

N01 Pengkalan Kubur Detik Terbaik Untuk Bersatu


  1. Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur ialah pada 25 September 2014.
  2. Pengerusi SPR berkata hari penamaan calon untuk PRK ditetapkan pada 13 September 2014 manakala pengundian awalnya pada 21 September 2014.
  3. Solidariti Anak Muda (SAMM) melihat pilihanraya kecil kali ini merupakan waktu terbaik untuk Pakatan Rakyat kembali bersatu setelah melalui suatu fasa 'pergelutan' yang panjang. SAMM memandang serius pergelutan yang berlaku kerana untuk melawan rejim yang zalim, kesepakatan yang jitu amatlah diperlukan. SAMM yakin Pakatan Rakyat mampu menyelesaikannya secepat mungkin. Ribut dan hujan pasti berhenti, mentari akan muncul lagi.
  4. SAMM akan menyokong mana-mana calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat pada kali ini. Ini adalah pendirian SAMM dalam menentang kezaliman rejim BN.
  5. SAMM juga akan membuka bilik gerakan di Pengkalan Kubur. Kami akan membantu sedaya mungkin dalam memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat. SAMM sendiri akan mula turun padang seawal mungkin.
  6. SAMM melihat pilihanraya kecil ini satu kesempatan yang sangat baik untuk menghantar signal kepada regim zalim yang menafikan hak royalti Kelantan, lebuhraya rakyat yang tertangguh walau sudah dua kali tersenarai dalam pelan Rancangan Malaysia.
  7. SAMM juga memandang serius bilamana segala janji-janji manis regim dan Perdana Menteri terhadap rakyat. Kos kehidupan yang semakin meningkat di kala pendapatan rakyat masih statik ditakuk yang lama.
  8. Golongan marhaen seperti penoreh terkial kial mencari sesuap nasi dikala harga getah yang menurun ditahap terendah sehingga RM 1.50 sekilogram. SAMM juga melihat kemenangan PRK ini mampu membuatkan rejim berfikir sekali lagi untuk melaksanakan GST pada tahun hadapan.
  9. SAMM menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat yang mengundi di PRK kali ini mengambil peluang keemasan ini untuk menyedarkan regim.
  10. SAMM juga mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat kali ini akan kembali menyatukan Pakatan Rakyat lantas memberi isyarat kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia menggantikan regim Barisan Nasional di Putrajaya.
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Tuesday, August 26, 2014

Rasionalisasi Najib disabotaj dari dalam Kabinet

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

RASIONALISASI NAJIB BERMULA DENGAN GAGAL
SAMM ingin menegaskan
 iaitu program rasionalisasi (pemotongan subsidi) bukan sahaja mendera rakyat tetapi ia telah gagal, bukan disabotaj pembangkang tetapi oleh orang dalam kelambu dia sendiri.

Sejak dari awal lagi rasionalisasi (sila faham dengan maksud pemotongan) khususnya harga bahan api adalah satu projek gagal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Rasionalisasi hanya bukti bagaimana Najib hilang idea menjana ekonomi negara dan hanya tahu memotong hak rakyat (subsidi). Maka rakyat yang sememangnya susah dihimpit tekanan ekonomi global akan terus tersepit dengan kerajaan yang gagal menjana ekonomi negara melindungi rakyat.


3       Kegagalan rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini lebih parah apabila Perdana Menteri dikelilingi dengan anggota cabinet yang korup dan berkepentingan.
YB Dato’ Seri Abd. Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab kepada Unit Perancangan Ekonomi di mana program rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini diseliakan. Namun SAMM terbaru mendapat maklumat bagaimana beliau sendiri terpalit dalam beberapa isu berkenaan pelaksanaan rasionalisasi (pemotongan subsidi) khususnya bahan api.

Terbaru SAMM dijemput dalam pertemuan meja bulat menemui beberapa tokoh korporat termasuk dari syarikat yang ada hubung kait kerajaan, mereka meluahkan bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku di EPU. Menurut rungutan mereka bukan sedikit ahli perniagaan menjadi mangsa fotokopi ekspress ini, alasan seperti ketelusan, keterbukaan dan integriti telah disalahgunakan untuk membolehkan penyaduran yang akhirnya menjaga kepentingan dinasor korporat besar kroni berkepentingan.


SAMM ingin menimbulkan pertanyaan kepada Wahid Omar selaku Menteri yang bertanggungjawab.


Mengapa program subsidi petrol yang seharusnya dimulakan 2009 gagal ? Benarkah tuduhan yang berlegar kononya ia berkaitan menyaduran kertas cadangan seperti mana yang diperkatakan ? 
Berapakah bayaran yang telah diterima oleh Maybank dan IRIS daripada kerajaan? Siapakah dan bagaimanakah, proses perlantikan IRIS berlaku ? 

Kerana itulah SAMM semakin gusar dengan pelaksanaan program rasionalisasi (pemotongan subsidi) yang diperkenal Najib Razak ini. Ia bukan sahaja kerana pemotongan subsidi yang bakal mendera rakyat tetapi sistem perlaksanaan yang sagat lemah diragui dengan terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan.

Kepada Perdana Menteri atau kerajaan jangan hanya tahu menuduh pembangkang tidak memahami dan mensabotaj program – program kamu yang kononya baik untuk rakyat tetapi fahamilah apa berlaku di pihak kamu, di keliling Perdana Menteri itu sendiri penuh golongan berkepentingan yang sentiasa mengambil kesempatan.


SAMM mendesak Wahid Omar, tampil dengan penjelasan yang jujur mengenai perkara ini. SAMM sekadar menyampaikan kegusaran dan keluhan warga korporat yang mana apa yang mereka gusarkan mampu jadi impak besar kepada kehidupan rakyat. SAMM bersedia tampil dengan pendedahan berdokumen selepas mendapat respon dari Wahid Omar.

Sekian.

che’GuBard
Pengasas SAMM

blog               :               http://chegubard.blogspot.com
eMail             :               chegubard@gmail.com
FB Page         :               https://www.facebook.com/pages/CheGuBard

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin, dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html?m=1

Buku terbitan terbaru SAMM bongkar kemunafiqan Malaysia dalam isu Israel - Palestin

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

MEMPERKENALKAN BUKU ‘MALAYSIA MUNAFIQ ?’ (SIMPATI PALESTIN, BANTU ISRAEL)

Majoriti penduduk dunia simpati dan menyokong perjuangan Palestin. Tak tahu berapa ratus ribu kali sudah kerajaan seluruh dunia mengeluarkan kecaman terhadap Israel. Namun tidak pelikkah kita mengapa


kejadian penindasan dan kesaliman Israel terhadap Palestin berterusan hingga kini, malah ia umpama acara protes bermusim.

Buku ‘MALAYSIA MUNAFIQ?’ ini tampil untuk merungkai persoalan ini. Berpuluh negara seluruh dunia termasuk Malaysia boleh dikategorikan sebagai munafiq kerana kita mengecam Israel termasuk tidak ada sebarang hubung diplomatic tetapi kita secara langsung dan tidak langsung berdagang membantu ekonomi Israel, bukan itu sahaja syarikat berkepentingan Israel juga mampu memiliki projek dan kontrak dari syarikat Malaysia termasuk Kerajaan Malaysia sendiri.

Buku ini yang merupakan kumpulan tulisan che’GuBard selaku Pengasas SAMM yang dimana lebih setengah dari usia 10 tahun SAMM itu telah menjadikan isu hubungan dagang Malaysia – Israel sebagai agenda utama untuk dilawan. Ia bukan sahaja mengandungi pembongkaran disertakan bukti fakta dan dokumen tetapi turut mengupas kaitan tanah ini dengan Israel dengan menyelusuri tali sejarah lagi.

Tajuk              :           Malaysia Munafiq ? (Simpati Palestin, Bantu Israel)
Tebal               :           156 muka surat
Tulisan            :           che’GuBard (susunan Edyess)
Terbitan          :           Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
                                   sempena 10 tahun SAMM

Cetakan pertama ini dibuat secara ekslusif  sebanyak 2500 naskah sahaja dan hanya boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan unit penerbitan SAMM dengan menghubungi 0129781707 (Sani Md Shah). Buku ini boleh diperolehi dengan sumbangan minima RM21.00, dengan memiliki buku ini secara tidak langsung anda juga menyumbang untuk membantu kegiatan SAMM yang antaranya menumpukan kesedaran isu perjuangan Palestin ini.


Kami sedar risiko besar dalam menulis buku ini tetapi berpegang dengan ungkapan “perjuangan adalah perlaksanaan kata –kata” maka risiko itu menjadi dorongan positif akhirnya. Miliki buku eksklusif ini segera sebelum ia diharamkan.


Bukan mc D tetapi MiTi (kerajaan Malaysia) sasaran sebenar : Henti hubungan dagang yang jadikan Malaysia negara munafiq

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

Aksi #PagarMiTi298 Hentikan Hubungan Dagang M'sia-Israel Harus Bertaraf Dunia

Ketika kenyataan media ini dibaca, negara Palestin khususnya Gaza masih lagi dihujani dengan serangan bom yang mengorbankan orang awam yang tidak bersalah. Maka sesuatu perlu dilakukan segera, tekanan yang berstrategi wajar dilancarkan.

Negara haram Israel terus hidup kerana adanya sebuah negara munafik yang membekalkan bahan mentah keperluan industri seperti minyak sawit, minyak sayur, koko, getah dan pelbagai lagi bahan mentah. 

Ekonomi negara haram Israel juga diperkukuh apabila negara munafik ini membenarkan perdagangan dua hala secara langsung dan tidak langsung menjadikan lebih banyak dana termasuk dana persenjataan diguna untuk membedil anak Palestin dan perluasan kuasa. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten telah membuat pendedahan demi pendedahan hubungan perdagangan Malaysia-Israel. Ia termasuklah pendedahan komponen buatan Israel yang diimport masuk dan juga pendedahan kabinet negara dan syarikat GLC yang menggunakan perkhidmatan syarikat berpengkalan Israel (APCO dan EDS) yang menyumbang hingga ratusan juta ringgit.

SAMM pada dasarnya berpendapat, menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dan negara haram Israel merupakan satu strategi yang mampu melumpuhkan kekuatan Israel khususnya apabila tiada lagi bahan sumber asli tanahair dihantar ke Israel.

Malah pada tanggal 6 ogos yang lalu, SAMM telah melontarkan cabaran untuk satu demonstrasi besar diadakan pada sasaran yang tepat, iaitu Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertempat di Jalan Duta. 


Akhirnya SAMM dan rakan sekutu mencapai kata sepakat bersedia menganjurkan demonstrasi beserta penyerahan memo seperti berikut;

Penyerahan Memorandum 'Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel'

Tarikh              : 29 Ogos 2014
Masa                : 2.30pm (mula selepas solat jumaat di Masjid Wilayah Jalan Duta)
Lokasi             : Dari Masjid Wilayah menuju pejabat MITI Jln Duta.
Hashtag           : #PagarMiTi298

Penafian kemanusiaan buat rakyat Palestin ini juga merupakan isu yang merentasi batas kaum dan agama.

SAMM dan rakan sekutu juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan dari NGO yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestine. Inilah aksi sebenar yang wajar disokong oleh semua pihak sebagai isyarat hubungan dagang antara Malaysia-Israel harus dihentikan segera.

Aksi #PagarMiTi298 ini juga dijangka mendapat liputan dari seluruh dunia. 

Sekian,



che'GuBard
Pengasas SAMM
Mewakili kumpulan NGO Menuntut Perdagangan M'sia-Israel dihentikan.

Monday, August 25, 2014

Sidang media dan pra Pelancaran Buku


Semua pemimpin politik / NGO dan aktivis prihatin Isu Palestin di jemput ke
Pra Pelancaran
Buku "Malaysia Munafiq ?"
 
(simpati Palestin,Bantu Israel)
& sidang media Himpunan 'Henti Dagang bantu ekonomi Israel'
26 Ogos, 11pg, Dewan Himpunan Cina (KLSCAH), Jln Maharajalela, Kuala Lumpur .
- sebarkan -