Monday, June 16, 2008

Kijang Care lancar misi bantu 'OKU tertipu' di Pakistan

Wan Nordin Wan Yaacob - Harakahdaily.com
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Selepas berjaya dalam misi menyelamat dan membawa pulang beberapa orang anak gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok Timur, Indonesia, kini Kijang Care menyusun misi membantu seorang warga Malaysia yang kurang upaya (OKU) yang ditahan di Pusat Tahanan Wanita, Karachi, Pakistan.
Jurucakap misi bantuan ke Pakistan, Badrul Hisham Shaharin semasa mengadakan sidang media di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi berkata, Siti Aishah Abdul Hamid didakwa telah ditipu oleh satu sindiket yang akhirnya menyebabkan wanita OKU itu ditahan di Paksitan 24 Mei lalu.
Turut hadir ialah, suami Siti Aishah, Jaffar wakil Kijang Care, Alex Ong dan Anissofian Amran; wakil NIEI, Amin Iskandar selain barisan peguam Kijang Care yang diketuai, Mohd Khairuddin Othman (MK Othman&co).

Kijang Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.

Untuk rekod, Kijang Care telah berjaya membawa pulang seorang pelajar Malaysia, Che Sitri Nor Azreen Che Ishak (penduduk Rantau, Negeri Sembilan) selepas dilarikan warga Indonesia ke Lombok Timur baru-baru ini.
Mengulas lanjut kes Siti Aishah, Badrul Hisham berkata, wanita OKU itu ditahan atas dakwaan membawa dadah seberat 950 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Karachi, ketika mahu berlepas dari Pakistan ke Malaysia.

Siti Aishah sebenarnya diperdaya oleh satu sindiket antarabangsa yang kini beroperasi di Malaysia dengan pelbagai taktik untuk menjadikan wanita di negara ini agen mengedar dadah ke beberapa negara, katanya.

Siti Aishah dikatakan telah ditawarkan hadiah berupa percutian ke Pakistan oleh sindiket tersebut yang seterusnya memperdaya wanita keturunan Melayu Pulau Pinang itu untuk membawa dadah.

Kini, Siti Aishah yang mengalami masalah kesihatan antaranya darah tinggi dan masalah tulang reput ditahan bersama lima lagi wanita lain atas dakwaan mengedar dadah, kata Badrul Hisham.

Justeru, kata Badrul Hisham Kijang Care hari ini menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan wanita OKU tersebut yang menjadi mangsa penipuan sindiket antarabangsa.

Dalam sidang media tersebut, Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengumumkan pelancaran tabung misi bantuan ke Karachi.

Badrul Hisham menyeru dan merayu rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan bagi mengantar pasukan peguam dan Kijang Care untuk menyelamatkan Siti Aishah di sana.

Beliau juga memaklumkan, pihak Kijang Care terus-menerus berurusan dengan Konsulat Malaysia di Karachi, bagi mendapatkan perkembangan berhubung keadaan Siti Aishah di sana.


"Kita mahu ke Pakistan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat sebenar dan memberi khidmat nasihat guaman kepada Siti Aishah," ujarnya.


Ujar Badrul, bagi individu yang mahu menghulurkan derma bolehlah menghulur bantuan kepada akaun Kijang Care (Maybank) (nombor akaun : 512240600597) atau menghubungi Anissofian Amran (019-2357231).


Sementara itu, Peguam yang mewakili Kijang Care, Khairuddin Othman menyatakan, kes Siti Aishah ini sama seperti kes-kes wanita Malaysia yang ditahan di China dan beberapa negara lain berikutan terpedaya dengan sindiket antarabangsa.


Ujar beliau, perkara ini terjadi antaranya akibat kelemahan pasukan risikan dan pihak berkuasa dalam mencegah sindiket ini dari terus beroperasi di negara ini.


Namun, beliau turut menasihatkan warga Malaysia supaya berhati-hati dengan pelbagai taktik sindiket asing yang kini mensasarkan wanita Malaysia sebagai 'agen dadah' mereka ke negara-negara lain.


Sementara itu suami Siti Aishah, Jaffar pula merayu rakyat Malaysia yang prihatin kepada masalah isterinya itu sedaya mungkin membantu dari sudut kewangan bagi melicinkan misi ke Karachi dalam masa terdekat.


Beliau melahirkan kebimbang jika Siti Aishah lewat di temui di Karachi dan lewat mendapatkan khidmat guaman, isterinya itu akan menjadi antara wanita yang senasib dengan wanita Malaysia yang tertipu di China dan beberapa negara lain yang akhirnya menerima hukuman berat di negara terbabit.


Katanya lagi, sejak laporan mengenai Siti Aishah ditahan di Karachi tersiar, beliau menghadapi masalah dengan keluarga mertuanya yang menganggap beliau tifdak pandai menjaga isterinya itu.


Beliau juga berharap semua pihak memahami situasi yang dilalui kini tanpa sebarang prejudis. _

Saturday, June 14, 2008

che'Nur Zaima Jahida masuk hospital


Rabu lepas entah mood apa tiba - tiba tergerak untuk mobilize kawan-kawan di NS untuk hantar DSAI dan TS Khalid Ibrahim yang bertolak ke Dubai dari KLIA. Walaupun MB Selangor yang bertolak tetapi notis 2 jam ke kawan-kawan NS 'menjadi' kerana tak kurang dari 30 orang kawan - kawan hadir begitu terperanjat Yb Taufek (ADUN Paroi) juga hadir.......
Lepas pulang dari KLIA che'Nur pula demam panas. Semenjak Rabu lepas che' Nur Zaima Jahida dimasukkan ke Hospital An-nur, Bandar Baru Bangi ekoran demam panas yang tinggi. Zaima dikejarkan ke hospital 3 pagi Rabu lepas. Sehingga kini masih ditahan di wad dan dijangka ditahan 2-3 hari lagi.

Itu sebab blog tidak di update... tulisan terakhir tak siap... maaflah bebanyak...

hari ini pun pagi tadi dari hospital terus ke Seremban sertai demo Protes. Seramai kira kira 350 orang menyertai. Demo yang bermula di depan terminal one, Seremban dan kemudian berarak ke Bangunan UMNO NS.

Tuesday, June 10, 2008

PM umum pelan kurang beban rakyat (geli janggut dengar)!

Pagi ini ketika memandu menuju Shah Alam dalam kesesakan jalanraya Radio 24 (Bernama) lapor kerana kerajaan BN prihatin masalah rakyat maka PM kesayangan telah umum untuk potong elaun keraian menteri sebanyak 10%.
Kononya Menteri juga akan kongsi penderitaan rakyat....??? geli hati dengar 'puppylah' cuba membohongi rakyat. (PUPPYLAH - nama gelaran PM yang sering Kambing (Fadhil, seorang teman yang berniaga gerai makan di Melawati) gunakan untuk merujuk PM)

Berapa elaun keraian mereka ? Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

sila klik baca lanjut tulisan mengenai gaji Menteri dari blog seorang teman.

Yang ini tak membazir ke ?
Dua orang Penasihat PM.... apa rasionalnya lebih RM 1 juta setahun dibazirkan untuk mebayar dua penasihat...bukankah rakyat sudah membayar gaji Menteri Di JPM (yang menjaga hal ehwal agama) dan Menteri di Kementerian wanita....
Yang atas gaji dekat RM27,000 sebulan. Yang bawah dekat RM30,000 sebulan? Itu baru gaji. Lain-lain elaun dan tuntutan rasmi berapa pula? Gaji staf...gaji pemandu...Ya Rabbi membazirnya kerajaan BN ni??Apa kerja mereka? Walhal tugas mereka sudah ada Menteri yang bertanggong jawab?Lepas tu ada 'seruan emas'....."Rakyat kena ubah gaya hidup, kena berjimat cermat...jangan membazir"

Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.
Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.
Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.
Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.
Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.
Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.
Singapura bukan negara pengeluar minyak.
Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.
Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.
Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.
Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.
Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.
Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.
Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.
Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.
Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.
Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.
"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.
"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur. sila klik untuk baca Pembaziran Rosmah
"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib. sila klik untuk baca bagaimana Najib bercuti ?
Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.
Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.
Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara.

PROTES di Seremban




Jumaat 6 Jun 2008, seawal 10 pagi perhimpunan yang di anjurkan oleh PAKATAN di Negeri Sembilan telah dimulakan. Perhimpunan dimulakan dengan slogan dan ucapan pimpinan. Ramai anggota polis tanpa seragam hadir dan perhimpunan yang mendapat respon baik dari pengunjung dan peniaga pasar ini berakhir dengan aman kira kira 1 jam 30 minit kemudian. cheGuBard juga turut berucap sebelum perhimpunan diakhiri dengan ucapan YB Antony Loke, ahli Parlimen Rasah. Ini merupakan 'pemanas badan' perhimpunan terbesar rakyat Negeri Sembilan 14 Jun ini di Negeri Sembilan dan 12 Julai ini di Kuala Lumpur.
Tentatif Program PROTES di Negeri Sembilan
Tarikh : 14 Jun 2008 (SABTU)
3.00 petang : pengedaran risalah dan sidang media di hadapan bangunan Umno Negeri Sembilan
4.30 petang : solat Asar berjemaah di Masjid Negeri
5.30 petang : pengedaran risalah di Senawang
7.30 malam : solat Maghrib di Masjid Bandar Senawang
8.30 malam : Himpunan Perdana Rakyat NS membantah kenaikan harga Minyak bersama Ybhg. Mohd Sabu, YB Tian Chua, YB Dr. Hatta, YB Antony Loke, YB Taufek dan cheGuBard serta pimpinan PAKATAN NS

PROTES di Pulau Pinang



Selepas solat Jumaat 6 Jun 2008, satu protes rakyat dibuat berikutan tindakan Kerajaan Bn menaikan harga minyak secara mendadak. Protes seramai 500 orang rakyat ini diketuai oleh Sdr. Amizuddin Ahmad dan Sdr. Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Pusat). Turut serta ialah beberapa ketua - ketua pertubuhan bukan kerajaan termasuk YB Tn HJ Malik Kasim Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Protes selama 40min ini yang di isi dengan laungan slogan dan ucapan pimpinan berakhir dengan gangguan polis yang meminta semua bersurai. Ini berbeza dengan demo perkauman yang ditaja oleh UMNO yang diadakan di tempat yang sama tanpa gangguan polis sedikit masa lalu.
Kemudian di Pulau Pinang juga ke esokan harinya SABTU terjadi PROTES sepontan.Walaupun hujan lebat ketika itu namun kerana kemarahan dan rasa kecewa rakyat, perhimpunan tetap mendapat sokongan.


Demo Minyak menjelang 12 Julai


petikan kenyataan media Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara akan hadir dan memimpin Demontrasi Rakyat yang akan diadakan pada 13 Jun 2008 di ibu negara.
Program ini pada asalnya bermula dari kalangan pemudawilayah diangkat ke peringkat nasional sebagai membuktikan keseriusan Pemuda PAKATAN dalam menghadapi isu kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik.
Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan Citibank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.

Bagi mereka yang bukan muslim, disarankan menunggu di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Para peserta perhimpunan digalakkan membawa sepanduk atau bahan-bahan demontrasi yang tidak membahayakan dan tidak menggangu ketenteraman awam. Para peserta juga dinasihatkan membawa air mineral bagi persediaan awal agar tidak terlalu letih dan kehausan.

Diharapkan golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini. Inilah masa untuk kita bergandingan tangan menunjukkan bahawa kuasa dan suara rakyat itu wajib didengar dan diambil perhatian.

Sekarang buka masa untuk kita berpeluk tubuh dan redha begitu sahaja. Hari ini Kerajaan BN naikkan 78sen untuk petrol dan RM1 untuk diesel, tapi jika kita tidak keluar membantah, kemungkinan besar pada bulan Ogos, Kerajaan akan menaikkan lagi kepada suatu harga yang kita tidak mampu untuk miliki.

Selain itu, bantahan kali ini lebih penting kerana ianya akan memberikan satu tekanan agar Kerajaan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak dan tarif elektrik yang berkuatkuasa pada 1 Julai nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Hadirlah beramai-ramai untuk kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang berdaulat dan memiliki hak yang wajar diperjuang dan dihormati.
.........................

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.(petikan harakahdaily)

Monday, June 09, 2008

PROTES buka blog selaras bantahan

Perhimpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak
Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: Jam 3 petang
Tempat: KLCC
Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)

Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.

Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.

Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.

Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi.
Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarlah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain?

Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.

Marilah kita sama-sama membantah kenaikan harga minyak. Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!
PROTES telah membukablog untuk menyelaraskan bantahan di seluruh negara untuk memaksimakan impak kuasa rakyat. Semua dijemput melayari http://www.protes2008.blogspot.com/
Semua di jemput juga menghantar jadual perancangan demo atau sidang media bantahan, surat bantahan,laporan dan gambar bantahan atau apa sahaja yang berkaitan.

Thursday, June 05, 2008

Respon Kenaikan Harga Minyak

Semalam Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah dalam sejarah telah mengumumkan kenaikan harga minyak secara mendadak.

11.30 pagi ini beberapa teman - teman mewakili parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bertemu atas nama 'PROTES' di Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Pertemuan yangturut melibatkan pertubuhan mahasiswa itu telah memutuskan satu perhimpunan yang mensasarkan 100,000 rakyat akan berkumpul di KLCC pada 12 Julai 2008 membantah kenaikan ini.


Tuntutan PROTES ialah kerajaan segera menarik kenaikan harga minyak.

Dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut saya menegaskan
  • Pengumuman kenaikan semalam membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menipu dalam kempen pilihanraya yang lepas. Pada 25 Febuari semasa melancarkan Manifesto BN PRU 12 beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan bebberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan PRUnya. Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN tipu !

  • Kenyataan menyelamatkan subsidi minyak untuk dimasukkan ke Tabung Makanan Negara amat diragui kerana ketika kenaikan terakhir minyak yang kononya menyelamatkan RM4.4 billion untuk disalurkan demi memperbaiki sistem pengangkutan awam jelas gagal. Tiada sebarang pembangunan meningkatkan pengangkutan awam yang konkrit di buat. Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Yang jelas dalam pakej tersebut syarikat berkepentingan keluarga Perdana Menteri yang membuat untung kerana dianugerah kontrak kerajaan atas nama usaha meningkatkan pengangkutan awam. Dan ini pasti berlaku lagi kali ini.

  • Kenaikan minyak akan mengheret kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan lain juga. Hujah kerajaan kononya akan mengawal atau ada cara mengawal harga juga karut , semalam sahaja jelas kerajaan gagal mengawal stesen minyak apabila lewat petang banyak stesen minyak yang tutup kononya atas alasan habis minyak tetapi kembali menjual minyak selepas jam 12 tengah malam dengan harga baru untuk membuat untung lebih. Kerajaan begitu lemah sehingga pemilik stesen minyak juga tidak menghormati kerajaan dan mengambil kesempatan terhadap penguna.

  • Rebet tunai satu cara yang mengarut. Bayangkan bagaimana jika orang yang kaya memiliki kenderaan lebih dari satu maka kenderaan yang kurang digunakan juga mendapat rebet tunai. Sebaliknya orang yang tak berkemampuan yang hanya ada satu kenderaan menggunakan sepenuhnya kenderaan itu tentu malang bagi mereka.

contoh kiraan rebet tunai
Jenis Kenderaan : Proton Pesona
Kapasiti Tangki : 50 liter
Kekerapan minima isi minyak : 4 kali tangki penuh sebulan
Jumlah penggunaan sebulan : 50 L x 4 kali = 200 liter

Harga lama (RM1.92 per liter)

200 L x RM 1.92 = RM 384/sebulan x 12 bulan = RM 4608


Harga baru (RM2.70 per liter)


200 L x RM 2.70 = RM540/sebulan x 12 bulan = RM 6480


Maknanya beza setahun ialah RM 1872 tetapi rebet hanya RM 625.

  • Tindakan ini yang umpama hadiah kepada rakyat yang mengekalkan BN sebagai kerajaan Pusat (walaupun dengan kemenangan yang boleh diragukan) tidak boleh di diamkan. Rakyat atau mana - mana organisasi digalakkan mempertingkat usaha kempen kesedaran dan bantahan terbuka. Protes - protes aman digalakkan khususnya di luar Kuala Lumpur.

  • Rakyat perlu disedarkan kenaikan semalam bukan kemuncak, bulan Ogos ini harga minyak akan diapungkan mengikut pasaran dunia. Harga minyak negara tidak boleh dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak, kerana sebagai negara pengeluar minyak jelas Malaysia antara negara yang menikmati keuntungan besar hasil minyak dan gas tetapi mendera rakyat dengan harga yang tinggi. Kerajaan kapitalis BN ini jelas bertindak 'double standard' kerana rakyat dikerah mengikut parasaran dunia tetapi koporat kaya seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB akan terus diberi subsidi dan kenaikan tarif yang menguntungkan mereka tetapi menzalimi rakyat. Harga kereta Malaysia contohnya tidak mengikut pasaran dunia mahal ada yang lebih 3 kali ganda pasaran dunia ini hanya untuk memastikan rakyat terus di dera tetapi kapitalis besar untung sakan.

  • Seperti biasa setiap kali kenaikan rakyat di kerah berjimat.... tetapi bayangkan ketika rakyat derita malangnya elit politik terus menikmati hidup mewah. Contohnya didedahkan di Parlimen baru - baru ini bagaimana penasihat PM dibayar RM 1 juta wang rakyat.

PROTES akan mengadakan 'road show' seluruh negara menerangkan berkenaan isu ini dan untuk mobilisasi ke arah 12 Julai 2008.

Gambar dan grafik di petik dari Malaysiakini, Harakah

Wednesday, June 04, 2008

Mahkamah tolak bicara Petisyen, Badrul cabar jawab debat

SEREMBAN, 4 Jun (SK)- Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki pagi ini telah menolak bagi membicarakan kes petisyen untuk mencabar kemenangan Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pada 25 Mac lalu, Petisyen tersebut telah difailkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan yang juga calon di Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul dalam blognya, keputusan berkenaan ditolak kerana pihak KeADILan gagal membuktikan petisyen tersebut.

Badrul berkata, keputusan ini memang telah dijangka oleh beliau walaubagaimanapun ianya tidak menjangka akan ditolak dengan begitu mudah.

“Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku,” katanya di Chegubard.blogspot.com.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan terperangkap dengan hujah teknikal, namun jelasnya kini apa yang perlu dijadikan fokus adalah cabaran debat beliau yang masih belum terjawab.

“Cabaran debat saya untuk membincangkan isu rakyat seperti pergabungan ECM Libra Avanue Capital, skandal penjualan Telekom dan Pantai Holding kepada pihak asing, penglibatan keluarga Perdana Menteri dalam skandal minyak untuk makanan di Iraq, penglibatan keluarganya juga dalm kegiatan jaringan penjanayah pengganas antarabangsa diselindungkan dengan ‘pemenjaraan’ BSA Tahir di bawah ISA dan puluhan isu lagi …..Cabaran debat saya masih gagal dijawab,” menurutnya lagi.

“Saya ingin menarik semula fokus semua terhadap alasan saya turun ‘bertempur di Rembau’ dan cabaran debat saya yang masih tidak terjawab,” tambahnya

Katanya lagi, beliau memilih untuk melawan Khairy adalah diatas keyakinan yang tinggi dan menggalas harapan rakyat,khususnya golongan muda, yang menyedari hakikat betapa kita sedang diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat lemah.

“Kelemahan beliau sedang dipergunakan oleh menantu, anak dan keluarga serta kenalan beliau untuk mengaut keuntungan. Lebih parah lagi orang di kelilingnya begitu tamak sehingga tidak langsung mempedulikan mengenai risiko terhadap negara dan kedaulatan rakyat dan negara ini,”menurutnya lagi.

Dalam kepercayaan jika berlaku pilihanraya mengejut, Badrul menyatakan keyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan kehilangan kerusi di Parlimen Rembau.

“Terdapat kenyakinan yang tinggi jika BN menggunakan taktik pilihanraya umum mengejut untuk menghalang penubuhan pakatan rakyat yang bakal berlaku dengan penghijrahan besar - besaran ahli Parlimen Bn ke dalam Pakatan Rakyat, kami di Rembau yakin Parlimen Rembau bakal bertukar tangan,” katanya.

“Jumlah keahlian bertambah mendadak. Pendedahan isu dan program khidmat telah berjaya membuka mata rakyat. Terlalu banyak isu di Rembau ini dari isu rumah terbengkalai, bangunan di diami tiada sijil layak duduki, kemiskinan tegar, kemudahan asas sehinggalah kepada masalah keciciran anak sekolah. Sehingga kini ada ramai pihak yang sudah mula mengeluh dengan prestasi wakil BN yang ‘terpilih’. Rakyat juga menanti - menanti manifesto atau janji PRU dilaksanakan di Rembau,” tambahnya lagi.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada panel peguam, penyokong dan semua yang terlibat.

“Walaupun apa keputusan mahkamah ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat demi rakyat Rembau dan keseluruhanya. Di Peringkat Rembau, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Rembau (yang digunakan pada pilihanraya lepas) tidak ditutup (dan) dalam peringkat akhir untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat Rembau,”katanya.

Beliau juga meminta agar mereka yang sudi untuk menyumbang sebarang betuk bantuan bagi Pusat Khidmat di Rembau untuk menghubungi NorAzizi Aziz di talian 0123696474.

Antara petisyen berkenaan ialah;

* Jumlah Kertas undi yang tidak sama amat ketara iaitu jumlah kertas undi dikeluarkan bagi parlimen berlebih dari jumlah semua kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN di bawah parlimen Rembau. Ini sudah tentu tidak munasabah ada orang yang datng mengundi ambil kertas undi parlimen tetapi tidak ambil kertas undi DUN.

* Hak agen calon keADILan mendapatkan salinan borang 14 dinafikan dengan perbagai alasan. Ini menyebabkan pihak keADILan gagal menghalang pengumuman kemenangan BN malam tersebut walaupun dari kiraan awal tidak rasmi keADILan dilaporkan menang. Ini merupakan penipuan terancang melibatkan SPR, walaupun didedahkan perkara ini Pengarah SPR Negeri telah mengeluarkan kenyatan menafikan perkara ini dan mengatakan semua pusat dibekalkan borang 14 yang cukup, tetapi hakikatnya terlalu banyak saluran yang khususnya keADILan menang borang 14 tidak diberikan dan antar alasanya ialah salinan tidak mencukupi. Proses kiraan dan penjumlahan undi amat diragui termasuk kejadian bagaimana kira kira jam 10 malam, 2 peti undi masuk ke pusat penjumlahan dengan disertai oleh kenderaan yang dinaiki Pengerusi BN Negeri.

* Sepanjang tempoh pilihanraya terlalu banyak aduan mengenai keganasan dan perlanggaran undang - undang dibuat termasuk oleh calon keADILan sendiri tetapi pegawai - pegawai yang bertindak selaku SPR seolah gagal bertindak. Pegawai - pegawai yang menjalankan tugasan SPR semenjak dari permulaan PRU 12 di Rembau jelas menyebelahi atau didapati ‘berusaha’ memenangkan calon BN.

* Kejadian pembelian undi dan kekeliruan dalm senarai permilih termasuk pengundi yang hilang dari senarai terdapat aduan mengenai perkara ini di hari mengundi.

Kenyataan : Mahkamah tolak untuk bicarakan Petisyen Keputusan PRU 12 Rembau

bersama YB Taufek dan barisan peguam


10 pagi ini (4 Jun 2008), Hakim Mahkamah Tinggi di Seremban telah menolak untuk membicarakan kes petisyen pilihanraya Rembau.

Petisyen ini dibuat berdasarkan 4 asas

  • Jumlah Kertas undi yang tidak sama amat ketara iaitu jumlah kertas undi dikeluarkan bagi parlimen berlebih dari jumlah semua kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN di bawah parlimen Rembau. Ini sudah tentu tidak munasabah ada orang yang datng mengundi ambil kertas undi parlimen tetapi tidak ambil kertas undi DUN.

  • Hak agen calon keADILan mendapatkan salinan borang 14 dinafikan dengan perbagai alasan. Ini menyebabkan pihak keADILan gagal menghalang pengumuman kemenangan BN malam tersebut walaupun dari kiraan awal tidak rasmi keADILan dilaporkan menang. Ini merupakan penipuan terancang melibatkan SPR, walaupun didedahkan perkara ini Pengarah SPR Negeri telah mengeluarkan kenyatan menafikan perkara ini dan mengatakan semua pusat dibekalkan borang 14 yang cukup, tetapi hakikatnya terlalu banyak saluran yang khususnya keADILan menang borang 14 tidak diberikan dan antar alasanya ialah salinan tidak mencukupi. Proses kiraan dan penjumlahan undi amat diragui termasuk kejadian bagaimana kira kira jam 10 malam, 2 peti undi masuk ke pusat penjumlahan dengan disertai oleh kenderaan yang dinaiki Pengerusi BN Negeri.

  • Sepanjang tempoh pilihanraya terlalu banyak aduan mengenai keganasan dan perlanggaran undang - undang dibuat termasuk oleh calon keADILan sendiri tetapi pegawai - pegawai yang bertindak selaku SPR seolah gagal bertindak. Pegawai - pegawai yang menjalankan tugasan SPR semenjak dari permulaan PRU 12 di Rembau jelas menyebelahi atau didapati 'berusaha' memenangkan calon BN.

  • Kejadian pembelian undi dan kekeliruan dalm senarai permilih termasuk pengundi yang hilang dari senarai terdapat aduan mengenai perkara ini di hari mengundi.
Malangnya petisyen yang difailkan pada 25 April 2008 yang mula disebut di Mahkamah Tinggi Seremban (isnin lalu) telalu di tolak pagi ini oleh hakim kerana kononya pihak keADILan gagal membuktikan tuduhan tersebut mampu mengubah keputusan pilihanraya.

Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku. Cuma peliknya penolakan itu terlalu mudah. Bagaimana nak membuktikan jikalau tidak dibenarkan proses perbicaraan tersebut ?

Saya tidak mahu terperangkap dengan hujah teknikal. Saya ingin menarik semula fokus semua terhadap alasan saya turun 'bertempur di Rembau' dan cabaran debat saya yang masih tidak terjawab.

Saya memilih untuk bertanding melawan menantu Perdana Menteri kerana keyakinan yang tinggi dan menggalas harapan rakyat (khususnya golongan muda) yang menyedari hakikat betapa kita sedang diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat lemah dan kelemahan beliau sedang dipergunakan oleh menantu, anak dan keluarga serta kenalan beliau untuk mengaut keuntungan. Lebih parah lagi orang di kelilingnya begitu tamak sehingga tidak langsung mempedulikan mengenai risiko terhadap negara dan kedaulatan rakyat dan negara ini.

Cabaran debat say untuk membincangkan isu rakyat seperti pergabungan ECM Libra Avanue Capital, skandal penjualan Telekom dan Pantai Holding kepada pihak asing, penglibatan keluarga Perdana Menteri dalam skandal minyak untuk makanan di Iraq, penglibatan keluarganya juga dalm kegiatan jaringan penjanayah pengganas antarabangsa diselindungkan dengan 'pemenjaraan' BSA Tahir di bawah ISA dan puluhan isu lagi .....Cabaran debat saya masih gagal dijawab.

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada panel peguam, penyokong dan semua yang terlibat. Walaupun apa keputusan mahkamah ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat demi rakyat Rembau dan keseluruhanya. Usah khidmat masyarakat dan pembongkaran isu akan terus diperhebatkan. Di Peringkat Rembau, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Rembau yang masih tidak ditutup dalam peringkat akhir untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat Rembau. Semenjak Pilihanraya juga gerak kerja di Rembau tidak dihentikan, kawasan yang dulunya kubu kuat Umno dan 'pembangkang' dilihat begitu lemah diRembau kini telah berbeza.

Jumlah keahlian bertambah mendadak. Pendedahan isu dan program khidmat telah berjaya membuka mata rakyat. Terlalu banyak isu di Rembau ini dari isu rumah terbengkalai, bangunan di diami tiada sijil layak duduki, kemiskinan tegar, kemudahan asas sehinggalah kepada masalah keciciran anak sekolah. Sehingga kini ada ramai pihak yang sudah mula mengeluh dengan prestasi wakil BN yang 'terpilih'. Rakyat juga menanti - menanti manifesto atau janji PRU dilaksanakan di Rembau.

Kepada penyumbang / dermawan seluruh negara yang sudi menyumbang untuk Pusat Khidmat di Rembau boleh terus menghubungi NorAzizi Aziz 0123696474.

Terdapat kenyakinan yang tinggi jika BN menggunakan taktik pilihanraya umum mengejut untuk menghalang penubuhan pakatan rakyat yang bakal berlaku dengan penghijrahan besar - besaran ahli Parlimen Bn ke dalam Pakatan Rakyat, kami di Rembau yakin Parlimen Rembau bakal bertukar tangan.

Wednesday, May 28, 2008

Kenyataan Media 28 MEI 2008

Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno. Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam.
Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya. GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.
Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan. Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti.
Ezam masih teman saya. Semoga beliau tidak 'hanyut' dalam Umno.
Saya kini dan saya percaya teman MPT yang lain juga sedang secara serius dan bersungguh - sungguh mempersiapkan keADILan dan PAKATAN yang berada di peringkat akhir untuk mengambil alih kerajaan pusat. Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli parti dan aktivis reformasi terus bekerja keras demi merialisasikan agenda pemerkasaan kedaulatan rakyat.
Salam REFORMASI.

Tuesday, May 27, 2008

Cabaran buat Khairy 1

Saya dengan ini mengesahkan akan meneruskan kes petisyen mencabar kesahihan PRU 12 di Parlimen Rembau walau apa pun risikonya. 8.00 Malam esok di Bilik Gerakan Utama keADILan Rembau, Taman Seri Rembau merupakan 'rapat' final semua penyokong khususnya agen pengiraan undi. Rapat bertujuan menyusun strategi perbicaraan dan turut disertai oleh barisan peguam yang terlibat.

Saya tidak mahu terperangkap dengan perkara - perkara teknikal. Mahkamah Tinggi Seremban yang akan mula bersidang berkaitan kes ini pada 2 Jun nanti bagi saya secara peribadi tidak diletakkan sebarang harapan tetapi bakal digunakan sebagai medan mendedahkan kebobrokan sistem pilihanraya yang hampir membunuh demokrasi negara. Memang sudah jelas lagi bersuluh bahawa mahkamah Malaysia boleh dimanipulasi keputusanya oleh pihak tertentu yang berkuasa.

Saya dengan ini ingin menarik perhatian semua bukan setakat kepada masalah teknikal pilihanraya tetapi melihat semula niat ketika saya memilih untuk turun menghadapi Khairy Jamaluddin ketika PRU 12. Beliau gagal menjawab cabaran debat terbuka ketika pilihanraya. Saya dengan ini sekali lagi melontarkan cabaran debat ...isunya bukan isu peribadi tetapi isu kepentingan rakyat dan negara.

Avenue Capital

Pengumuman penggabungan Avenue Capital Resources Bhd. (ACRB) dan ECM Libra Bhd. (ECM Libra) bagi membentuk Avenue International Capital Bhd. (AICB) sungguh mengelirukan dan penuh misteri. Apa yang ditulis di dalam tulisan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya dalam urusan perniagaan namun inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai. Bagi saya secara peribadi tidak ada masalah untuk anak, menantu, sahabat handai, adik beradik kepada sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar mahu pun sesiapa sahaja untuk berniaga, mendapat kontrak kerajaan dan sebagainya. Namun urusniaga hendaklah dilakukan dengan tertib, jujur dan tidak merugikan harta dan khazanah negara.

Umum mengetahui bahawa ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang baru menonjolkan diri beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai yang mengaitkan peningkatan ini dengan penonjolan Datuk Kalimullah Hassan, yang merupakan Pengerusi ECM Libra dan juga orang yang “rapat” dengan YAB Perdana Menteri.

Manakala Avenue Capital merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.

Terdapat beberapa kekeliruan dan tanda tanya dalam urusniaga yang sedang berlangsung ini.

Insider Trading ? Pertamanya, sungguh mengeliru dan mencurigakan kerana penggabungan tersebut diumumkan hanya beberapa minggu selepas menantu YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Khairy Jamaluddin, membeli 3% saham ECM Libra.

Apakah ini bukan merupakan satu insider trading atau skandal. Ini kerana Menteri Kewangan merupakan pihak yang paling berkuasa dalam MOF Inc.

“Insider trading understood to mean situations where a person, A, buys or sells securities when he is in possession of confidential information which affects the value to be placed on those securities. Furthermore, A obtains the said confidential information through or because of some connection he has with the company whose securities are to be dealt in. 'A' may be a director, an employee or a consultant to the company. It may also be that someone else, 'X', who is in the position to obtain confidential information, provides 'A', directly or indirectly with the information.

“This type of share dealings results from the improper use of confidential information which are price sensitive, and generally such traders will obtain unfair profits. "Unfair" in a sense that the price-sensitive information is not generally available to the investing public and thus giving such traders unfair advantage over others.” (Liabilities of Company Officials in Insider Trading (Rafiah Salim), Company Law & Securities Regulations in Malaysia, Current Developments, Published by International Law Book Services, 1989 Reprinted 2004.) [Terima Kasih kepada ahli KMU yang memberi rujukan ini]

Justeru, orang ramai tertanya-tanya apakah hubungan rapat Datuk Kalimullah (yang juga merupakan penasihat editorial dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press Berhad) dengan YAB Perdana Menteri dan menantunya memberi kelebihan maklumat tertentu?

Orang ramai juga tertanya-tanya, apakah terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak sah sehingga mewujudkan satu cadangan (proposal) untuk menggabungan anak syarikat MOF Inc ini dengan ECM Libra?

Dalam konteks ini juga, masyarakat akan tertanya-tanya apakah terdapat maklumat atau kertas kerja yang telah dipintas (hijacked). Apatah lagi cakap-cakap dalam industri beberapa ketika dahulu membayangkan Avenue Capital akan mengadakan proses rasionalisasi dan Management Buy Out (MBO).Penilaian Yang Meragukan

Keduanya, keputusan menentukan nilai ECM dan Avenue berdasarkan harga terakhir pada 2.30 petang, 17 Januari 2006 bukan sahaja mendedahkan kedua-dua saham kepada spekulasi malah bertentangan dengan kelaziman urusniaga penggabungan koporat. Selalunya, penggabungan akan mengambil kira harga saham dalam jangkamasa antara 3-6 bulan bagi melihat nilai sebenar.

Menilai Avenue Capital dengan harga 66 sen sesaham merupakan satu penilaian di bawah nilai (undervalue) kerana dalam laporan tahunan ACRB 2005 meletakkan harga saham per aset pada kadar 85 sen sesaham.
Manakala saham ACM pula dinilai pada harga RM 1.06 sesaham pada 17 Januari 2006 merupakan satu lonjakan yang besar berbanding harga sahamnya sekitar 65-80 sen sesaham sebelumnya. Keadaan ini berlaku apabila penentuan penilaian nilai syarikat berdasarkan harga saham yang ditutup pada tarikh dan masa tertentu yang ditetapkan lebih hadapan. Ia memberi tanggapan umum (walaupun tidak semestinya benar) bahawa saham kedua-dua syarikat telah terdedah kepada manipulasi pasaran.

Menurut Utusan Malaysia (19 Januari 2006), penilaian penggabungan ditentukan selepas mengambil kira modal pasaran ECM Libra bernilai RM459 juta (berasaskan harga saham ECM pada 17 januari 2006, RM1.06 seunit) dan aset ketara bersih (NTA) semua anak-anak syarikatnya yang terlibat berjumlah RM210 juta manakala NTA bagi ACRB pula dianggarkan bernilai kira-kira RM398 juta.

Apakah modal pasaran ECM ini tulen atau merupakan harga spekulasi dan manipulasi? Pada 27 Disember 2005, harga saham ECM hanyalah 68 sen seunit. Meningkat sehingga melebihi RM1.06 seunit beberapa hari sebelum tarikh keramat pada 17 Januari 2006. Hari ini harga ECM Libra kembali berlegar sekitar 70-80 sen seunit.

Indeks BSKL Bagi ECM Libra
Sumber: The Star Online

Ketika ECM Libra dinilai secara berasaskan NTA setiap anak syarikatnya, penilaian NTA terhadap ACRB hanya mengambil kira syarikat induk semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan ACRB dalam beberapa syarikat utama lain seperti Pos Malaysia Berhad.

Berdasarkan nilaian aset ECM yang lebih tinggi berbanding ACRB, maka Avenue perlu membayar RM 298 juta kepada ECM. Dalam penggabungan ini, pemegang saham ECM LIbra akan mendapat 53.2% saham dalam syarikat yang bergabung - AICB. Ini sungguh mengelirukan. Sebuah syarikat kecil yang ingin bergabung dengan sebuah syarikat besar mendapat bayaran dan juga saham yang lebih besar. Lebih mengelirukan bila kenyataan di dalam akhbar menyebut pembayaran tersebut melalui pemberian saham sebanyak 442 juta dengan harga RM1 sesaham.

Ini tambah mengelirukan. Daripada RM298 sudah menjadi RM442 juta. Sebagai rakyat biasa peristiwa ini amat aneh dan luar biasa sekali. Orang ramai masih keliru dengan kenyataan-kenyataan akhbar mengenai isu ini.

Mengikut persetujuan penggabungan tersebut, ECM Libra akan memiliki 53.2 % saham dalam AICB. Ini bermakna baki 49% lagi akan dibahagikan kepada pelbagai pemegang saham di dalam Avenue Capital sekarang ini.

Amat sukar untuk orang awam memahami bagaimana sebuah anak syarikat kerajaan yang memiliki Aset Ketara Bersih (NTA) sekitar RM 398 juta dan modal RM 300 juta (Utusan Malaysia 17 Januari 2006) ditelan oleh ECM Libra yang hanya mempunyai NTA sekitar 210 juta dan modal berjumlah RM 200 juta.

Malahan ini belum mengambil kira jumlah pelaburan yang diuruskan ACRB sekitar RM 2.8 bilion. ACRB juga mempunyai kepentingan sebanyak 15.33% (78,545,166 unit) di dalam Pos Malaysia & Services Holdings Berhad. Harga semasa saham Pos Malaysia ialah dalam lingkungan RM 4.00 sesaham pada Februari 2006.


Sungguhpun penggabungan ini bagi membolehkan gabungan modal untuk mendapat lesen bank pelaburan (investman bank) yang memerlukan modal RM 500 juta, namun ia tidak bermakna penggabungan harus dibuat secara mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.

Dalam apa keadaan pun ECM Libra merupakan syarikat yang jauh lebih kecil dari ACRB sama ada modal, aset, potfolio yang diuruskan mahu pun reputasi syarikat.

Malahan ACRB masih mampu mendapat lesen bank pelaburan memandangkan tiga pemegang saham utamanya iaitu MOF Inc/Bank Simpanan Nasional, Pos Malaysia dan Pantai Holdings mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Sebagai rakyat Malaysia saya mencabar Khairy Jamaluddin berdebat isu ini secara terbuka. Memberi jawapan seperti "I'm Not Involved in anyway" atau "I don't know" tidak mampu menolak prasangka umum.
ini cabaran isu pertama dan kalau Khairy Jamaluddin berani ayuh keluar dari ketiak bapa mertua kamu kita berdebat isu ini. tunggu siri 2, 3, 4 dan seterusnya...........
(sumber petikan mykmu digunakan dalam posting ini)

Mula jangan beli Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia

Semua rakyat Malaysia di seru jangan membeli Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

sila klik untuk bacaan lanjut
Lebih menarik jika anda peniaga akhbar jangan ambil atau beri tempat Utusan Malaysia dijual di kedai anda.

Kita terusik kerana kabar angin.........

sejak semalam beribu sms, email dan panggilan telefon yang diterima....tiba - tiba gempar isu nak ikut Ezam masuk Umno....

Telefon di rumah ibu saya turut dihujani panggilan ..... telefon bimbit isteri saya juga..... reaksi bercampur ada yang sedih merayu untuk turut bersama... ada yang gembira dengan khabar angin tersebut... ada yang secara 'keras' memohon penjelasan... dan ada juga yang maki hamun tak tentu arah.... isteri saya dan ibu saya turut di maki oleh mereka yang kononya pejuang dan pemimpin Parti Keadilan.

antara sms yang saya terima seperti di bawah :

Chegu bard tlg hentikn lakonan! Kami tahu kau dalang blog antikhairy. Kau biasa buat kerja menyamar hantar email tipu konon2 bantai kutuk diri sendiri, lepas itu kau sendiri jawab. Jgn brlakonlh sial!! kami tahu itu kerja bodoh kau! Apa tujuan kau adakan cerita ezam nk ajak kau masuk umno? ada ati nampak kau setaraf ezam? Pantat mak kau lah bard! (sms dari 0166208767)

ada beberapa sms ke telefon isteri saya yang lebih parah bunyinya...

saya hubungi no itu semula dia kata dia Zaidi, Kelang. Saya cuma bercakap saudara bebas bercakap tapi jangan libatkan makian terhadap keluarga saya.... tapi beliau dengan kasar menuduh " kau sapa...kau tak tubuh gerak pun... kau sama sial macam Ruslan .... " tapi bila diajak berjumpa untuk penjelasan beliau beri alasan...

Ingin saya jelaskan........
  1. kenapa kita perlu terpengaruh dengan laman atau blog nyamuk yang penulisnya berselindung dan jelas pro parti lawan..???
  2. merujuk kepada berita Malaysiakini ingin diperjelaskan
    • saya mengambil pendirian tidak komen bukan semestinya saya mengikuti Ezam
    • saya tidak komen kerana saya tidak mahu buang masa dan terperangkap dengan isu yang remeh ...banyak isu dan kerja lebih besar yang perlu diselesaikan
    • 'perjumpaan sulit' ....pertemuan saya dengan Ezam bukan pertemuan sulit memang benar saya jumpa dengan beliau.... kami berbincang banyak perkara termasuk menngenai GERAK yang saya bantu beliau tubuhkan, kerana bukan sedikit masa, tenaga dan wang dikorbankan untuk membina GERAK sehingga dikenali di tahap sekarang ini dan jika benar Ezam mahu menyertai mana - mana parti politik GERAK perlu diserahkan kepada kumpulan bebas.
  3. saya terharu dengan panggilan telefon dari teman - teman pemimpin pertengahan dan rakan pejuang di bawah .... saya paham kegusaran semua.... jesteru itu saya mohon semua bekerja keras untuk kepentingan rakyat terbanyak.... jangan kita termasuk dalam golongan yang pandai beri komen...cakap banyak dan kasar... atau hanya ampu dan muncul bila melihat peluang terhidang........tetapi bila dinilai tidak banyak pun membantu dan berada di tempat selesa bila masa memerlukan pengorbananya...
  4. Ezam tidak pernah mengajak saya memasuki Umno jauh lagi menawarkan apa jua jawatan kepada saya.
  5. memahami tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin.......... saya faham kemungkinan timbulnya kekeliruan ini kerana semua terjadi serentak... Ezam membuat keputusan masuk Umno-saya masih ada hubungan baik dengan Ezam dan juga pada masa yang sama saya ada melontarkan sedikit 'teguran' mengenai pengurusan dan kepimpinan.
  6. mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang....
Ini bukan kali pertama saya membuat 'teguran'.........tetapi hampir setiap kalilah saya dikaitkan dengan pengkhianatan....... dari semasa sebelum Pemilihan Kemaman saya di maki secara terbuka oleh kepimpinan NS kerana kononya saya mengkhianati perjuangan ...hari ini mereka yang maki sudah hampir semuanya tidak ada dalam perjuangan ini dan saya masih di sini.... begitulah semasa berlaku seolah krisis kepimpinan dalam pemuda saya berada di pihak yang tidak porpular saya di maki hamun secara terbuka namun sekarang ini saya masih di sini...dan kebanyakan mereka sudah tidak bersama.......

Ingat......... Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Kita bercakap soal keadilan dan demokrasi.... maka dengarlah suara di bawah... ketika merenung langit dan jangan hanya bercakap pada burung tetapi turut ingat rumput yang di pijak........

Saya amat tidak suka menulis semua ini secara terbuka disini tetapi.......jangan hanya tahu maki hamun tapi cermin diri apa kita sudah buat dalam perjuangan ini...........

Monday, May 26, 2008

Petisyen pilihanraya

Petisyen Pilihanraya P131 Rembau telah difailkan pada 25 April 2008. Minggu lepas mahkamah telah menetapkan 2 Jun sebagai tarikh kes tersebut akan di sebut di Mahkamah Tinggi Seremban.
Ada 4 asas besar diletakkan untuk memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU 12 P131 Rembau. Antaranya ialah kertas undi hampir 1000 keping lebih dikeluarkan di peringkat parlimen dibezakan dengan jumlah kertas undi semua DUN di bawah Rembau.
Barisan peguam di ketuai oleh YB Sdr. Willian Leong. Pertemuan dengan barisan peguam minggu lepas jelas mereka semua berada pada tahap keyakinan tinggi untuk memenangi kes tersebut.
Tetapi berbincang dengan ramai teman - teman lain tidak menolak risiko untuk kalah. Walaupun hujah - hujah dalam petisyen yang dikemukan jelas tetapi meneliti Mahkamah yang tidak bebas di Malaysia ini keputusan mungkin dipengaruhi kuasa politik menantu dan keluarga Perdana Menteri.
Barisan Peguam Khairy Jamaluddin kemungkinan diketuai oleh Peguam Shafie Abdullah.
Alhamdunillah barisan peguam telah bersedia memberikan khidmat dengan kos yang amat minimum tetapi risiko jika kalah ialah cheGuBard akan diminta membayar kos mahkamah dan kos defenden yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.
Meneliti keputusan mahkamah - mahkamah terdahulu dalam kes petisyen pilihanraya jelas selalunya memihak penguasa. Tetapi membawa kes petisyen mahkamah ini digunakan untuk ruang mendedahkan kepincangan dan kecurangan yang berlaku dalam pilihanraya.

p/s : cheGuBard dalam pertimbangan dan persimpangan antara terus mendedahkan kepincangan dan kecurangan dalam menghadapi risiko menanggung hutang ratusan ribu ringgit.

Indelible ink 'conspiracy': Report lodged

Berita berkaitan:
1) Malaysiakini: ‘Komplot’ 3 Tan Sri batal dakwat kekal dan Indelible ink ‘conspiracy’: Report lodged
2) Harakahdaily: Bersih buat laporan polis ke atas PM, Musa, Ghani dan Rashid
3) The Malaysian Insider: Indelible ink fiasco: Police report againts PM, 3 others
4) The Star: Indelible ink: Police report lodged against PM, EC chairman
Dari Blog:
1) Susan Loone: 48,000 bottles of ink down Pak Lah’s throat
2) Republik Kata: Laporan Polis BERSIH dan NIEI berhubung isu Dakwat Kekal

Tshirt 'che' dari UK

Semenjak 'berhenti' dari GERAK lama sudah tidak ke pejabat GERAK di Kelana Jaya. Dua minggu lepas Fadhil a.k.a kambing (kawan yang sekarang menjadi pemadu tak bergaji cheGuBard) telah ditugaskan menghantar semula laptop ke Pejabat GERAK telah membawa pulang satu bungkusan yang di pos dari UK untuk cheGuBard di alamat GERAK. Tanpa tahu siapa yang hantar...dalam bungkusan itu ialah tshirt gambar 'che' warna hijau..... terima kasih kepada yang menghantar !! Amat terharu dan hargai !!
Semenjak semalam ratusan email, sms dan panggilan telefon.... tanya apa pandangan cheGuBard pasal Ezam masuk UMNO..? dan ada yang tanya lebih lagi benarkah cheGuBard akan ikut Ezam masuk UMNO...?
Ezam kini berada di Jakarta..... tunggulah dia balik ke Malaysia....Selasa ini cheGubard akan komen selepas bertemu beliau.....
Apa pun kita (pejuang - pejuang) anak muda ada banyak lagi perkara dan masalah rakyat yang menjadi tanggungjawab untuk diangkat dalam negara yang banyak krisis ini..... jangan bazirkan masa tumpu perkara remeh tetapi ayuh kita langkah ke depan demi kepentingan rakyat...

Wednesday, May 21, 2008

Laporan Polis komplot Isu dakwat kekal

Pilihanraya yang lepas (PRU12) SPR telah mengumumkan akan menggunakan dakwat penanda kekal untuk mengelakkan pengundi berulang a.k.a pengundi hantu. Lebih RM 2.9 juta wang negara digunakan untuk membeli dakwat dari India untuk tujuan menanda kuku pengundi. Namun beberapa hari sebelum pembuangan undi SPR mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat itu. Berdasarkan bukti yang ada, sidang media pengumuman pembatalan yang menampilkan Tan Sri Rashid Rahman, Ghani Pathail (Peguam Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara) adalah demi menyelamatkan BN setelah maklumat risikan menyatakan BN akan tumbang jika dakwat digunakan dan menyukarkan proses penipuan dalam pilihanraya.
Ini satu pengkhianatan terbesar mengkhianati kuasa dan hak demokrasi rakyat. Semua rakyat Malaysia yang prihatin dijemput untuk bersama membuat laporan Polis ke atas Abdullah Badawi, Rashid Rahman, Ghani Phatail dan Musa Hassan.
Tarikh : 22 May 2008 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi (IPD Dang Wangi), K.Lumpur (dekat stadium)

Monday, May 19, 2008

isu dakwat mengesahkan SPR alat politik BN

RM 2 juta lebih wang rakyat terbazir kerana membeli dakwat pencelup jari yang tidak digunakan...kononya tidak digunakan kerana alasan keselamatan.

Afghanistan, Iraq dan banyak negara yang dalam keadaan perang berjaya mengadakan pilihanraya yang diiktiraf badan antarabangsa dengan menggunakan dakwat pencelup untuk mengelakkan pengundi berulang. Amat malang jika Malaysia yang kononya negara selamat tetapi tidak menggunakan dakwat atas alasan keselamatan.

Sebenarnya SPR tidak menggunakan dakwat di saat akhir kerana telah mengetahui bahawa BN bakal berkubur jika niat penggunaan dakwat ini diteruskan dalam PRU yang lepas.

-petikan dari aminiskandar.wordpress.com-

Dua hari lepas, pengerusi SPR, Abdul Rashid memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang lalu. Sila klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Baru-baru ini Syed Hamid mendedahkan di parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihanraya. Klik disini.

Sebelum ini saya ada menulis di Malaysiakini mengenai isu dakwat kekal, perbandingan dengan pilihanraya di Nepal. Klik disini.

Jelaslah disini bahawa kebinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihanraya ke 12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan. Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihanraya umum.

Adapun begitu, simpati tidak harus diberikan kepada pengerusi SPR tersebut. Beliau memang terkenal dengan lidahnya yang bercabang.

Namun tabik dan hormat boleh diberikan sekiranya beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol dengan kerajaan polis dan peguam negara untuk membantu BN memanipulasi pilihanraya.

Musa Hassan juga harus letak jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Begitu juga dengan Gani Patail.

Abdul Rashid, Musa Hassan dan Gani Patail menjadi alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat Malaysia. Letak jawatan atau disumbat oleh rakyat Malaysia kedalam tong sampah sejarah!!!

Nafi campur tangan politik dalaman pemuda....

Berikutan perkembangan terkini AMK yang sedikit 'kalut' apabila ada banyak pihak yang menolak rombakan jawatan yang diumumkan oleh Ketua AMK pusat baru - baru ini, cheGuBard menegaskan dan tidak mahu terlibat dalam politik dalaman ini. cheGuBard dengan ini meminta semuanya diselesaikan secara dalaman.

cheGuBard tidak terlibat dan mengecam kewujudan laman yang tidak diketahui pengendalinya yang begitu seronok melagakan pimpinan dalam parti seperti laman http://www.janganbermainapi.blogspot.com/.

Pulihan email ada yang meminta campur tangan dan ada yang menyatakan 'fitnah' bahawa campur tangan (sabotaj) cheGuBard punca kepimpinan AMK sering gagal bergerak. cheGuBard juga dengan ini menafikan tuduhan terlibat dalam politik dalaman AMK.

Tidak dinafikan ada beberapa teman pimpinan AMK negeri dan bahagian menghubungi dan ada yang ditemui semasa program selaku MPT turun ke bawah. Rata - rata mengeluh mengenai betapa AMK gagal mendengar 'suara di bawah' dan lembab....dan sememangnya cheGuBard ada memberikan beberapa pandangan kepada teman - teman yang ditemui selaku teman dan MPT, namun ini tidak beerti cheGuBard campur tangan.

cheGubard menyeru semua ahli dan kepimpinan AMK setiap peringkat dapat menyelesaikan isu secara 'adik beradik' dan mengutamakan suara pandangan teman di bawah. Kehadiran AMK yang kuat apa diperlukan untuk memacu kekuatan rakyat dalam negara di ambang krisis ini.

Mahathir, suruhanjaya dan adakah Pak Lah berani..?

Hari ini kecoh..cerita Mahathir (ahli no. 001) istihar keluar UMNO Baru yang dia asaskan selepas berjaya mengharamkan Umno yang asal.

Ini dijangka merancakkan lagi 'percaturan perebutan kuasa' yang dilihat amat mendebarkan kebelakangan ini. Perkara ini dijangka akan lebih dramatik apabila Kuli juga dijangka akan mengekori rentak Mahathir yang memberikan tekanan hebat kepada Pak Lah dan Umno itu sendiri.

Perkembangan terdahulu beberapa puluh jam sebelum pengumuman keluar oleh Mahathir ini. Kuat khabar yang bertipu menyataka kemungkinan Mahathir dan lima lagi akan didakwa. Ini ekoran pendedahan laporan / penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes Pita Linggam.

Suruhanjaya diraja yang menyiasat kes pita Lingam mencadangkan agar Dr. Mahathir bekas perdana menteri untuk disiasat berhubung dengan peranan beliau dalam perlantikan hakim-hakim sewaktu berkuasa dahulu.

Selain Mahathir, Tengku Adnan, Vincent Tan, Ahmad Fairuz, Eusof Chin dan VK LIngam turut dicadangkan agar disiasat. Klik disini.

Dalam pertarungan diantara Anwar dan Najib untuk merebut kekuasaan, Anwar kini mendapat sedikit kelebihan apabila “mentor” Najib Tun Razak, bekas perdana menteri Malaysia akan dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat kini sedang menanti plot selanjutnya.....adakah benar Abdullah Badawi berani merialisasikan saranan suruhanjaya diraja menyiasat kes pita linggam. Ini kerna Abdullah memang terkenal sebagai 'penubuh suruhanjaya dan jawatankuasa penyiasat' tetapi tidak berani menjalankan saranan suruhanjaya atau jawatankuasa yang dibentuk.

Tuesday, May 13, 2008

Perang rasuah 'retorik'

Menjelang pilihanraya manifesto BN ialah perang anti rasuah Abdullah Badawi. Pakar - pakar kempen BN mengatakan bahawa masa sepenggal tidak cukup untuk Abdullah perangi rasuah yang sudah parah sejak zaman Mahathir.
Selepas pilihanraya dia timbulkan pula kisah "Suruhanjaya Anti Rasuah" kononya ini kemuncak usaha kerajaan berintegriti. Membebaskan badan pencegahan rasuah negara. Tapi semalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah membuktikan sekali lagi ia hanya retorik kosong.
Abdullah dan pemimpin korup BN masih takut membebaskan BPR duduk dibawah kuasa parlimen. Kenyataan ini mengecewakan rakyat. Tak payah buatlah suruhanjaya jika tidak punya kuasa bertindak....suruhanjaya ini hanya satu modal politik membohongi rakyat dan lebih lagi hanya membazirkan wang rakyat membayar elaun mereka yang terlibat.
Kerajaan mewujudkan SUHAKAM kononya untuk mempertingkatkan pembelaan hak asasi manusia tetapi apabila bukan sedikit wang rakyat terbazir mewujudkan SUHAKAM makin banyak penindasan berlaku....Suruhanjaya Anti Rasuah akan jadi tak ubah seperti itu..... siapa yang punya kuasa melantik pesuruhjayanya...??
cheGuBard secara peribadi mengesa hentikan rerotik mewujudkan Suruhanjaya Anti Rasuah ini...ia hanya membazirkan wang rakyat....
Kenapa perlu takut sangat dengan membebaskan terus BPR di bawah kuasa rakyat (parlimen).... hanya orang yang amal korupsi takut lihat BPR bebas..

Kursus Asas Lintah siri dua

Selepas kejayaan mengumpulkan kira - kira 80 usahawan baru yang berminat menceburkan diri dalam meneroka industri baru menternak lintah keADILan Rembau akan mengadakan kursus siri 2.
Dalam kursus asas siri satu peserta diberikan taklimat oleh sebuah syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri berkaitan mengenai cara memulakan projek penternakan lintah ini. Dalam siri dua ini pula peserta akan di dedahkan dengan kemudahan pinjaman dan bantuan yang boleh diperolehi. InsyaAllah dua syarikat kewangan telah bersetuju untuk menghantar pegawainya memberikan taklimat mengenai kemudahan yang disediakan oleh organisasi mereka. Kami masih mencuba mendapatkan kerjasama Jabatan Pertanian dan Jabatan Belia untuk turut sama turun berkongsi pandangan dan idea untuk membantu usahawan pertanian baru ini.
Kursus 1/2 hari kali ini hanya terbuka kepada peserta yang telah menjalani Kursus asas satu yang telah diadakan. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan dan buku panduan pengenalan penternakan lintah.
Tarikh : 1 Jun 2008
Masa : 9.45 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Pejabat Keadilan NS
kepada peserta siri satu yang masih tidak dihubungi untuk panggilan kursus siri dua sila hubungi 0123696474 (azizi)

Tuesday, May 06, 2008

Menahan Petra adalah tindakan politik menakutkan Bloggers

Hari ini Petra telah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan menghasut. Ini ialah susulan dari sebuan ke rumahnya yang dilakukan pada minggu lepas dimana polis telah merampas komputer ribanya. Ini semua kononya kerana tulisanya yang bertajuk "Mari Humbankan Pembunuh Altantuya Ke Neraka Jahanam" (artikel asal dalam Bahasa Inggeris).
Nampaknya ini operasi balas dendam selepas dari kekalahan teruk BN dana Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas. Dikatakan blog dan internet antara punca penting yang menyebabkan BN kalah teruk. Bagi cheGuBard ini salah, pembaca atau rakyat beralih kepada media internet kerana media arus perdana terlalu teruk diperkudakan oleh penguasa yang gila kuasa.
Kini Petra sedang 'berehat' di Penjara Sungai Buloh kerana tidak mahu membayar wang jaminan RM5,000 yang dikenakan keatasnya.
Jika menghasut itu salah ramai yang harus 'ke dalam' ...Utusan, Berita Harian, RTM dan banyak lagi 'organ' media yang rela diperkudakan oleh penguasa korup setiap hari tidak berhenti menghasut rakyat membenci pemimpin yang tidak 'sebulu' dengan mereka.... itu juga menghasut dan salah!!!

Laporan Penyata Perbelanjaan Pilihanraya

Laporan Perbelanjaan Calon keADILan P 131 Rembau

Perolehan

Pinjaman

Parti Deposit Pilihanraya RM 13,000.00

Keluarga Perbelanjaan Umum RM 5,000.00

Kenalan Perbelanjaan Umum RM 2,000.00

Sumbangan

Parti Perbelanjaan Umum RM 12,000.00

Bendera

Poster

Risalah

Sendiri Perbelanjaan Umum RM 1,000.00

Keluarga Perbelanjaan Umum RM 12,000.00

Kenalan Perbelajaan Umum RM 23,000.00

Orang ramai Perbelanjaan Umum RM 37,673.00
(blog)

Jumlah RM 96,685.00

Perbelanjaan

Deposit

SPR RM 13,000.00

Sewa

Toyota Land Cruisers RM 300.00

Wira sedan RM 800.00

Bilik Gerakan RM 500.00

Mesin Photostat RM 5,500.00

Hotel Rembau RM 650.00

Bilik Gerakan Seremban Jaya RM 1,000.00

Percetakan

Bendera RM 2.00 x 1500 helai RM 3,000.00

RM 2.80 x 500 helai RM 1,400.00

Poster

Calon RM 0.45 x 3000 helai RM 1350.00

RM 0.43 x 3000 helai RM 1290.00

Lain lain RM 0.46 x 1500 helai RM 690.00



Banner 12” x 4” ( 10 helai) RM 720.00

9” x 3” (20 helai) RM 810.00

Bunting 6.5” x 2.5” (50 helai) RM 1218.75

5” x 2” (200 helai) RM 2000.00

Billboard 20” x 15” (15 keping) RM 6750.00

20” x 10” (5 keping) RM 1500.00

Risalah A4 depan belakang (25,000 keping) RM1500.00

Biodata 40,000 keping x RM 0.10 RM 4,000.00

Akhbar khas PRU 12 5,000 keping x RM 0.40 RM 2000.00

Tshirt 4500 helai x RM 4.00 RM 18,000.00

Stiker calon 40,000 x RM 0.05 RM2,000.00

VCD calon 5,000 keping x RM 0.50 RM 2500.00

Buku 5,000 naskah x RM1.00 RM 5,000.00

Pengurusan

Logistik dan RM 6,000.00
Tenaga kerja

Minyak / Petrol RM 3,000.00
Makan / minum RM 3,500.00

Electric / Air RM 350.00
(Bilik Gerakan Utama)

Telefon RM 1,600.00

Jumlah RM 93,528.00

Bayaran balik pinjaman RM 20,000.00

Baki di tangan

Hutang masih belum berbayar

VCD RM2500.00

T shirt RM5,000.00

Saturday, May 03, 2008

Ishak Lenggeng usaha seret Mohamad Rantau & co ke Penjara ?

Minggu lepas cheGuBard dihubungi ramai teman bertanya berkenaan dengan 'kegemparan' Dato' Ishak, Ketua Umno Bahagian Seremban yang membuat laporan BPR ke atas Dato' Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Ishak Lenggeng dilaporkan hadir sendiri ke BPR dengan di iringi beberapa pimpinan Umno Seremban membuat laporan mengenai salah laku Mohamad Rantau yang mempengerusi mesyuarat untuk melantik adik beradiknya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan dalam Negeri Sembilan.

Bagi cheGuBard dan teman - teman dalam keADILan ingin merakamkan tahniah atas keberanian Ishak Lenggeng cuma ingin ditegaskan bahawa laporan polis, laporan BPR dan pendedahan mengenai perkara ini telah dibuat lama dulu oleh keADILan, saya sendiri mengetuai pendedahan dan laporan laporan tersebut. Namun pada ketika pendedahan dan laporan yang dibuat dulu Ishak Lenggeng tidak ke depan cuma komen - komen secara selindung mungkin kini ia lebih berani setelah terlepas peluang menjadi wakil rakyat di Lenggeng.

sila rujuk :
Teori seorang teman yang bukan 'politician' tetapi hanya pemerhati biasa, pembahas kedai kopi terkenal di kampungnya menyatakan bahawa ini peperangan proksi...tok Mat (MB) proksi Abdullah Badawi dan Tok Sahak Lenggeng proksi Mahathir.

Namun apapun plot politik makin menarik...

BPR buka fail siasatan 'BALKIS' : dipetik dari blog Amin Iskandar


Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik.

Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat.

Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan.

Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar.

Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya, Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”.

Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut.

Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selngor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan.

Berkaitan:

1) Malaysiakini.

2) Harakahdaily.

3) Utusan Malaysia.

4) The Star.

5) Bar Council

Thursday, May 01, 2008

Betul ke JJ yang raba...? (update 2 Mei)


Ketika pagi semalam melayari maklumat dalam internet cheGubard terjumpa sesuatu dalam wikipedia iaitu http://en.wikipedia.org/wiki/Jamaluddin_Jarjis
Controversies (petikan dari wikipedia)
Former Science and Technology Minister and current Member of Parliament for Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis had recently been accused of fondling and manhandling a 30-year-old female promoter at a nightclub in a five-star hotel in Kuala Lumpur and a police report had be lodged and the police have classified the offence under Section 354 of the Penal Code, which carried imprisonment of up to 10 years or fine or whipping or with two of such punishments due to the seriousness of the offence.
Dr Jamaluddin was reported to have been drunk, which is considered 'haram' since he is a Muslim. Dr Jamaluddin had left for overseas in an attempt to avoid much publicity and also to find ways to settle this matter.
Dr Jamaluddin had previously been involved in another controversy while on a working visit to the United States when he was a Cabinet Minister and while meeting with Malaysian students there, it was reported that he had insulted two Malaysian Indian students, namely Sheena and her sister, Dr. Sheela Moorthy, who is currently living in the USA and supporting her sister’s education at CalyPoly, by saying that the students who are of darker skin colour was of lower class origin in the Malaysia which is a racist and derogatory remark. A formal complaint had been made to the relevant Ministers but nothing formal had been forthcoming.

Nampaknya 'JJ' nama manja bekas menteri yang kononya dimaksudkan..... semenjak dari berita ini tersebar bukan sedikit email dari pembaca dan kenalan yang bertanya mengenai siapa menteri itu..? siapa yang dia raba...? dia raba atau lebih dari itu..? dia raba kat mana...?

Itulah bentuk minda orang kita..suka cerita cerita xxx...... tetapi kenapa ramai yang tidak pertikaikan bagaimana media 'kapitalis' yang dikuasai oleh VVIP dan menyebelahi golongan elit kaya ..... bayangkan jika dia cuma orang biasa atau tidak menjamin kepentingan elit politik sudah tentu namanya tidak diseleindungkan........... Jika rakyat biasa hanya muncuri milo pun namanya akan tersebar satu 'Malaya'... tetapi jika elit politik bukan sahaja media hormati tetapi termasuk polis juga lebih berkhemah.

Keduanya ialah perlu teliti tempat kejadian tersebut dilaporkan 'Havana Club'...di situ pemimpin elit kaya ini menghabiskan masa .... mengisap curut beribu ringgit sebatang...jika campur minuman keras mungkin mencecah sekali duduk sama dengan pendapatan tiga bulan kita orang biasa......