Tuesday, September 27, 2016

Shafie harus respon, isu penggunaan wang taikun

catatan umum
27 September 2016

1. Bila Datuk Seri Shafie Apdhal dipecat dari Umno kerana terlibat bercakap isu 1MDB dan derma RM2.6 billion yang dikaitkan Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR antara yang menyambut dia umpama wira. Ini amat pelik dan penuh hipokrasi kerana bila saya sendiri bercakap soal korupsi Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR saya dipecat dan dituduh memburukkan imej parti dan memecah belahkan parti. Maka apa beza PKR dengan Umno dalam perkara ini ?

2. Berbalik semula kepada isu Shafie Apdhal diraikan umpama wira, PKR menyokong beliau sehinggalah beliau menubuhkan parti. Antara hujahnya konon Shafie akan membawa lari orang - orang Umno keluar dan Umno khususnya di Sabah akan lumpuh. Minggu lepas Shafie mengumumkan menubuhkan parti, belum pun apa - apa lagi bukan orang Umno keluar parti tetapi ADUN PKR diculik Shafie.

3. Menjadi lebih pelik ialah apabila Presiden PKR memuji tindakan ADUN yang menjadi Naib Presiden lantikan PKR itu sebagai tindakan betul dengan keuar parti dan memasuki parti tempatan Sabah bagi menumpukan isu tempatan. Ini secara tidak langsung mengiktiraf tindakan tersebut dan membayangkan Keadilan gagal bertindak sebagai parti Sabah ? Isu pimpinan PKR Sabah keluar parti ini saya sudah saya catatkan seawal 5 September apabila menghidu ada transaksi sedang berlaku.



4. Terkini dalam masa terdekat beberapa lagi ADUN dan pimpinan PKR Sabah akan umum bersama parti Shafie ini dan dijangka PKR akan lumpuh di Sabah. Serentak dengan itu makin kuat kedengaran khabar transaksi jutaan ringgit berlaku. Antara nama yang disebut ialah Datuk Peter Antony seorang peniaga jutawan yang mendapat banyak 'peluang' perniagaan bawah Kementrian yang diterajui Shafie sebagai penyumbang kali ini

5. Shafie dan Peter Antony yang juga dikatakan sebagai Ketua KDM Malaysia harus tampil menjelaskan perkara ini. Adakah benar syarikat Jati Engineering atau nama asalnya Saga Sempurna mendapat projek beberapa projek dengan nilai puluhan juta dibawah KKLW ketika Shafie menjadi Menteri dan adakah benar dakwaan kini beliau menjadi penyumbang operasi mengkhianati sehingga menyeberangnya ADUN - ADUN pembangkang ? Ini penting kerana y,a benar perubahan perlu diasak tetapi adakah perubahan yang dicitakan boleh dicapai dengan cara begini ? Jangan sampai lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.....

6. Kesempatan ini juga saya ingin menegaskan bahawa saya dihubungi oleh beberapa pimpinan kanan PKR untuk berdiam dan menerima pemecatan. Saya diamkan namun keadaan tidak berubah, kartel Azmin menyerang saya dengan fitnah termasuk fitnah seks yang jijik (contohnya oleh AMK PJS), malah terbaru ada yang menghubungi keluarga saya kononya mereka ada bukti kerana mereka memasang penyiasat pensendirian mengekori saya. Itu belum lagi beberapa teman - teman yang rapat dengan saya diugut dengan perbagai cara agar menjauhi saya. Perangai pemimpin seperti ini lebih buruk dan jijik dari pemimpin Umno. Saya cuma boleh katakan saya tahu apa saya lakukan dan jadual seharian saya, jangan cabar saya dedahkan semua kerana ingatlah saya pernah duduk dalam kelambu PKR itu sendiri. Tolong jangan himpit saya ke dinding.

7. Saya sudah menjawab surat pemecatan saya dengan surat terbuka kepada Presiden PKR dan sehingga kini tidak berbalas. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/jawapan-surat-pemecatan-mohon.html untuk baca surat terbuka kepada Kak Wan. Presiden PKR dibawah kawalan dan tekanan kartel Azmin yang boleh memuji tindakan ADUN keluar PKR wajib menjawab surat saya. 48 jam jika tidak mendapat jawapan jangan salahkan saya kerana membuat aduan polis berkenaan tandatangan palsu dan laporan ROS juga. Saya tegaskan saya bercakap soal keadilan terhadap diri saya yang bercakap mendedahkan berkenaan korupsi Azmin yang saya buktikan, adakah ia salah ? klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/jom-fahami-apa-dia-skandalazmin68054.html untuk video #skandalAzmin68054

8. Tidak pelik SPRM bertindak pelahan, kena ingat 1998 ketika BPR sudah ada kertas siasatan lengkap namun Mahathir, melindungi dia dari pendakwaan. Sila klik untuk baca kertas siasatan lengkap BPR http://chegubard.blogspot.my/2016/09/kertas-siasatan-bpr-ke-atas-azmin.html

catatan : che'GuBard, SAMM


nota kaki : Mohon pengesahan antara projek kaitan dengan penama tersebut....

  • KKLW/BALB/133/2011 :Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00
  • KKLW/BALB/173/2011:Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00
  • Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Di Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial, bangunan Canselori (Pentadbiran), Kompleks Sukan Palapes Asrama Pelajar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan, Pusat Kesihatan, Pusat Perkhidmatan Pelajar, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Masjid Dan Perpustakaan Di Universiti Malaysia Sabah pada 15 Ogos 2004 bernilai RM 2,802,562.00 [UMS BEN 11/2002]
  • Cadangan Pusat Pembangunan Latihan Luar Bandar Untuk Universiti Malaysia Sabah pada 04 Julai 2003 bernilai RM 1,484,788.00
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal Sekolah Sains & Teknologi, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Dewan Kuliah Pusat Dan Infrastruktur, Universiti Malaysia Sabah pada 10 November 2004 bernilai RM 9,288,720.00. [UMS BEN 25/2004]
  • Kes Asli Jati Engineering Sdn Bhd tidak pernah pudar, 9 September 2015 Datuk Peter Anthony menghadapi pula kes saman dari rakan perniagaannya Datuk John Ambrose Ketua UMNO Bahagian Penampang menuntut 10% komisyen dari projek bernilai lebih kurang RM70 juta untuk penyelengaraan Mekanikal dan Elektrikal di Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan. Surat-surat kes mereka 16 Jun 2010, 3 Jan 2011 dan 10 Mei 2011 didedahkan di mahkamah. [http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=103035]

1 comment:

  1. Anonymous12:13 AM

    Apa nak jadi si badrul ni?
    Kejap ke hulu. Kejap ke hilir.
    Last2 mampuih kat tengah2 sungai

    ReplyDelete