Tuesday, June 28, 2016

JEMPUTAN DISKUSI DAP KAFIR HARBI KEPADA YANG BERBAHAGIA SAHIBUS SAMAHAH MUFTI PAHANG

Kenyataan Umum
27 Jun 2016
Kenyataan Umum
28 Jun 2016

JEMPUTAN DISKUSI DAP KAFIR HARBI KEPADA YANG BERBAHAGIA SAHIBUS SAMAHAH MUFTI PAHANG
Susulan daripada polemik DAP adalah Kafir Harbi sejak beberapa hari kebelakangan ini ekoran daripada pandangan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Mufti Pahang yang disiarkan di beberapa media, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada hari ini menghantar sepucuk surat jemputan kepada beliau untuk menjadi ahli panel dalam satu program diskusi bertajuk DAP Kafir Harbi seperti berikut :
Selain daripada Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman, SAMM juga akan mengutuskan surat undangan kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dato Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dan wakil daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bersama-sama dalam program diskusi ini.
Program diskusi ini akan diadakan pada 17 Julai 2016, jam 9.00 hingga 11.00 malam bertempat di KLSCAH, Kuala Lumpur.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan ruang kepada semua pihak yang terlibat untuk tampil sepentas bagi membincangkan polemik ini berasaskan kepada semangat keilmuan dan kebebasan memberikan pandangan. Ia juga bertujuan untuk merungkai kekeliruan masyarakat umum berkaitan perkara ini.
Program wacana ilmu ini adalah penting ekoran daripada masyarakat sering menganggap setiap pandangan yang dilontarkan oleh seorang Mufti adalah merupakan satu fatwa. Program ini bukan sahaja dapat merungkai kekeliruan dunia Islam tanahair, malah akan juga turut memberikan kefahaman dan penjelasan yang tuntas kepada masyarakat bukan Islam.
SAMM sememangnya berharap agar semua pihak yang diundang dapat menyatakan persetujuan untuk hadir dalam majlis ilmu ini nanti. Hanya melalui perbincangan dan diskusi ilmiah yang keluar daripada kerangka sentimen dan emosi, polemik ini dapat dijernihkan dan tiada salah faham, persepsi atau prejudis akan terus bersarang dalam diri masyarakat.
Sekian, terima kasih
Zamri Zanal
Penyelaras SAMM Pahang

No comments:

Post a Comment