Monday, June 06, 2016

Isunya bukan denda atau proses mahkamah tetapi penipuan pilihanraya.

Catatan Umum

6 Jun 2016 (1 Ramadhan1437h)

1. Pertama sekali saya dan seluruh keluarga besar SAMM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bagi seluruh umat manusia, Ramadhan ini merupakan rahmat bagi seluruh alam khususnya umat Islam. Moga madrasah Ramadhan ini melatih dan memperkukuh integriti perjuagan kita dalam mempertahankan prinsip baik sebagai asas kehidupan. Kebelakangan ini umat Islam sendiri harus malu kerana kita nampak tertinggal dalam pertahankan prinsip baik contohnya negara - negara yang majoriti penduduk Islam sendiri tertinggal dalam aspek korupsi jika dibanding negara lain. Kerana itu moga madrasah Ramadhan kali ini mampu memperkukuh jiwa kita untuk melihat dan memperkatakan yang baik itu baik dan yang korup itu korup tanpa berselindung. Dalam SAMM kami terapkan dalam kehidupan hanya ada hitam dan putih , ruang kelabu hampir tidak wujud.

2. 31 Mei 2016 beberapa hari sebelum Ramadhan lalu, saya dan teman - teman telah dijatuhkan hukuman bersalah kerana melakukan protes membantah keputusan pilihanraya umum 2013. Ramai akui bahawa pilihanraya 2013 yang lalu merupakan pilihanraya terkotor dalam sejarah. Namun berdasarkan undi porpular Bn hanya mampu memperolehi 46% sokongan pengundi maka kerajaan yang dibentuk ialah kerajaan sokongan minoriti. Bermula dengan 8 Mei ratusan ribu rakyat berkumpul bukan sahaja memenuhi Stadium Kelana Jaya tetapi membanjiri penuh sekawasan sekitarnya. Maka selepas itu diperkenalkan kempen Black0ut 505 menjelajah seluruh negara bagi membangkitkan kesedaran rakyat terhadap penipuan pilihanraya dan menuntut pilihanraya bebas dan adil. SAMM keluar menjadi antara tulang belakang kempen ini ke seluruh negara. Rakyat juga jangan lupa ketika semua tumpuan diberikan tetapi kartel Azmin ketika ini sibuk melobi dan kemudian merajuk kerana jawatan Menteri Besar Selangor. Mereka menyerang Anwar dengan mensabotaj mobilisasi gerakan blackout 505.

3. SAMM bersama teman - teman penggerak muda mengambil inisiatif untuk menghantar memorandum bantahan pada 31 Mei 2013 ke parlimen iaitu ketika hari semua ahli dewan rakyat mengangkat sumpah. Walaupun hanya 300 anak muda hadir tanpa senjata dan penuh disiplin kami dikasari dan ditangkap pada hari tersebut. Ramai yang berdarah dan cedera. Selepas itu 33 orang termasuk saya didakwa di mahkamah kononya kerana merusuh. Selepas sesi pertuduhan hanya 15 termasuk saya diminta membela diri dan 18 yang lain dibebaskan.

4. Hampir 3 tahun proses perbincaraan dengan beberapa kali ditangguhkan kerana diminta oleh pendakwa kerana perbagai alasan. Namun saya sifatkan perbicaraan penuh kepincangan kerana bayangkan pegawai penyiasat (IO) tidak dipanggil pun dalam mahkamah. Malah dalam kes saya jelas pegawai menangkap menipu dalam laporan tangkapan dan saya tegaskan dalam kandang saksi mengenai penipuan tersebut tanpa dicabar oleh pendakwa pun. Ternyata khususnya bagi tuduhan merusuh pendakwa gagal membuktikan.

5. Kes yang tertangguh beberapa kali oleh pendakwa ini akhirnya dipercepatkan kerana Hakim Abdul Rashid Daud hendak dinaikkan pangkat bermula 1 Jun 2016. Maknanya 31 Mei 2016 kes kami merupakan kes terakhir dan tidak pelik ia mahu meninggalkan 'jasa baik' pada pihak atasannya.

6. Bayangkan ada 3 peguam bela menghantar tiap seorang beratus muka surat pembelaan bertulis namun tanpa membaca teliti malah tanpa 'stand down' sebentar pun , dia terus membuat keputusan.

7. Jam hari itu sudah 1.30 petang Hakim menjatuhkan hukuman 5 orang didenda RM2,000 untuk 1 kesalahan dan 10 orang didenda RM6,000 untuk 2 kesalahan. Hakim menyebut sendiri perlu bayar hari ini jika tidak ke penjara. Cuma ada 3jam 30min sebelum tamat waktu pejabat untuk mengumpulkan RM70,000. Sebaik sahaja keputusan dibaca 15 orang kami terus diiring ke lokap mahkamah.

8. Sementara melangkah masuk ke lokap saya sempat menghantar masej iaitu saya akan jadi orang yang terakhir melangkah keluar, bermaksud jika wang tidak cukup perlu didahulukan yang lain sebelum saya. Sempat saya hantar masej kepada beberapa orang kawan memaklumkan jika wang tidak cukup Azif ataupun Zul dua komrad SAMM akan hubungi dan saya gunakan nama saya sebagai cagaran untuk dipinjamkan wang.

Paling saya ingat ialah terpacul dari mulut seorang aktivis yang cukup saya kenal mengatakan 3 komrad SAMM biar mereka cari sendiri, Najib mesti bantu. Begitulah busuknya hati geng pro Mahathir pertahan Mahathir. Mahathir sudah suci tak boleh dikritik. 3 Komrad SAMM kami akan kumpul sendiri wang untuk denda, biarlah saya meminjam pun tidak apa. Saya juga meninggalkan username dan password Maybank2u saya di tangan Zul untuk dikeluarkan semuanya.

9. Akhirnya jam 4.30 petang saya dimaklumkan wang berjaya dikumpulkan. Antaranya ialah RM30,000 dibawa oleh bekas exco Selangor Ronnie Liu, SAMM sendiri berjaya mengumpulkan RM24,000 iaitu RM10,000 wang saya sendiri yang saya kumpul bertahun bagi kegunaan keluarga khususnya anak saya di sekolah khas, RM 3,000 pinjaman dari seorang kenalan yang saya janji akan bayar sebelum raya haji, RM7,000 dari akaun SAMM dan RM4,000 dari kutipan kilat sumbangan komrad SAMM serta individu tidak dikenali yang memasukkan

10. Bagi pihak SAMM mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu. T.Kasih kepada pihak peguam khususnya yang mewakili saya saudara Haijan Omar dan pasukanya. Saya dimaklumkan oleh peguam Haijan Omar dimana beliau telah berbincang dengan peguam YB Gobind Sigh untuk memulakan proses rayuan bagi mengenepikan hukuman ke atas saya.

11. Isu besarnya bukan proses mahkamah atau wang denda tetapi isu besarnya ialah Pilihanraya Bebas dan Adil yang seharusnya diberi tumpuan. Jujurnya bagi saya, kita gagal dalam perkara ini. Penipuan pilihanraya isunya hanya porpular selepas kalah pilihanraya, sampai bila setiap kali kalah alasan pembangkang ialah penipuan pilihanraya tetapi lepas itu senyap dan bila nak masuk bertanding siap berebut tak bunyi pun isu penipuan. Malah lagi pelik apabila kini boleh bersama Mahathir yang ternyata bapa penipuan pilihanraya. Dalam satu sesi soal jawab di UM beberapa bulan lepas Mahathir sendiri menafikan adanya penipuan pilihanraya di Malaysia.


12. Kepada keluarga besar SAMM sempena Ramadhan ini juga che'GuBard ingin rakamkan rasa sayang saya pada semua, terima kasih kerana memilih jalan paling payah dalam perjuangan yang sememangnya susah. SAMM akan terus bergerak sebagai sebuah keluarga besar yang diikat dengan rufaqa cinta, kasih sayang dan air mata. Bagi SAMM didikan kami ialah perjuangan adalah pelaksanaan kata -kata.

'ahlan wasahlan Ya Ramadhan'

che'GuBard, SAMM

1 comment: