Tuesday, June 28, 2016

CIMB Aviva @ Sun Life Malaysia Bhd syarikat insuran tidak bertanggung jawab ?

Kenyataan Umum

28 Jun 2016


CIMB Aviva @ Sun Life Malaysia Bhd syarikat insuran tidak bertanggung jawab ?

1. Beberapa minggu lepas 'viral' di media sosial bermula dari pasukan media sosial yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Mercenaries berkenaan dengan CIMB Aviva @Sun Life Malaysia Bhd yang hanya membayar RM150 kepada bapa yang kematian anaknya. Seorang bapa bernama Shaharuddin Bin Md Zaki telah membayar secara tetapmelalui potongan gaji, RM48.00 sebulan untuk dua anaknya selama 10 tahun dibawah skim "CIMB AVIVA Takaful Child Protection Plan"

2. Dua minggu lepas salah seorang anaknya yang dilindungi polisi tersebut, Shazwani Bt. Shaharuddin telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Cherating, Pahang. Namun apa yang sangat dikesali apabila Shaharuddin menghubungi syarikat insuran memaklumkan kematian anaknya, beliau hanya diberikan RM150.00 sebagai bayaran penamatan polisi arwah anaknya. Paling mengejutkan ialah polisi tidak termasuk kes kematian.

3. Ini bukan soal perundangan, dari aspek perundangan mungkin pihak syarikat insuran betul tetapi dari aspek moral ternyata pihak syarikat memperdaya pelanggan. Shaharuddin seorang pemandu lori yang mungkin tidak berpendidikan tinggi, sayangkan anaknya lalu dengan gaji yang terhad itu beliau tetap melanggan polisi insuran bagi anaknya. Bayangkan dalam kes seperti ini berapa ramai menjadi mangsa dengan polisi yang kebanyakanya bertulisan kecil berbahasa Inggeris lalu ditandatangani begitu sahaja. Paling utama KEGILAAN apa insuran tidak 'cover' kematian ?

4. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak CIMB yang mana syarikat induknya dikepalai oleh Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia mengambil tanggungjawab. Bagi kami pembayaran RM150 kepada keluarga si mati selepas membayar insuran selama 10 tahun merupakan satu penghinaan. CIMB boleh memilih untuk mendiamkan sahaja kes ini kerana ia melibatkan keluarga miskin dan bukan 'taikun' kaya tapi yakinlah kumpulan - kumpulan kecil marhaen sedang bergabung untuk melanggar dan kami akan pastikan pemodal sebesar CIMB jatuh jika tidak mengambil tanggungjawab.

Sekian.


che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

12 comments:

  1. Anonymous12:35 AM

    klau betul memang sial la puak ni
    apa lagi kerja puak jual insuran kalau tidak mengelirukan orang denagn sekim sekim
    kepala bapak punya sekim
    bahas inggeris saja bahasa melayu tak mau pakai
    tak kan melayu pun mau tipu melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6:17 PM

      Bodo. Dpt polisi bace r betul2 exclusion die. Tk faham, bertanye bukan expect sume da setel.

      Delete
  2. Boikot CIMB! boikot mcm maxis

    ReplyDelete
  3. sunlink istismar sama tak dengan cimb aviva ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis..Kita pun ambil yang sama..kalau tipu jugak,saya nak potong la..Baik simpan sendiri..

      Delete
  4. Anonymous12:32 PM

    Sunlife penipu..

    ReplyDelete
  5. Kata dah masuk duit,tapi bila cek dlm bank habukpun xda,sunlife penipu

    ReplyDelete
  6. Aku baru2 ni cuba la nak simpan duit kat cim barua...buka la akaun baru kat cim barua sebanyak rm400...last2 duit rm400 jd rm380 sebab tolak cas card rm20.lps tu ada la hamba allah ni tel dari sunlife cim barua..dipaksanya dengar bebel dia selama 40minit..kata nya 5minit je...3 hari lepas tu tau2 je duit dah diambil dari bank sebanyak rm78.15..ini membuatkan saya sakit hati...ingat bank boleh jaga duit orang..malah boleh ambil kesempatan pula..yg hairannya xda sain kontrak pun..tp kenapa nak ambil duit tanpa hitam putih??

    ReplyDelete
  7. Saya pn dah kena tipu

    ReplyDelete
  8. Time buka akaun cimb tu,dorang takde explain mau potong RM530 utk apa...last2 sun life insurans call sa bgi tau polisi2 yg aQ tak tau ape benda dan potong RM265 setiap bulan..aduii nangis aQ di buatnye...jadi kepada yg blum trkena,berwaspada la dgn kakitangan cimb yg kuat ambil ksempatan ni...menipu jak tau...geram

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:45 PM

    Kenapa tak buat report ke Bank negara

    ReplyDelete