Saturday, March 05, 2016

18 batang pokok di Pulau Pinang kecoh, 120 hektar Hutan Simpan NS musnah senyap

KENYATAAN UMUM
4 Mac 2016

. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) walaubagaimanapun melihat perkembangan ini sebagai positif di mana masyarakat sivil (NGO) dan media begitu aktif menjadi kumpulan pendesak dalam memastikan alam sekitar dan aspek urus tadbir negeri berjalan sebaik mungkin. Malah kehadiran wakil – wakil kerajaan negeri dalam satu protes yang diadakan oleh NGO menunjukkan perkembangan sihat.


2.       Namun berbeza keadaan di Negeri Sembilan ribuan batang pokok sedang ditebang di Hutan Lipur Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan tanpa perhatian media pun.
3.       Penebangan ini katanya untuk laluan kabel bervoltan tinggi (500kv) namun dari pemantauan mata kasar kawasan yang dibersihkan balaknya lebih dari perlu. Manakala Keluasan yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri untuk ditebang ialah seluas 119 hektar dengan royalti hanya RM663,000. Jumlah ini sangat murah dibandingkan harga pasaran dan keuntungan yang diperolehi.
4.       Impak alam sekitar amat besar bukan setakat menjejaskan alam sekitar secara umumnya tetapi sumber air secara khususnya.
5.       Kawasan antara Seremban ke Jelebu seharusnya diperihara kerana ia menjadi sumber penting selain dari sumber air ia juga kawasan pertanian perkebun kecil namun keadaan agak merisaukan kerana selain projek pembalakan ini , sumber air terganggu kerana kegiatan perlombongan pasir dibenarkan dalam bilangan yang agak banyak sehingga semua pasti melihat sungai yang dahulunya jernih kini sudah kotor berselut.
6.       Kerajaan negeri di desak tampil menjelaskan perkembangan ini. SAMM Negeri Sembilan mengadakan Operasi Khas untuk memetakan kontraktor lombong pasir dan syarikat yang mendapat lesen pembalakan. Pesanan kami ialah hasil bumi seperti pasir dan balak NS bukan untuk agihan habuan orang politik.

Sekian ;

AKMAL NORADDZMI ABD RAHIM
Penyelaras SAMM Rembau / Tampin
juga merupakan
Pengerusi Tetap Pemuda Umno Cawangan Sawah Raja
(ahli Umno : 04663308)

Akmal paling kirijuga merupakan Pengerusi Tetap
Umno Cawangan dalam Bahagian Rembau

No comments:

Post a Comment