Tuesday, September 09, 2014

SAMM bertemu Kementerian Kewangan sampai cadangan Belanjawan 2015




Kenyataan Media
5 September 2014

PEMBENTANGAN CADANGAN BELANJAWAN 2015

1.       Pertama sekali terima kasih kepada Kemnterian Kewangan Malaysia khususnya Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan yang sudi memberi ruang kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membentangkan beberapa cadangan untuk Belanjawan 2015 bagi menambah pendapatan negara sambil mengurangkan bebanan rakyat.

2.       Set cadangan ini adalah hasil Bengkel Pengurusan Ekonomi 2012 anjuran SAMM. Cadangan ini telah dibuat dua tahun lepas dan sebelum ini telah juga diajukan kepada beberapa ahli parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat. Namun kemungkinan suara anak muda biasa seperti SAMM ini tidak dilihat penting maka ia seolah tidak diangkat.

3.       Apabila melihat ruang dimana Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengalukan pandangan dan pendapat semua pihak dalam menyediakan draf belanjawan 2015, maka SAMM telah cuba mengajukan beberapa pandangan dan terima kasih apabila hari ini kami diberi ruang oleh YB Datuk Ahmad Maslan sendiri untuk membentangkan pandangan cadangan kami.

4.       Tahniah kepada pihak Kementerian Kewangan kerana ruang dan keberanian memberikan kumpulan rakyat biasa seperti SAMM memainkan peranan dalam memacu sama negara ini.

5.       Jika dilihat dalam aspek perbezaan sudah tentu banyak titik pertembungan antara kami dengan pihak penguasa, namun jika kita boleh sama mengenepikan perbezaan dan mencari kesamaan saling menerima pandangan pasti impaknya positif. Menyedari impak kesan ekonomi global yang kesan langsungnya terus kepada rakyat maka cabarannya kini ialah menambah pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat disinilah SAMM cuba bersama dan sudah tentu desakan mewujudkan urustadbir baik menjadi keutamaan.
6.       Antara cadangan hari ini ialah Pindaan Perintah Levi yang kali terakhir dipinda 1983. Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM300juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.

7.        Ya betul SAMM selama ini dikenali dengan perbagai konotasi negatif tetapi kelompok anak muda dalam SAMM kami juga menyususn anak muda dalam menyatakan pandangan radikal yang praktikal dalam mentadbir negara. Kami melihat pagi ini sebagai satu ruang dan permulaan jambatan untuk semua pihak terlibat dengan tanggungjawab dalam memastikan Malaysia kembali berdaya saing.

8.       Tahun ini sekali lagi SAMM akan mengumpulkan pemikiran anak muda akar umbi dari teman muda mahasiswa sehinggalah teman anak muda dikampung dan bandar dalam membincangkan pandangan dan peranan anak muda berkait dasar fiskal negara, ekonomi dan urustadbir Kerajaan  pasca Belanjawan 2015  supaya garapan pandangan dan idea anak muda dapat diangkat dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.

Sekian ;




che’GuBard
Pengasas SAMM


No comments:

Post a Comment