Saturday, June 07, 2014

Chegu Bard: Lembaga Displin PKR perlu buktikan adil buat keputusan

SHAH ALAM, 6 JUN: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard membuat aduan semula terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina presiden parti itu di TV3, pada tahun 2013.
Aduan semula yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali itu dibuat melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Lembaga Displin parti itu, semalam.
Kali pertama aduan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Azizan Abd Rahman tetapi tiada sebarang tindakan diambil berhubung isu berkenaan, pad Mei 2013.
ChegubardSatu sumber rapat dengan Badrul Hisham berkata, kenyataan Mohamed Azmin kepada media arus perdana itu menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dengan dakwaan mengamalkan nepotisme dalam menguruskan parti.
“Dalam aduan Azizan sudah sebut dengan jelas, Mohamed Azmin adalah anggota Biro Politik dan beliau seharusnya boleh menggunakan saluran biro itu sendiri atau Mesyuarat Perhubungan Negeri (MPN) bukan secara terbuka,” kata sumber terbabit.
Badrul Hisham dalam suratnya semalam turut membangkitkan berita yang semakin tersebar bahawa terdapat cubaan menyogok Pengerusi Aduan Pemilihan (JAP), Abdul Malek Hussain oleh calon Naib Presiden, Dr Xavier Jeyakumar bagi pihak salah seorang calon Timbalan Presiden.
Katanya, perkara itu memerlukan siasatan rapi JAP supaya tindakan susulan boleh diambil.
“Jika siasatan mendapati perkara ini tidak berlaku, PKR perlu menjelaskan perkara ini supaya nama yang terbabit dapat dibersihkan tetapi kalau betul, tindakan keras patut diambil.
Kongres PKR 05“Beberapa minggu lalu, gambar Pengerusi Lembaga Displin, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengangkat sumpah dalam majlis angkat sumpah pasukan Keadilan Raya. Adakah ini bermakna beliau tidak boleh dikenakan tindakan,” kata sumber itu.
Selain itu, dalam Badrul Hisham dalam surat berkenaan turut menuntut tindakan diambil terhadap pihak di dalam Biro Politik yang membocorkan minit mesyuarat biro itu.
“Seorang pemilik akaun facebook digantung keahliannya, tetapi seharusnya pihak yang dikatakan pro Azmin yang membocorkan minit mesyuarat terbabit juga perlu diambil tindakan,” katanya.
Sementara itu, Badrul Hisham ketika ditemui Selangor Kini walaupun enggan mengulas lebih lanjut tetapi tidak menafikan kandungan surat terbabit.
“Ini adalah peluang Lembaga Displin untuk membuktikan bahawa badan itu bebas dan adil dalam membuat keputusan,” katanya.
-NFN-

No comments:

Post a Comment