Tuesday, September 04, 2012

Kenapa PKNS 'payah' untuk bina rumah murah ?


Rupanya ramai yang sengsara dalam diam. 

Harga rumah yang terlampau tinggi ni menyebabkan bayaran bulanan rumah ni tinggi menggila. Bayangkan sebuah keluarga yang pendapatan tak sampai RM6000 sebulan terpaksa bayar duit rumah sahaja hampir RM2k sebulan. 

Apa lagi yg tinggal selepas tu dengan segala-gala yang lain mahal menggila i.e. ayam, ikan, daging, sayur, tadika, beras, gula dsbnya. 

Tulang Besi menelefon kawan Tulang Besi di PKNS untuk bertanya hal ini. Mengikut kawan Tulang Besi ini,PKNS juga menghadapi masaalah untuk membina rumah yang harganya masuk akal. 

Ini kerana tanah2 di Selangor yang hampir dengan bandar telah pun hampir habis di faraid oleh pentadbiran dahulu kepada para kroni. 

Dan tanah2 ini telah pun digadai dan dijual oleh kroni2 ini dengan harga mahal dengan tujuan mendapat untung atas angina yang jumlahnya dalam jutaan ringgit. 

Maka,apabila PKNS hendak membina perumahan rakyat terpaksalah PKNS membeli semula tanah2 tersebut dengan harga yg tersangat mahal. Itu tak termasuk kos2 lain yang semakin hari semakin mahal. 

Kita masih ingat lagi bagaimana Satim Diman (Ketua Pembangkang Selangor -UMNO) didedahkan di Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi kaya raya hanya kerana menjadi orang tengah di dalam menjual tanah milik rakyat Selangor. Dilaporkan, Menteri Besar Selangor berkata: 

Amalan Satim Diman ni bukan asing. Ia menjadi amalan biasa kesemua kepimpinan pentadbiran dahulu. Bayangkan, Satim Diman hanya Ahli Dewan Undangan Negeri biasa sahaja dalam pentadbiran UMNO/BN yang terdahulu. 

Mampu jadi kaya raya dengan menjadi orang tengah dalam penjualan tanah milik rakyat Selangor. Bayangkan juga amalan Satim Diman ini menjadi amalan biasa setiap exco, ketua bahagian, ahli2 majlis dan kepimpinan UMNO seluruh Selangor bermula dari 20 tahun yang lepas. 

Akhirnya, tanah2 di Selangor habis tergadai kepada kroni. Maka, apabila PKNS dan Kerajaan Negeri mahu membina rumah yang berpatutan harganya, hasrat tersebut terhalang. PKNS terpaksa membeli semula tanah-tanah tersebut dengan harga yang begitu tinggi dan kos tersebut terpaksa dipindah kepada pembeli. 

Maka, setiap kali rakyat Selangor membuat pembayaran rumah setiap bulan yang begitu tinggi dan tidak masuk akal itu, wajiblah rakyat Selangor ini berterima kasih kepada pentadbiran yang terdahulu. 

 Hasil usaha mereka menggadai serta memfaraid tanah2 di Selangor menyebabkan kerajaan PR Selangor terhalang di dalam menyediakan rumah-rumah yang berpatutan harganya.

email dari 
Abdul Rahman Abdul Talib

1 comment:

  1. Salam Cikgu Bard,minta bantuan penjelasan mengenai isu ini secara meluas..Kerana saya ada utarakan komen cikgu di timeline seseorang yang mengutuk kerajaan PR diselangor tentang isu perumhan PKNS..KLu tidak keberatan boleh x cikgu bard jelaskan kepada nya dengan lebih teliti kerana dia ada utarakan beberapa bukti dari sumber yang dipoercayai..Masuk link ini..https://www.facebook.com/photo.php?fbid=622655367750362&set=a.193832800632623.56510.100000177147000&type=1&comment_id=117466378&ref=notif&notif_t=photo_reply&theater

    ReplyDelete