Saturday, August 11, 2012

Menjawab kenyataan Ketua Polis Negara mengenai #JanjiBERSIH countdown ulang tahun Merdeka

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia

11 Ogos 2012

RESPON SAMM TERHADAP KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA MENGENAI #JANJIBERSIH MENGIRA DETIK ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengenai 'Himpunan Janji BERSIH' malam sambutan tahun baru.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku salah sebuah NGO yang sama mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka mengira detik ulang tahun kemerdekaan negara dengan 'mood' menuntut 8 tuntutan BERSIH ditunaikan menegaskan bahawa ;

1. Setuju sambutan kemerdekaan jangan dipolitikkan, tetapi sedarkah Ismail bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara dipolitikkan. Setuju sambutan ulang tahun kemerdekaan seharusnya meraikan sejarah kemrdekaan negara agar tidak dilupai oleh ganerasi sekarang dan akan datang. Selama ini sambutan kemerdekaan hanya mengenengahkan 5 - 6 sahaja tokoh kemerdekaan negara iaitu terdiri dari Presiden Umno sahaja. Ya, Tunku Abdul Rahman terlibat dengan ulangtahun kemerdekaan negara tetapi apa kena mengena usaha memerdekakan negara dengan baki Presiden Umno selepas itu ?

2. Sambutan ulang tahun kemerdekaan memang sudah lama ditunggang oleh Umno / Bn demi kepentingan politik mereka tetapi tahun ini terlalu melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus di salin tampal (copy paste) dari tema yang digunakan dalam jelajah Bn iaitu Janji Di Tepati, lagu yang digunakan pula jelas telah digunakan dalam program Bn bagi menghentam seteru politiknya kemudian diubah sedikit sahaja lirik malah ada sumber yang mengatakan ia disadur dari lagu keagamaan dari negara jiran lebih parah lagi dengan kemunculan logo kemerdekaan yang 'buruk' dan kemudian ditarik balik oleh menteri dengan mengatakan kita tidak punya logo rasmi. Jika Ismail menegaskan menolak sentimen politik maka Ismail seharusnya menegur regim penguasa terlebih dahulu.

3.Acara Janji BERSIH tersebut bukan anjuran jawatankuasa Pemandu BERSIH tetapi ialah inisatif 26 pertubuhan bukan kerajaan yang melihat betapa kesempatan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara harus juga dimunculkan desakan mengembalikan hak rakyat untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil.

4. Untuk pengetahuan Ismail, kemerdekaan negara bukan setakat punya garis sempadan negara yang dijaga oleh anggota keselamatan sendiri. Kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan / memilih siapa untuk mentadbir negara. Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak. Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih - lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain.

5. Acara malam tersebut yang dipanggil #JanjiBERSIH bukan acara berasingan atau acara lain, tetapi ia adalah acara mengajak seramai mungkin rakyat sama mengira detik kemerdekaan negara yang ke 55, meraikan dengan penuh semangat cintakan tanah air dengan memunculkan mood BERSIH, mendesak 8 tuntutan ditunaikan dengan berkostum serba kuning.

6. Tidak akan ada sebarang kekecohan sebaliknya program mengira detik kemerdekaan kali ini pasti akan lebih meriah dan ramai serta lebih terarah bukan sekadar bersifat hiburan semata - mata.

7. Jangan juga terpadaya dengan tindakan 'ketakutan diri melampau' paranoid seperti Menteri Dalam Negeri yang pernah mengharamkan BERSIH dan baju kuning itu haram yang kemudian diputuskan oleh Mahkamah bahawa tindakan menteri itu salah. SAMM juga simpati dengan polis yang diperalat ketika itu untuk memburu baju kuning seperti mengesan dadah dan senjata berbahaya.Maka SAMM meminta Ismail untuk tenang dan jangan termakan sangat dengan propaganda parti penguasa regim ini.

8. SAMM mengajak semua rakyat tak kira latar belakang untuk sama meraikan sambutan mengira detik menjelang ulang tahun kemerekaan negara dengan serba kuning.

Ingat ;
#Janji BERSIH
30 Ogos 2012, 10 malam,
dekat Pancuran Air Dataran Merdeka.
 Jumpa di sana !

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia


4 comments:

  1. Anonymous2:48 PM

    Ayuh rakyat Malaysia yang sayangkan negara bersama sama di Dataran Merdeka pada malan 30 Ogos 2012 sambut Merdeka dengan Janji Bersih.
    Assalamualaikum Tuan IGP Ismail apo kono kau tak abis abis kalot ngabih kan boras je ekau ni IGP. Bilo da pencen nanti ekau tau la camno ado hargo ko idak diri bangang ekau tu.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:26 PM

    Kami cintakan keamanan. Negara kami tak perlukan demonstrasi.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:57 PM

    Orang bodoh macam kau ni tak pernah lihat apa kebaikan yang kerajaan dah buat. Tema hari Merdeka pun nak ikut cakap kau , kau siapa? Kau ingat kau boleh popular dengan cara keganasan yang kau nak anjurkan tu!! Jangan cemarkan sambutan hari Kemergekaan Negara dengan sikap rakus kau dengan puak kau.

    ReplyDelete
  4. Saya akan turun untuk menyambut hari kemerdekaan ini. Demi untuk memerdekakan Malaysia kali kedua dari pengsonglap harta negara. http://youtu.be/QO7cVUcyd3k

    ReplyDelete