Friday, August 10, 2012

Gabungan NGO ajak rakyat sertai countdown Merdeka dengan mood BERSIH



Gabungan NGO bersama Pak Samad melancarkan program ‘countdown
’ “Janji Bersih”.— — Foto oleh Amin Iskandar
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Gabungan 26 NGO yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, melancarkan program “Janji Bersih” yang akan dianjurkan pada malam sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.
Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu lagi, semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama menyertai acara tersebut sempena “countdown” Hari Kemerdekaan.
“Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55,” katanya.
Janji Bersih akan bermula pada pukul 10.00 malam disebelah pancutan air Dataran Merdeka dengan bacaan puisi oleh Sasterwan Negara tersebut.
“Untuk merayakan tema 'Janji Bersih' kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk negara — tua dan muda- agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan ditempat masing-masing,” katanya.
Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin, yang juga salah seorang anggota gabungan tersebut, mereka tidak akan memohon permit dariapada polis kerana tidak merasakan itu satu keperluan.
“Ini bukanlah satu demonstrasi tetapi ianya adalah sambutan kemerdekaan,” kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi. “Jadi tidak timbul isu permit.”
Janji Bersih diadakan bertujuan untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan perhimpunan raksasa 28 April lalu.
“Lapan tuntutan Bersih masih belum ditunaikan sebab itu kami mahu ingatkan kerajaan sempena menyambut Merdeka,” kata Badrul Hisham Shaharin, yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
“Tidak mustahil ‘Janji Bersih’ akan dihadiri oleh ramai pihak.”

No comments:

Post a Comment