Wednesday, February 15, 2012

MALAYSIA BERHENTI HANTAR MINYAK KE IRAN KERANA TELUNJUK ZIONIS ?


sia konsisten dengan sikap terhadap Israel-Palestin ?

MalayReuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan. Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?

Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel. Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.

Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.

Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030 – sepenuhnya sila baca di (Israel Funding Corp) klik sini untuk baca lanjut.

Malaysia meyokong sekatan Nuklear oleh Yahudi dan United State terhadap Iran. Sedangkan kalau betul lah Nuklear tu ada, Iran semestinya akan mengunakan Bom tersebut untuk memusnahkan puak penganas Yahudi Israel, dan Malaysia tidak sokong perkara macam tu?

Sekiranya semua ini adalah benar, dan tiada penafian daripada pihak yang berwajib, maka sah lah rakyat Malaysia sekali lagi telah diperbodohkan oleh Kerajaan UMNO/BN selama 54 tahun.

1 comment:

  1. Anonymous11:55 AM

    Alamak ko ni. Kan ke dah tulis kat artikel tu malaysia exporter tak nak export ke iran sebab payment problem. Kalau iye nak jadi pembangkang pon biar le jadi 'Smart' pembangkang. Jangan le semuanya nak bangkang only for the sake nak bangkang. Adoi..lah. Ingat nak letak HARAPAN kt Pakatan utk tadbir, tapi kalau macam ni 2 X 5 aje dengan BN!!!!

    ReplyDelete