Tuesday, February 08, 2011

Gerakan tuduh demonstrasi Solidariti untuk Rakyat Mesir hina tahun baru cina

Mungkin agak terlewat untuk menyatakan pendirian dalam isu ini. Namun bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan salah satu NGO pendiri yang mendukong Himpunan Aman Solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Mesir yang bangkit menentang regim mengecam kenyataan dangkal perkauman sempit yang dilontar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Jika ini pendirian Gerakan maka ia amat memalukan tetapi jika ini pendiran peribadi Keng Liang dia berjaya memalukan Gerakan.

Himpunan aman solidariti terhadap rakyat Mesir berlaku seluruh dunia hampir semuanya aman kecuali dalam negara-negara regim yang bimbang dengan kebangkitan rakyat khususnya negara yang regimnya merupakan sekutu Zinonis, Amerika mahupun Mubaraq secara lansung mahupun tak lansung.

Gerakan yang diwujudkan sejak 1968 oleh antaranya Professor Syed Hussain Alatas ialah sebuah organisasi politik yang menjaja idea progresif dan melihat solidariti dunia dalam perbagai isu sebagai penting. Gerakan wujud sebagai kenderaan politik yang memberi ruang kepada aktivis kesatuan sekerja dan gerakan progresif lain mendapat ruang dalam pentas politik. Gerakan juga merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan ke arah penyatuan bangsa ke arah Bangsa Malaysia. Namun tindakan Keng Liang dilihat memalukan Gerakan dan seolah tidak memahami semangat serta roh organisasi Gerakan itu sendiri.

Jika berdasarkan roh tersebut maka Pemuda Gerakan lah yang seharusnya berada di depan menyusun Himpunan solidariti terhadap rakyat Mesir dalam apa jua bentuk.

Dari sisi lain pula apa yang peserta himpunan hina atau susahkan orang yang menyambut Tahun Baru Cina. Kalau berlaku kekecohan pun hanya terjadi apabila himpunan bersurai dan berjalan ke kereta atau kedai makan. Depan mata saya polis meludah dan memukul serta mencarut terhadap seorang warga emas. Saya sendiri telah menegur polis yang meludah warga tua tersebut sebaliknya teguran saya dibalas dengan semburan serbuk lada/pemedih mata tepat ke mata saya.

Sepatutnya Keng Liang lihat kenaikan harga minyak menjelang Tahun baru Cina lebih menghina dan menyusahkan bukan sahaja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia. Kenaikan harga, rompakan wang rakyat dan rasuah berterusan oleh regim lebih menyusahkan dan menjejas kemeriahan bukan sahaja tahun Baru Cina tetapi Raya Deepavali, Raya Puasa dan raya - raya yang lain. Pengumuman membeli bot yang bernilai RM6b lebih memeritkan rakyat kerana ketika rakyat susah regim terus memeras dan membazir.

Tahu atau tidak Keng Liang, dalam mood Tahun Baru Cina yang rata-rata terpaksa berbelanja berhati - hati tetapi regim tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan membina bot RM6b walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .

Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

Keng Liang yang sudah tu sudah lah..... kenyataan saudara sudah lama dijangka... jangan jadi 'Trojan Horse'

No comments:

Post a Comment