Monday, February 07, 2011

Dato Dr Haron Din di Majlis Makan Malam PAS Rembau

PAS Kawasan Rembau kini berusaha mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam akan diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban dengan penglibatan ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang bakal hadir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau dan Ketua Cabang PKR Rembau Chegubard.

Antara acara yang diadakan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Khas untuk Tokoh Veteran PAS Kawasan Rembau sebagai menghargai jasa-jasa pejuang PAS terdahulu yang telah banyak berjasa sehingga PAS di Negeri Sembilan buat pertama kalinya berjaya menghantar wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sembilan selepas memenangi kerusi DUN Paroi dalam Parlimen Rembau semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 yang lalu.

Menurut Pengarah Program Saudara Sufian Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, harga kupon untuk majlis tersebut ialah RM50 seorang dan tempat yang disediakan terhad kepada 1000 orang peserta sahaja.

Katanya, mereka yang berminat untuk menghadiri majlis, memberikan sumbangan atau membuat pengiklanan dalam buku program diminta menghubungi pihak urusetia majlis iaitu Saudara Sahrizal 017-4680125 atau Ustaz Yusri 013-2116237.

No comments:

Post a Comment