Seperti yang sudah dijangka oleh ramai pihak, akhirnya Calon ketua Angkatan Muda Keadilan iaitu  Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) yang tewas dalam  pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Agung yang ditawarkan parti. Keputusan beliau ini jelas sekali tidak mengejutkan, kerana sebelum ini pun beliau sudah bersedia untuk tidak menerima sebarang jawatan yang ditawarkan oleh parti itu. berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu. Menurut Chegubard beliau menolak jawatan yang diberikan kerana apa juga jawatan yang diberikan dianggap  merupakan amanah besar. Beliau menegaskan dia bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat. Beliau turut menegaskan penolakan yang buat terpaksa buat itu adalah atas prinsip dan pengiktirafan Pemilihan Keadilan   2010  akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan   dan dimaklumkan kepada pihaknya.
"Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung", kata Chegubard.
Sumbangan BolehTetap Di Buat Tanpa JawatanBudaya Pemilihan Kotor Perlulah Diperbetulkan
 [Ramai yang gusar dengan keputusan Chegubard ini sebenarnya. Ini kerana beliau adalah antara tokoh anak muda yang cukup berkarisma dan lantang bersuara dalam menjuarai isu-isu rakyat sejak sekian lama. Ramai yang menganggap keputusannya untuk menolak jawatan itu memang tepat sekali, namun hakikatnya ia jelas mengecewakan pucuk pimpinan parti itu terutamanya Anwar Ibrahim. Bahkan, kengganan Chegubard tidak mahu menerima kenyataan dan mahu pertahankan prinsipnya itu dilihat sebagai satu tekanan buat parti sebenarnya. Apa tidaknya, mana mungkin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mahu melaporkan hasil sebenar segala aduan yang telah disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) seperti yang dibangkitkan oleh Chegubard. Ini kerana terdapat asas dan bukti-bukti kukuh memang ada unsur penyelewengan dan penipuan semasa proses itu berlangsung dulu. Bahkan, jika siasatan ini diteruskan maka kita khuatir akhirnya yang akan mendapat impaknya ialah Ketua Umum PKR itu sendiri. Ia bersandarkan kepada memang banyak laporan mengatakan Anwar yang telah menghubungiu pihak-pihak tertentu diperingkat negeri dan cabang agar memberikan sokongan padu untuk memastikan kemenangan Azmin Ali dalam pemilihan itu. Soalnya, mampukah semua ini didedahkan andai kebenaran itu terbongkar?. Makanya, kemungkinan besar "Chegubard" bakal dihambat keluar dari parti akibat tuduhan menanamkan "virus kebencian" atas nama keadilan kepada parti itu. Apakah beliau juga akan dituduh sebagai "pengkhianat" dan "penderhaka" seperti Si Zaid Ibrahim].

No comments:
Post a Comment