Saturday, June 12, 2010

Anak abang MB Ns merangkap Naib Ketua Pemuda Rembau buat laporan polis

(sila klik gambar untuk imej lebih jelas)
Anak Datuk Azman Hasan iaitu abang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Rembau pada lebih kurang jam 3 petang semalam telah membuat satu laporan polis terhadap che'GuBard.

Kononya kerana menyiarkan artikel menghina Raja - raja Melayu. Klik sini artikel yang dimaksudkan.

Nak tergelak che'GuBard .... kesian Naib Ketua Pemuda Umno Rembau ini... che'GuBard pun tak faham kat mana 'menghina' yang dimaksudkan itu.

Laporan laporan polis ini hanya gimik politik. Mungkin dibuat kerana marah apabila Pusat Aduan Rakyat Rembau (kendailan KEADILAN Rembau) membangkitkan persoalan mengenai penggunaan jentera kerajaan dalam persiapan perkahwinan anak MB yang juga sepupu dia.

Tahukah dia menghina itu kalau che'GuBard panjat pagar istana dan bawa lari anak Sultan seperti yang bekas Menteri Besar Selangor buat terhadap Istana Selangor, atau pun menghina itu boleh diperjelaskan dengan penentangan jelas Umno semasa proses memesong persepsi rakyat semasa mahu meminda perlembagaan.che'GuBard harap anak buah kandung Menteri Besar NS ini mampu berfikir dan jangan bertindak dengan rentak fikiran kuno dan ketinggalan zaman. Ruang politik bagai anak muda harus mendidik massa. Harapnya cakap - cakap Pemuda Umno Rembau yang mengatakan Khairy Jamaluddin meletakkan dia di kerusi no. dua Pemuda Rembau selepas Kj sebagai ketua hanya untuk 'kautim' Menteri Besar Negeri Sembilan tidak benar.

Buat Mohamad Shafrul anak Datuk Azman, salam perkenalan.

Sekarang kita tengok berapa cekap PDRM buat kerja.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm

7 comments:

  1. Anonymous5:39 PM

    pembetulan : che'GuBard bukan ketua angkatan pemuda Keadilan Rembau beliau ialah Ketua Keadilan Cabang Rembau.Nasihat bebudak Umno buat sedikit kajian sebelum buat repot

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:42 PM

    aku dah kata bebudak sengal Kj ni memang dah termakan pancing budak badrul ni... kesian...

    seni politik budak badrul ni memang cantik.. lepas ni dia akan buat sidang media luar balai lepas dipanggil polis untuk ambil kenyataan...

    dia porpular makin jadi ikon anak muda progresif... kau orang terus jadi hamba...

    Umno makin kurang budak mcm ini... yang ada di pusat pemudanya kelab jutawan muda... di bawah pemburu kontrak ....

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:00 AM

    Budak Umno ni singai..... ingat tak kes hi tea ahli parlimen PAS diserang hiongga nak runtuh khemah tgh ahli parlimen PAS berucap di bagan pinang.... ni lah budah yang jadi kepalanya anak datuk azman.... org lain 3 line tapi dia 4 line..

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:14 AM

    memang pentadbiran adik beradik hassan n co... dah le datuk azman dikaitkan dgn byk gangguan terhadap kerajaan spt tuduhan datuk ishak ketua Umno seremban... anak dia juga naib ketua pemuda umno rembau... jahanam!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:52 AM

    budak Umno buta sejarah

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:59 PM

    hahaha.pi jahanam ngan umnongok

    ReplyDelete