Wednesday, June 09, 2010

Mohon penjelesan MB NS isu projek segera sempena Majlis Perkahwinan anaknya

PUSAT ADUAN RAKYAT REMBAU

email : aduanrakyatrembau@gmail.com hotline : 0123696474
….....................................................................................................................

Ruj. Kami :

Tarikh : 9 Jun 2010

Kepada ;

YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohamad Bin Hj. Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
70502 Seremban, Negeri Sembilan.
Email :
mbns@sukns.gov.my
FAX: 06-7631394

YAB ;

ADUAN MENGENAI PENGGUNAAN KAKITANGAN, JENTERA KERAJAAN DALAM PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK YAB MENTERI BESAR.

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pertama sekali tahniah di ucapkan ke atas perkahwinan anak YAB Dato Seri Utama dalam satu upacara gilang gemilang minggu lepas.

Cuma berkenaan perkara tersebut, pihak kami menerima 2 aduan bersangkutan.

  1. Aduan dari seorang kakitangan kerajaan yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana tiba – tiba diarah bertugas untuk beberapa kerja yang beliau maksudkan sebagai terlibat ke arah persiapan majlis tersebut.

  2. Aduan dari orang biasa yang melihat bagaimana beberapa agensi seperti JKR, TNB dan seumpamanya yang beliau maksudkan terlibat dalam majlis tersebut. Ini termasuk beberapa projek seperti penukaran paip, menampal jalan dan membina jambatan yang sebelum ini memang bermasalah tetapi dibuat secara tergesa – gesa kerana persiapan majlis tersebut.

Setelah diteliti aduan tersebut, dikenalpasti termasuk lampiran dokumen dan gambar di dapati aduan yang diajukan tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Soalan yang harus dijawab :

  1. Adakah benar agensi seperti JKR, TNB dan seumpamanya dilibatkan ? Jika benar siapa yang membayar 'upah' pekerja yang terlibat termasuk kerja luar dan lebih masa ? Siapa yang membayar perbelanjaan jentera / kenderaan yang terlibat termasuk dari segi belanja bahan api ? Berapakah jumlah keseluruhanya ?

  2. Adakah selaku Menteri Besar boleh melakukan pengarahan sedemikian ? Adakah selaku rakyat biasa yang juga pembayar cukai boleh menikmati layanan yang sama dalam mengadakan majlis perkahwinan ?

  3. Projek yang dibuat seperti menampal jalan, membuat jambatan, menukar paip dan seumpamanya, adakah ia dibuat berdasarkan keperluan atau kehendak majlis yang YAB adakan ? Tahukah YAB bahawa banyak kawasan lagi dalam negeri ini mengalami masalah yang lebih memerlukan peruntukan seperti itu ?

Sehubungan dengan itu kami tidak mahu ia menjadi fitnah. Namun untuk mengenepikan aduan ini secara terus juga tidak boleh kerana ia melibatkan kepentingan dan wang rakyat terbanyak lebih – lebih lagi YAB sebelum ini pernah dibabibkan dengan tuduhan terlibat dalam 'penyeludupan wang RM10 juta ke luar negara' dan gagal memberikan penjelasan konkrit. Ketelusan dalam pentadbiran bukan sahaja perlu dilakukan tetapi perlu dilihat dilakukan. Jesteru itu dalam negara demokrasi rakyat berhak menuntut penjelasan.

Kami mahu penjelasan YAB mengenai perkara ini demi menjaga kepentingan rakyat.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar ;

NORAZIZI AZIZ

Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Rembau

merangkap Setiausaha Keadilan Remb au

No comments:

Post a Comment