Tuesday, May 11, 2010

Pilihanraya kini bermaksud kuasa kapitalis regim melawan kuasa rakyat tertindas

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah berlalu, banyak ulasan diberikan tetapi amat sedikit yang melihat bagaimana pilihanraya kini makin menyerlahkan imej perlawanan kuasa kapitalis (pemodal) besar pro regim melawan rakyat tertindas.

Di Bandar Sg. Buaya contohnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) secara terang terangan membuka bilik gerakan menyokong calon Bn dan menaja barangan kempen Bn. Di Kawasan Gugusan Felda pula Syarikat Air Selangor (Syabas) secara terang - terangan menaja konvoi - konvoi motorsikal anak muda menyokong Bn.

Ini berlaku kerana kapitalis -kapitalis besar ini makin terasa ketakutan jika Bn hilang kuasa mereka tidak akan mendapat ruang yang seselesa kini dalam bab memunggah kekayaan negara dengan memeras rakyat. Pemegang saham PLUS sudah tentu berdepan dengan penstrukturan semula harga tol yang pasti akan diturunkan dan perjanjian akan disemak semula, itupun kalau PLUS tidak terkubur terus jika Bn kalah. Tan Sri Rozali tentu panik berdepan dengan kemungkinan Bn hilang kuasa. Tauke syabas ini yang berpendapatan RM 5.1 juta setahun tentu takut hilang sumber wangnya. Jika Bn terus berkuasa Tan Sri Rozali tentu terus selesa mencekik wang rakyat. Malah jika Bn berjaya rampas Selangor semula pasti tarif air berjaya dinaikkan seperti yang didesak Syabas konon kerana untung tak cukup.

Di Sibu, khabarnya Najib dah jumpa kelompok taikun kaya raya yang dikenali sebagai Wong Tuck Koon (WTK), KTS (pemilik Oriental Daily) dan Evergreen (pemilik Nan Yang). Apakah isyarat ini juga menunjukkan bahawa Bn sudah memberikan jaminan selamat atau signal ugutan kepada kumpulan pemodal yang sedia ada yang sedang mencekik rakyat dengan megarahkan sokong Bn sepenuh hati atau jika Bn hilang kuasa, maka pemodal juga akan hilang ruang bermaharajalela.

Di sibu bukan satu rahsia tauke balak dan taikun serta 'taiko' kaya disebalik penaja kempen Bn.

Maka bangkitlah rakyat tertindas........ perlawanan kelas makin jelas!!!

petikan artikel lama untuk dibaca juga
pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi seperti berikut:

Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500 sebulan, ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen setiap bulan;

3. Kalau dibanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau dibanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

chegubard berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji atau pendapatan Pengerusi atau Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

No comments:

Post a Comment