Friday, March 26, 2010

Bn akhirnya terpaksa berdepan pilihanraya kecil juga

Bn hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin. Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis. Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (gambar) meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

Bn akan hantar calon Umno

Berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno. Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain. Pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca (parti perkauman Cina) lah yang paling layak bertanding.

Meletakan calon bagi Bn amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno Bn. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya. Nak hantar calon Melayu sudah tentu Bn akan lebih jauh dari orang bukan Melayu dan protes parti dalam Bn pasti lebih kuat kerana Umno akan dikatakan merampas kerusi komponen lain.

Begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit. Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud.

Siapa calon Bn paling layak ? Jawapanya ialah Ezam Mohamad Nor tokoh sabungan Umno untuk berdepan dengan Anwar. Ini mungkin peluang terbaik Umno untuk menyaksikan bahawa jutaan ringgit yang kerajaan bazirkan untuk memburukkan Anwar termasuk memberi upah kepada Ezam Mohamad Nor ada hasilnya.

2 comments:

  1. kalau ezam diletak bertanding dalam pilihanraya kecil ni,jawapanya bertambah cepatlah umno ditalkinkan,tentu chegubard dah sediakan peluru untuk berdepan dengan bekas bos AMK tu...aku teringin nak tengok ezam berdepan dengan chegubard dalam pilihanraya kecil nie,itu pun kalau ezam terpilihlah untuk bertanding atas tiket umnobn...kalau tak sampai matilah ezam jadi askar upahan yang sedia memikul tong tahi....

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:52 PM

    wa setuju sangat dengan pandangan amiruddin tu. Pencacai tetap pencacai. pastu, kalau letak calon mic aku nak tahu komen perkasa? pak katak kata apa nanti?

    ReplyDelete