Thursday, November 12, 2009

penyokong Kelantan buat PAS yang salah ?

Pagi ini masih di Bandung. Sebelum bermula kuliah, membaca beberapa email lama yang belum sempat dibaca.

Ada teman yang mengirim email dengan menghantar petikan beberapa laman Umno yang komen mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kononya salahkan PAS kerana penyokong Kelantan merusuh dan puji Umno kerana penyokong Negeri Sembilan disiplin malah NS telah menang.

Tahu tak kita pengurusan bolasepak Kelantan diterajui oleh Datuk Anuar Musa (orang Umno). Inilah sikap hipokrit kalau menang akan kata orang Umno bagus urus bola tapi kalau kalah salahkan kerajaan negeri.... ?

Sikap keterbukaan kerajaan PAS Negeri Kelantan harus dipuji kerana berjaya mengadaptasi konsep keadilan. Anuar Musa sememangnya antara yang baik untuk mengurus KAFA maka beliau didokong dalam menguruskan KAFA. Bayangkan kalau PBNS di ketuai oleh orang PAKATAN tentu sekali tidak mungkin. Bukan orang PAKATAN tetapi jika ia orang Umno bukan dari kem yang menguasai negeri juga sudah akan menyebabkan keadaan kelam kabut.

Tuduhan penyokong Kelantan bawa bendera PAS tidak boleh disangkal....tetapi ada juga penyokong NS bawa bendera Umno malah ditemui juga penyokong NS yang turut bawa bendera PAS dan KEADILAN.

Hakikat tahap disiplin penyokong yang mengecewakan tidak boleh disangkal, sesuatu harus dilakukan sama ada dalam aspek penguatkuasaan undang - undang atau kempen berterusan. PAS tidak memerintah England tetapi penyokong England tetap dikenali dengan sikap fanatik dan merusuh...maka ia bukan salah PAS.

Apa pun tahniah pasukan Negeri Sembilan....

Cuma nak komen sedikit malam tersebut polis bersikap cukup berlainan, hanya melihat kerusi dibakar dan mercun dibaling. Jika polis bertindak cepat menahan 2-3 orang yang memulakan provokasi tentu yang lain akan mula berfikir dua kali. Namun sehingga keluar stadium ada penyokong NS dipukul tetapi polis gagal bertindak dan seolah tidak cukup anggota...... ini berbeda dengan aksi polis mengawal protes rakyat sebelum ini.

No comments:

Post a Comment