Thursday, March 12, 2009

Polis Pahang batal permit ceramah

Minggu lepas selepas merasmikan cawangan keADILan Perkampungan Orang Asal Kampung Pasu cheGuBard seharusnya meneruskan agenda Ceramah Umum di Kampung Gong Halt. Di mana di dalam bahagian Kuala Krau. Namun keceriaan disambut orang asal di Kampung Pasu sedikit terganggu selepas itu apabila diberitahu Ceramah Umum malam itu di tarik permit. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh perkara itu dibawah arahan Polis Pahang. Namun ceramah tetap diteruskan bersama dengan Hj. Abbas (bekas Pengarah Pendidikan Selangor) yang kini merupakan antara pimpinan keADILan di Pahang, namun terpaksa diadakan di dalam rumah. Ikutkan hati memang nak terus ceramah di luar rumah di pentas yang anak - anak buah Hj Suhaimi sudah sediakan namun menghormati penganjur akur untuk ceramah di dalam rumah.

Malam itu janji cheGuBard kepada orang Pahang ialah ada rahsia Najib yang akan didedahkan namun oleh kerana kali ini ceramah dalam rumah maka akan tunggu 13 Mac akan dedahkan melalui satu undangan ceramah di Pekan, Pahang.

Malangnya hari ini dimaklumkan permit ceramah cheGuBard di Pekan juga ditarik balik. Ini sudah melampau !! Najib ketakutan berselindung di balik kuasa polis.

Namun menurut Setiausaha keADILan Pahang program terus akan diadakan di dalam bangunan tertutup (tetapi masih ceramah terbuka) di Jalan Berserah, Kuantan.

Ceramah Umum dedah Najib terlibat pembunuhan Altantuya !
13 Mac 2009, 9.00 malam, Jalan Berserah, Kuantan
pertanyaan sila hubungi 0199878808 (zaidi).

Jumpa di sana.

Jadual hari sabtu dan ahad pula seperti di bawah ;

14 Mac 2009

8.00 mlm - Ceramah Perdana di Taman Pasir putih, Pasir Gudang.

15 Mac 2009

9.30pagi - Diskusi Politik di Pejabat PKR Bahagian Tebrau

2.00 ptg - Lawatan ke Kampung Baru Plentong Tenggah

3.00 ptg - Lawatan ke Kg. Dagang (Rumah Transit Penduduk Kg. Baru Plentong Tengah)

04.00 ptg - Lawatan ke Felda Cahaya Baru, Masai

8.00 mlm - Ceramah Perdana di Taman Anggerik, Tenggara.

sebarang pertanyaan mengenai program di Johor sms ; 0177358397 (Nazri)

16 Mac 2009

5.00 petang - Pendedahan Media Masalah (tanah di tipu kerajaan Negeri) Penduduk Felda Sendayan di Ibupejabat Keadilan

9.00 malam - Ceramah Perdana bersama Hj Md Sabu di Tmn. Tunku Jaafar, Senawang

17 Mac 2009

8.00 malam - Forum Ekonomi ; Pasca Mini Buget anjuran PSM Negeri Sembilan (pertanyaan Azizi 0176688404)

10.00 malam - Ceramah Umum bersama YB Hj Abd Wahid Endut di Markas PAS Tampin

No comments:

Post a Comment