Wednesday, March 11, 2009

Kembalikan pengurusan air kepada rakyat

Hari ini sekumpulan 100 orang yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pengguna air Selangor telah menghantar memorandum menyokong usaha pengambil alihan pengurusan air oleh Kerajaan Negeri Selangor. Penyerahan memo tersebut diketuai oleh Syed Shahir, Presiden MTUC.

Air di Selangor dan Wilayah diuruskan pembekalanya oleh Syabas yang dimiliki oleh Puncak Niaga. Puncak Niaga meletakan harga yang tidak munasabah untuk dibayar oleh kerajaan kerana kononya syarikat menanggung kerugian. Puncak Niaga yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang merupakan bekas bendahari Umno Hulu Selangor merupakan orang kuat, Tan Sri Mohamad Taib. Tan Sri Rozali merupakan penyumbang terbesar kepada Umno Selangor.

Apakah benar syarikat rugi ? cuba kita lihat fakta yang diedahkan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

Perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi saperti berikut:

Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500-00 sebulan, , ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen tiap bulan;

3. Kalau disbanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000-00 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau disbanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50-00 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

Nampaknya seseorang sedang menikmati secara 'melampau' nikmat dari setiap titik air kurniaan tuhan untuk memeras rakyat.

1 comment:

  1. Anonymous7:35 PM

    Ini belum masuk Syarikat-syarikat persendirian yang beliau monopoli.Syarikat paip,syarikat meter air/bahan kimia,syarikat Kontraktor pasang paip dsb,syarikat Land Scaping dan berpuluh-puluh syarikat yang ada hubungkait dengan air.

    ReplyDelete