Friday, August 29, 2008

Rayuan Jejak Fakir 2008

Salam….

Ramadhan datang sekali lagi. Syawal juga bakal menjelma. Dalam kesibukan persiapan kita untuk berdepan dengan bulan Istimewa ini dengan mood tawaduk dan kemenangan yang bakal diraikan amat diharapkan kita tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik.

Program jejak Fakir Negeri Sembilan yang berrmula dari tahun 2005 telah sedikit sebanyak membawa sinar gembira dan mampu mengukir sedikit senyum pada ratusan keluarga fakir di seluruh Negeri Sembilan menjelang perayaan. Tahun ini dengan keinsafan masih banyak yang memerlukan bantuan, keADILan sekali lagi berusaha mengumpulkan bantuan untuk disampaikan kepada ratusan keluarga fakir yang sedia tersenarai.
Kebanyakan keluarga yang disenaraikan ini ialah keluarga yang tercicir dalam senarai penerima bantuan dari pihak sepatutnya.

Bagi pihak mereka kami merayu bantuan
· Wang tunai
· Pakaian Hari Raya (terpakai atau baru)
· Barangan makanan seperti tepung, gula, susu,beras, minyak dan sebagainya.

Kami menyampaikan bantuan juga kepada yang bukan Islam agar semangat perayaan ini dapat dikongsi bersama jester itu jika ‘sumbangan’ saudara merupakan zakat atau fitrah sila maklumkan untuk kami asingkan dan agihkan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Penyumbang boleh menghubungi Azizi 012-3696474 atau cheGuBard sendiri 0176688404 untuk menguruskan penghantaran bantuan.

Sekian dan terima kasih.
sila baca beberapa posting mengenai jejak fakir terdahulu

5 comments:

  1. salam cikgu. dari semalam akak kol untuk dapatkan alamat untuk kirim bantuan ni. harap cikgu copek2 update blog ni dan masuk an alamat tu yo.
    salam buek Azizi sobab dio terkojut donga orang Johor leh speaking negori. apo nak heran sobab moyang akak orang Senanti ... keturunan Rajo Said yang lari ke Johor.
    semangat na nak kirim bantuan ni. jangan lupo sms akak alamat untuk akak kirim pakaian terpakai sempena bulan poso ni.

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:36 AM

    Kita suka dengan blog ni. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak!

    ReplyDelete
  3. bukan aku nak kata pulak, tapi korang dah terlebih sesat dari memperjuangkan orang melayu..atas dasar apa malaysia baru jika bersekongkol dengan DAP

    ReplyDelete
  4. salam bro
    saya pun berminat untuk kirim bantuan pakaian

    cuma saya berada di KL, boleh tolong bagi alamat rakan di KL yang boleh menerima bantuan ?

    TQ

    ReplyDelete
  5. akak nk rujuk kata Amir-myview
    "bukan aku nak kata pulak, tapi korang dah terlebih sesat dari memperjuangkan orang melayu..atas dasar apa malaysia baru jika bersekongkol dengan DAP"

    entri ni bab sedekah sempena ramadan. apa sal dikaitkan dengan kata2 tu? kalau nak sedekah, sedekah je la. jgn la bulan ni jadi bulan cari gaduh lak.

    apa pun cikgu...tolong kasi alamat tu cepat. dah berapa hari ni akak tunggu. tadi akak kol azizi, tp x gak diberi alamat tu. tolong la letak alamat di sini untuk akak n rakan2 kirim bantuan yang difikirkan mampu kami beri ya...

    salam ramadan

    ReplyDelete