Tuesday, April 08, 2008

PRU 12 telah berlalu..operasi balas dendam bermula !!!

PRU 12 telah berlalu, semenjak semua maklum mengenai keputusan di P131 Rembau 'dia' seperti senyap dan beku. Banyak cerita yang sampai ke telinga antaranya dia baru tersedar majoriti pimpinan BN melihat sinis kepadanya kerana dia antara punca pencapaian buruk BN kali ini. Malah di NS pun takakan gugur sampai 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen jika bukan dia bertanding di NS.

Ingatkan dia sudah berubah ternyata tidak. Berdasarkan makluman teman dalam Pemuda Umno dia sudah mula bergerak melobi malah merancang jika dia tidak pergi ke jawatan no. 1 pemuda, seharusnya jawatan itu ditandingi proksi dia.

Menurut satu makluman Azlan Zainal, presiden penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), memberitahu seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya di kampus universiti itu minggu lalu. Pegawai polis yang memperkenalkan diri dari IPK Negeri Sembilan menghabiskan masa dua jam lebih menyoal siasat Azlan kerana penglibatanya dalam PRU ke 12 di Rembau.

Malah seorang teman mahasiswa Meor Isfandi Meor Azizan telah digantung pengajian dan seorang teman dari UIA akan dipanggil mengadap jawatankuasa Disiplin.

Saya juga telah dihubungi oleh anggota polis berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap saya sepanjang pilihanraya. Nampaknya operasi balas dendam telah bermula. Dia telah luka parah hampir lumpuh dikerjakan jentera rakyat. Kini dia hendak balas dendam.

cheGuBard secara peribadi tidak akan berganjak dan akan bertanggungjawab dengan semua kenyataan sepanjang kempen. Malah akan terus mengulangi kenyataan tersebut, 27 April ini pula sedang dirancang untuk melancarkan sebuah buku yang diberi tajuk Khabar Dari Rembau yang hampir siap. Buku ini akan merakamkan segala pendedahan yang dibuat semasa PRU 12 di Rembau.

Jika dia tidak berpuas hati jangan perkuda jentera kerajaan .... ayuh berdebat di pentas terbuka cabaran cheGubard masih belum berani disahut.

Mengulas kenyataan Abdullah mengenai Umno kalah kerana disabotaj dari dalam. Ya cheGuBard sokong dan setuju kenyataan itu.... saya bersedia mendedahkan .... saya bertanding di P131 Rembau... memang betul Umno disabotaj dari dalam dan kerana itu DUN Paroi kalah dan P131 juga kalah jika tidak melibatkan penipuan.

cheGuBard tahu sapa orang - orangnya...

6 comments:

  1. Anonymous3:30 PM

    Sebagai satu golongan yg sedang bangkit bersama negara, orang-orang muda yang bersemengat kental akan keluar bersama-sama, beramai-ramai, berduyun-duyun, bertali-tali, berekor-ekor ...

    Demi satu hari, hari yang dulunya gelap, hari yang dulunya suram, hari yang dulu kabur, hari yang dulu sedih, hari yang dulunya pedih, hari yang dulu sakit, hari yang dulunya perit ...

    semoga cahaya yang sedang kelihatan dari balik-balik awan itu akan bisa menembusinya dan menyinari kegelapan

    semoga tarikh itu bukan lagi menjadi tarikh gelap, tapi tarikh itu menjadi tarikh yang penuh sinar ...

    si dia yang dinanti, jutaan manusia yang dihina,jutaan manusia yang dikeji, jutaan manusia yang terpinggir, jutaan manusia yang melarat, jutaan manusia yang haus pembangunan, jutaan manusia yang dahaga keamanan, jutaan manusia yang tiada kebahagian, jutaan manusia yang hidupnya tanpa kenangan ...

    heh ...
    berdirilah dikau dengan teguh,
    dengan janjimu, dengan ikrarmu, dengan kata saktimu, dengan khabarmu, dengan senandongmu ...

    Amin

    Angkatan Muda Keadilan
    Bahagian Batu

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:39 PM

    ini ada satu kisah benar yg aku nak kongsi...disebabkan aku tgok blog mamat nih bukan min ramai yg masuk ( atau yg berkali2 masuk ) .. so aku letak la citer nih kat cni... kisah nih benar dan sedang berlaku sekarang dan masih berlaku.. mlm nih pun mungkin jugak berlaku... yang terakhir berlaku 2 mlm lepas.. mesti ramai yg tak percaya nih... kisah die mcm nih... 2 mlm lepas di flat no 42 seksyen 7 shah alam ada ckit kekecohan la... tetiba jek kul 3 pagi kalau tak salah ada sorg pompuan nih menjerit sekuat-kuatnya... org gi kat dpan umah die tgok die dah terjelepok pengsan dpan pintu umah... agak lama gak la nak buat die sedar balik... bile dah sedar tuh org2 tanya la knape? die cerita sedang die tgok tv cerita himpunan raja lawak nabil kat stro prima die ada dgar orang ketuk pintu umah dia... berkali2 jgak... die pun tanye la dari dalam.... "siapa tuh"
    jawab dari luar...'orang sebelah'.. n then die pun bangun la untuk bukan pintu... bukak2 jek tergamam die melihat orang yg ada di depan pintu umah die tuh mmg 'org sebelah'... orang yg hanya ada sebelah jek anggota badan... semua ada sebelah... xde apa yg boleh dibuatnya lagi hanya menjerit sekuatnya... cerita nih mmg betul... sekarang tgh hangat di kawasan seksyen 7 shah alam.. puncanya dipercayai dari pencerobohan kubur oleh pihak yg mengamalkan ilmu hitam di kawasan berhampiran... tolong pastikan jika di malam hari pintu umah diketuk jgn ler terus bukak... sbb hantu nih masih bebas belum berjaya lagik ditangkap kerana kebanyakan yg terkena tuh berada dalam keadaan leka... tolong pesan kepada kawan2 di kawasan seksyen 7 shah alam...

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:12 PM

    A Married Man will lock his door.

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:55 AM

    Rakyat Malaysia yg bijak boleh menilai yg mane benar dan yg mn salah...Insyalah lambat laun kebenaran pasti terserlah...Umno dan be end memang tidak boleh dirawat lagi...mereka telah kronik disebabkan perlakuaan mereka sendiri...bukan shj rakyat Malaysia telah menolak bee end malah seluruh ahli mereka juga goyang...LAWAN TETAP LAWAN!!!BERANI KERANA BENAR!!!HIDUP RAKYAT!!!REFORMASI!!!MAKHAL SAKTHI!!!TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:37 PM

    Cikgu Bard mendapat sokongan dan pujian oleh majoriti rakyat Malaysia kerana berjaya mengalahkan budak tu, hinggakan tepaksa menggunakan tipu muslihat. Dikhabarkan waktu orientation untuk MP , semua orang pulaukan budak tu hingga penggambar dapat take photo budak tu bersenyum kambing dek Tian Chua

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:01 PM

    TAKBIR, TAKBIR, TAKBIR!INSYAALLAH YANG GELAP AKAN DITERANGKAN.

    ReplyDelete