Hello Kalimullah !
Jentik - jentik : Cubaan Terkini PKR - PH
1. Kalimullah diminta jangan baling batu sembunyi tangan. Kita tidak mahu orang luar campur dalam urusan PKR. Pada pemilihan parti yang akan datang, kita mahu Dato Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Umum dan YAB Datin Seri Wan Azizah pula kekal sebagai Presiden PKR.
2. Kami tiada halangan jikalau Kalimullah mahu berperanan sebagai 'business agent' dan 'media hitman' untuk orang lain seperti Lim Guan Eng atau nak tunjuk hebat dengan yang lain. Tetapi Kalimullah perlu tahu bahawa ramai dalam PKR tidak bodoh sangat malah ada mula menghidu Kalimullah yang dikatakan ada agenda untuk bentuk “political alliance” diantara Lim Guan Eng, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin.
3. Apakah Kalimullah tidak yakin yang Tun Mahathir tidak bertahan lama sebagai Perdana Menteri. Apakah Kalimullah takut jikalau Anwar Ibrahim ambil alih dari Tun Mahathir pada tahun 2020. Kita tahu bertapa rapatnya hubungan Kalimullah dengan Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin.
4. Anwar harus diberi kepercayaan untuk memimpin parti dan negara pada masa hadapan selaras dengan janji Tun Mahathir yang akan menyerahkan jawatan PM kepada Datuk Seri Anwar.
Nota tapak kaki : tulis (ringkasan saja dulu) sebelum lelap mata esok Kita sambung panjang lebat Di blog cheGuBard.blogspot.com
Kali ni orang kuat Khairy dan penyokong Pak Lah. Kali tak suka pada Dr M. Maaf, Khairy dan Kali sudah tiada tempat dalam politik PH.
ReplyDelete