15 Mac 2018
Catatan santai
Solidariti Anak Muda Malaysia ialah sebuah gerakan tanpa organisasi yang saya dan beberapa teman asaskan sejak 2004 lagi. Selama 14 tahun ini banyak kisah suka dan duka saya bersama gerakan ini. Pernah saya ungkap dengan jujur iaitu sepanjang perjuangan reformasi yang tercetus awal 'melenium' ini sayalah paling beruntung. Allah mungkin tidak buka ruang pangkat, harta atau pun takhta kepada saya namun Allah beri saya anugerah tak ternilai iaitu keluarga besar SAMM. Saya didik diri ini, hampir semua langkah saya ialah keputusan secara musyawarah dalam SAMM dengan keyakinan susah senang bersama. Malah bukan sedikit pula adik beradik SAMM menghadapi saat sukar kerana terpalit dengan nama SAMM khususnya ia sukar buat yang aktif dalam parti khususnya PKR.
17 dan 18 Mac ini akan diadakan rapat kebangsaan SAMM. Rapat ini penting kerana ia akan membincangkan pendirian dan peranan SAMM dalam PRU ke 14 dengan mengambil kira perkembangan terkini.
Adakah SAMM akan mengambil sikap u turn dalam pendirian terhadap diktator tua Mahathir Mohammad dan pendiran tegas berdepan dengan segala bentuk koruptor ? Adakah SAMM juga tenggelam dengan 'istilah kompomi demi Putrajaya' ?
Semua ini terpulang kepada semua komrad penyelaras SAMM yang akan datang dari seluruh negara.
Rapat yang terakhir sebelum ini SAMM sewajarnya selepas penamaan calon mengumumkan lebih kurang 10 calon ahli politik malapetaka wajib kalah dan akan menggerakan jentera SAMM di kawasan mereka bertanding bagi mengalahkan mereka. Untuk makluman semua survey yang melibatkan 50,000 respondan muda dari perbagai latar belakang telahpun diperolehi dan sedang diproses. Nampaknya senarai ahli politik petaka ini merentasi semua parti ada Bn dan Ph juga parti lain termasuk di Borneo. Harapnya penggerak SAMM punya keberanian mempertahankan prinsip bagi melaksanakan kempen ini.
Seperti yang saya sebut berjuang itu sedia payah, namun berjuang dengan berpegang pada prinsip anda pasti memilih jalan paling susuh di landasan yang sedia payah. Namun selaku anak muda yang punya cita besar mencipta sejarah bangsa kita seharusnya bersedia. Perjuangan bukan sekadar kata - kata ia perlu dilaksana. Negara ini diperingkat desakan reformasi yang bukan sahaja gagal dari aspek gerakan rakyatnya tetapi semakin celaru dan keliru. Ini zaman Edan sebenar. Sama ada berpegang prinsip atau hanyut dalam arus porpulis yang sementara.
Ini rapat SAMM saya di meja depan, namun yakinlah SAMM ini keluarga saya maka air dicincang tak akan putus saya akan terus bersama mengikut acuan dan aturan yang baru. Moga prinsip, keberanian dan seksinya gerakan ini diteruskan.
Saya akan mendepani PRU 14 sebagai jentera rakyat, apa yang diputuskan dalam rapat SAMM kita dokong bersama. Namun selepas PRU 14 saya akan putuskan sendiri sama ada bergerak dalam gerakan baru atau sertaiyang sedia ada atau bergerak sendiri tetapi asasnya prinsip perjuangan akan terus didakap rapat ke hati.
Saya telah lakukan semampu saya bergerak dalam disiplin SAMM. Sambutlah dan terus kibarkan panji kita.
Saya mahu perubahan. Saya mahu hidup dalam negara yang bersih drp korupsi dan kleptokrasi selepas pru14 biarpun terpaksa menggadaikan prinsip asal saya. Tiada apa yang pelik untuk berubah jika untuk kebaikan daripada terus terperosok dibelenggu musibah.
ReplyDeleteSamm perlukan pemimpin lebih berkualiti & berwibawa utk membawa perubahan kpd kehidupan rakyat. Elok sangat kalau saudara bad mengundur diri kalu tak mampu lagi memenuhi harapan rakyat. Balik kampung bela itik dan buka gerai itik panggang masak lemak cili padi.
ReplyDelete