Friday, March 30, 2018

persempadanan baru masih banyak kelemahan dan dimanipulasi penguasa

3 Mac 2018

Setelah meneliti persempadanan baru PRU maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat masih ada kelemahan dan terkandung manipulasi kerana ia mengandungi dua kelemahan yang amat ketara: ia membentuk persempadanan tidak sekata (malapportionment), iaitu manipulasi bilangan pengundi di mana undi seorang pengundi di satu kawasan lebih bernilai (sehingga 3-4 kali ganda) dari undi seorang pengundi di kawasan yang lain; atau mengakibatkan penentuan sempadan pilihan raya (gerrymandering), iaitu manipulasi kawasan pilihan raya untuk manfaat politik satu ataupun kedua-dua parti. Jadual Tiga Belas Perlembagaan Malaysia melarang sama sekali persempadanan tidak sekata dan manipulasi sempadan kawasan pilihan raya, menjadikan proses persempadanan semula yang berlaku sekarang melanggar Perlembagaan. Di samping itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melanggar undang-undang dengan, secara tidak sah, merangka semula sempadan kawasan pilihan raya sebelum mulanya proses persempadanan semula dan pembahagian daerah mengundi. 

Namun ini terus membuktikan bahawa Najib Razak masih merupakan anak murid terbaik Mahathir Mohamad. Tidak ada yang peliknya kerana ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri salah satu cara mengukuh kuasa ialah memanipulasi persempadanan Pilihanraya pada tahun 1984, 1994 dan 2003. Paling jelas persempadanan PRU pada tahun 1994 dibuat bagi memecahkan kekuatan pembangkang yang hasilnya PRU 1995 Barisan Nasional menang besar. Pilihanraya 1999 menyaksikan protes Melayu tinggi, Umno hanya menang tipis di banyak kerusi. Maka kawasan PRU disusun semula melalui persempadanan 2013 dengan menyaksikan kuasa politik Melayu berdasarkan kawasan pilihanraya mengecil. Di mana kawasan majoriti Melayu merosot, kawasan bukan Melayu dan campuran bertambah. Ini kerana PRU 1999 menyaksikan majoriti pengundi Melayu menolak Umno Bn (baca ; Mahathir). Demi kuasa Mahathir sanggup melacurkan kuasa politik Melayu pun. Namun selepas persempadanan semula 2013 kajian dibuat memutuskan jika Mahathir masih mengepalai Bn maka Bn kemungkinan akan kalah maka Mahathir terpaksa berundur dan memberi laluan Abdullah untuk menang besar.

Persempadanan kali ini juga tidak lari dari faktor tersebut iaitu ada unsur manipulasi, cuma bila pembangkang mengenengahkan Mahathir untuk melawan praktis yang dilakukan selama ini ia sedikit melucukan dan memualkan. Pembangkang (PH) hilang nilai tarikan untuk rakyat bila mahu meraih simpati bila bercakap soal ketidak adilan SPR bukan hanya sebab Mahathir namun bayangkan bila Pengerusi (kepala Penipu) SPR yang ketika memegang jawatan penuh skandal dan kontroversi penipuan termasuk berkenaan dakwat hitam kini telah menjadi Naib Presiden parti Bunga Raya. Ketika Rashid bekas Pengerusi SPR ini dilantik sebagai Naib Presiden dalam PH ramai berharap ada pendedahan besar mengenai penipuan PRU yang dibuat dibawahnya namun sehingga kini ia kekal bisu dan seolah penipuan bawahnya itu halal dan bila SPR baru nak menipu baru berdosa. Sikap munafik ini memualkan. Kali ini Najib tidak mampu menipu sehebat Mahathir memanipulasi persempadanan PRU kerana tidak punya 2/3 suara dalam parlimen maka hanya garis sempadan dan nama kawasan berubah bukan seperti bawah Mahathir siap menambah bilangan kerusi bagi menjamin kemenanganya.

Parlimen meluluskan undang - undang ini sudah pun dijangka. Dengan rekod 129 bersetuju dan 80 menentang. Jumlah ini beerti ada ahli parlimen tidak mengundi kenapa ? Ada ahli parlimen pembangkang juga tidak mengundi, kenapa ? Tidak hadir atau berkecuali ? Adakah Muhiyuddin yang turut berhimpun di luar parlimen ponteng dan tidak mengundi ? Kalau pemalas hadir dewan untuk menjalankan tanggungjawab maka jadi saja aktivis biasa dan demo lah hari - hari.

Sistem Pilihanraya dalam Malaysia sememangnya terdapat banyak ruang kelemahan untuk dimanipulasi penguasa. SAMM sejak tahun lepas sudahpun mengeluarkan Jalur Tuntutan Negara Perubahan iaitu garus besar WAJIB ke arah negara perubahan. sila klik http://anakmudamalaysia.com/jalur-tuntutan-negara-perubahan/ di mana setakat ini hampir tiada parti yang mampu menyatakan janji mengenai membuat perubahan sebenar negara secara tuntas dan jelas.

Juga tidak kurang lucunya bila semua bercakap soal PRU yang tidak adil dan seumpamanya. Namun dalam masa sama beriya - iya cuba menyakinkan bahawa pembangkang akan menang besar dengan perbagai data yang dimanipulasi. Tanpa berselindung dikalangan pembangkang juga kini sedang berebut kerusi sesama sendiri sama ada antara parti atau dalam parti itu sendiri. Kalau kamu kata ia padang tidak adil kenapa tak gunakan masa dan tenaga mobilisasi , dengan sumber dana yang mahu digunakan masa PRU gerakkan rakyat lawan sekali terus. Namun bila buka gelanggang sanggup kianat kawan pun sebab gila nak bertanding tapi lepas kalah akan kata SPR menipu dan mula meraih simpati dan seumpamanya. Yakinlah selepas PRU nanti lihat sahaja bagaimana yang muda akan dikerah turun ke jalan raya dan yang pemimpin kanan tua selesa di atas sana. Inilah skrip yang akan berulang tak tahu berapa PRU lagi.

catatan umum che'GuBard.

3 comments:

  1. Anonymous11:02 PM

    Aku undi BN. Pergi mampooos dgn parti pembangkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:36 AM

      Aku undi PH pergi mampooos dgn BN

      Delete
  2. Anonymous11:51 PM

    Balik2 mahadir jugak yg salah..hhmm..hebat chegu bard..salute..

    ReplyDelete