Monday, February 05, 2018

Kenyataan Media : Rayuan AG kes Black Out 505, ugutan saman oleh ADUN Selangor & #undiRosak

KENYATAAN MEDIA
30 Januari 2018

PEJABAT PEGUAM NEGARA FAILKAN RAYUAN BERKENAAN PERTUDUHAN KE ATAS SAYA

Minggu lepas saya telah dapat surat makluman Pejabat Peguam Negara buat rayuan ke atas keputusan rayuan kes Penganjuran Blackout 505 di Padang Timur, PJ selepas PRU ke 13.
12 Disember lepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen PJ pada 14 Oktober 2017 yang membebaskan che'GuBard dalam pertuduhan menganjurkan Blackout 505 yang dihadiri hampir 50,000 org pada Mei 2013 lalu.
Dalam kes yang panjang ini dua kali saya dilepas tanpa bebas dan tiga kali didakwa semua. Peringkat awal kes peguam dari PKR hadir membela namun hilang ditengah jalan kerana saya mendedahkan korupsi kaitan Azmin. Amat lucu parti yang melaungkan keadilan bertindak berdasarkan sentimen politik demi pertahan kartel Azmin.

Mujur YB Gobind Singh Deo bersama Sdr.Haijan hadir membela secara "proBono"  dan kali ini saya amat hargai kesediaan YB Gobind dan Sdr. Haijan untuk terus membantu mewakili saya
Mahkamah Malaysia banyak kes tertangguh dan bagi saya kesungguhan Pejabat Peguam negara dalam hal ini hanya dipandu dengan sentimen dan arahan politik semata.

UGUTAN SAMAN OLEH ADUN SELANGOR

Merujuk kepada kenyataan YB Mat Suhaimi Shafie dan kenyataan kenyataan YB Xavier Jayakumar  yang disiarkan perbagai media antaranya di https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/381121/chegu-bard-diberi-amaran juga https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/380595/adun-pkr-nafi-ada-rasuah-lombong-pasir-haram yang menyatakan ugutan untuk saman saya berikutan pendedahan dalam laporan SPRM saya mengenai sindiket pasir di Selangor.

Di sini saya tegaskan kepada dua individu tersebut jangan ugut sahaja tetapi saya mencabar mereka jika anak jantan sila saman saya. Saya nyatakan saya pertahankan setiap perkataan yang saya tulis dalam kenyataan pendedahan saya sbelum membuat laporan SPRM pada 25 Januari lepas seperti yang saya siarkan di https://chegubard.blogspot.my/2018/01/laporan-sprm-mengenai-pecah-amanah.html  termasuk perenggan yang menyebut nama Xavier dan Suhaimi.

Pendedahan yang dilakukan ini merupakan hanya sebahagian kecil dari skandal korupsi perihal pasir dibawah payung Kartel Azmin Ali.


KARTEL AZMIN PANIK MEMPERGUNAKAN POLIS , GERAKKAN CYBERTROOPER UPAHAN SERANG MEDIA SOSIAL SAYA DAN KERAH KETUA CABANG PKR FITNAH SAYA

Saya telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir bagi rakaman percakapan kerana ada beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak Pakatan Harapan berkenaan satu posting facebook saya mendedahkan akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan perbagai harta lain milik Azmin dan isteri. Tindakan ini hanya tindakan bacul. Selaku ahli politik penjawat awam beliau seharusnya berani tanpil membuat penjelasan awam atau saman saya jika ia fitnah bukan berselindung dan menggunakan perbagai cara untuk menekan saya.

Tidak cukup dengan itu posting saya di fB yang menaikkan dokumen berkenaan akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan perbagai harta Azmin & isteri serta butiran pendedahan sindiket pasir Selangor telah diserang oleh ratusan laporan serentak kepada pengendali Facebook sehingga posting posting tersebut dipadamkan dan akaun saya digantung sehingga saya menulis email kepada pengendali Facebook merayu akaun saya diaktifkan semula.

Bukan itu sahaja melalui Group Whats App yang diwujudkan bagi menghubungkan Ketua Ketua Cabang PKR seorang pendokong kartel Azmin yang dikenali,  Fauzi yang juga Ketua Cabang PKR Sungai Besar melalui nombor 017 - 3030346 telah menyebarkan gambar saya yang sedia diedit untuk tujuan fitnah kononya duduk rapat bersandar dengan seorang wanita.
Nampaknya kartel Azmin makin terdesak dan panik sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

#undiRosak

Merujuk laporan berita yang melaporkan komen Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR mengenai kempen #undiRosak yang dalam laporan berita itu menyebut nama saya seolah sayalah penggerak kempen #undiRosak.  Laporan boleh diakses di https://www.nst.com.my/news/politics/2018/01/329362/wan-azizah-tells-undirosak-movement-accept-dr-m-pm-candidate dan turut ada dalam versi cetaknya.

Nampaknya semua pihak sedang panik mendepani kempen #undirosak ini. Hampir semua pemimpin politik memberi komen sama ada dari Bn atau Ph. Ia turut mengheret pimpinan kanan SPR juga turut berkomentar.

Saya tegaskan sama ada saya secara peribadi atau Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara rasmi tidak terlibat sama sekali dengan kempen #undiRosak. Mohon Azizah atau sesiapa sahaja yang memetik nama saya atau SAMM itu sendiri menyemak jika mana – mana kenyataan saya atau SAMM yang menyokong #undiRosak.

Pendirian rasmi SAMM menolak Mahathir itu sangat jelas namun setakat ini kami hanya memerhati secara rapat kempen #undiRosak secara dekat. Tidak dinafikan ada penggerak SAMM terlibat namun ia penglibatan mereka secara peribadi dan SAMM masih belum membuat keputusan.
Cuma setakat ini saya sangat kecewa dengan semua ahli politik yang menyerang kempen #undiRosak dengan perbagai serangan peribadi dan sangat tidak menghormati ruang demokrasi. Malah dalam keghairahan menyerang itu mereka menyerlahkan betapa paniknya mereka malah wajah sebenar mereka juga terserlah. Bila laungkan ‘suara rakyat suara keramat’ memang sedap namun bila rakyat bersuara maka dilabel bermacam label negatif.

Mahathir baru sahaja mengatakan kempen #undiRosak ini dibuat oleh orang Umno namun selepas itu sahaja Wan Azizah pula menyatakan kempen #undiRosak ini didalangi oleh oleh mereka yang benci Mahathir dan meminta kelompok ini jangan rosakkan undi demi menjadikan Mahathir Perdana Menteri dengan memenangkan Pakatan Harapan. Jadi bakal PM dan TPM ‘sementara’ ini sendiri bercanggah dalam kenyataan semudah ini.

Kenyataan beberapa pemimpin menghina kononya kelompok yang mempersetujui kempen #undiRosak ini sekitar 1% sahaja dari pengundi Malaysia dan tidak perlu didengar. Baiklah, jika 1% sahaja kenapa perlu diserang setiap hari ? Cara pemimpin politik ini mendepani kelompok yang muncul dengan kempen #undiRosak ini menunjukkan betapa Mahathirisma menguasai pemikiran masing masing. Suara minoriti tidak penting,pinggirkan saja dan tekan minoriti supaya mengikut sahaja majoriti. Satu lagi pemikiran Mahathirisma ialah siapa sahaja bertentangan pandangan maka labelkan sahaja mereka pihak musuh.

Memahami betapa paniknya sesetengah pemimpin politik mendepani kempen #undiRosak ialah kerana ini kali pertama dalam sejarah siasah Malaysia dimana satu kempen tanpa ada organisasi bergerak dan berkembang secara organik dengan sangat cepat. Tanpa pimpinan mereka berkongsi sentimen yang sama iaitu bila rakyat disajikan dengan pilihan pepsi dan coca cola maka rakyat memilih menolak semuanya.


che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment