Monday, February 05, 2018

Jenayah Korupsi paling kecil libat Ketua Cabang PKR Sungai Besar & Sabak Bernam

Catatan Umum

5 Febuari 2018


Jenayah Korupsi paling kecil libat Ketua Cabang PKR Sungai Besar &  Sabak Bernam

1. Sebaik sahaja che'GuBard mendedahkan dan membuat laporan mengenai sindiket pasir di Selangor ( klik https://chegubard.blogspot.my/2018/01/laporan-sprm-mengenai-pecah-amanah.html ), Kartel Azmin telah melancarkan fitnah dengan menggerakkan ketua - ketua Cabang pro Kartel Azmin untuk menyerang che'Gubard dengan fitnah. Tidak mampu menjawab maka mengalihkan isu dengan fitnah ialah strategi terbaik biasanya buat pasukan koruptor. Melalui Mohd Faizi Ahmad, Ketua Cabang PKR Sungai Besar dalam group whats app 'Sahabat Ketua Cabang' iaitu group paling besar yang menghubungkan ketua ketua cabang PKR seluruh negara telah mengarahkan ketua - ketua cabang PKR untuk menyerang che'GuBard dengan fitnah.

Watak Fauzi yang sama juga tanpa selindung ketika Azmin menyerang Amanah dengan menyebut Parti Amanah tidak amanah dan penipu maka dia turut mengarahkan budak - budaknya menyerang dan menghina Amanah Selangor klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2249011451791028 .

2. Sejak beberapa hari lepas saya telah dihubungi beberapa orang yang saya sendiri tidak kenali secara berasingan menyerahkan kepada saya 3 fail korupsi libat terus Fauzi dan beberapa rakaman serta gambar dia asyik berhibur malah turut melibatkan beberapa ahli politik PKR yang juga Ketua Cabang dalam Selangor. Begitulah hebatnya orang politik munafik. Dalam perihal gambar dan rakaman dia berhibur saya tidak mahu terlibat langsung kerana bagi saya politik selak kain ini politik murahan yang langsung tidak mendidik. Saya hanya memberikan fokus perihal korupsi yang dia terlibat.

3. Hari ini saya dedahkan satu dari fail - fail berkenaan korupsi yang mana menyebut jelas nama Fauzi (Ketua Cabang Sungai Besar) dan seorang lagi bernama Abu Talib (Ketua Cabang Sabak Bernam) . Fail pertama ini sengaja dipilih yang nilai paling kecil sekali.

Kejadian korupsi ini berlaku ketika Fauzi dan Talib merupakan ahli Majlis Daerah Sabak Bernam. Sangat jelas terbukti Fauzi berada dalam Mesyuarat Majlis yang telah meluluskan syarikat Ligat Bina Enterprise yang mempunya kepentingan dia untuk mengendalikan Ekspo Raya dan Bazaar Ramadhan MDSB 2016. Dia juga membayar RM10,000 kepada Abu Talib Bujang (Ahli Majlis - Bahagian Perlesenan) sebagai habuan untuk membantu meluluskan.






4. Bukti slip bank in dan perbualan whats app seperti di bawah. Gambar pesanan whats app ini dikatakan diperolehi dari handphone yang pernah digunakan oleh Fauzi sendiri. Sangat yakin melalui sumber sama juga banyak kegiatan korupsi lain dan perkara perkara lain termasuk gambar dan rakaman turut diperolehi. Keuntungan yang diperolehi syarikat hasil kelulusan yang korup ini menjangkau jumlah ratusan ribu. Sekali lagi ditegaskan ini jumlah paling kecil. Bayangkan untuk projek kecil ini pun Ketua Cabang sanggup berkompromi dan melakukan korupsi dan ketika menjadi ahli Majlis berapa banyak projek peruntukan dengan nilai jutaan lalu dan memerlukan kelulusan manusia - manusia seperti ini.

5. Kepada kartel Azmin Ali saya ingatkan jangan berlagak suci menjawab isu korupsi dengan mengalihkan isu dengan menfitnah. Saya tegas isu menyelak kain saya tidak akan mainkan namun isu korupsi kepentingan rakyat ialah perjuangan saya tidak kira anda parti mana. Kepada Presiden PKR dan pimpinan PKR serta Pakatakan Harapan lihatlah betapa kartel Azmin Ali menjadikan Selangor sebagai negeri #smartKorupsi. Maka sangat lucu apabila kamu mengatakan kamu akan mengawal Mahathir bapa Koruptor negara apabila menjadi Perdana Menteri nanti kerana Azmin baru menjadi Menteri Besar kamu semua bisu tidak bersuara. Saya sangat yakin dengan pendedahan ini serangan fitnah terhadap saya akan dipertingkatkan.

Kartel Azmin Ali mungkin sangat yakin tidak akan terusik oleh undang - undang kerana bos mereka sudah kawtim dengan AG. Pertemuan di London sudah jadi 'rahsia umum'. Anak saudaraAzmin yang SPRM sudah siapkan kertas siasatan pun masih tidak didakwa kerana apabila fail sampai ke meja AG ia disimpan begitu sahaja. Namun rakyat akan sedar melihat ketamakan kamu akan menghumban kamu, insyaAllah.


Fauzi terima kasih atas serangan fitnah anda yang telah membuka satu lagi pendedahan korupsi. Kamu antara watak kartel Azmin yang merosakkan rumah perjuangan. Ketika pejuang Reformasi bekerja dan bekorban menjatuhkan Khir Toyo , kamu masih bersama Khir Toyo berlagak sombong. Selepas Khir Toyo jatuh kamu putus rezeki kamu masuk PKR. Inilah majoriti watak yang bersama Kartel Azmin kini. Rumah perjuangan PKR semakin kotor kerana watak - watak buangan Umno seperti ini.


catatan oleh che'GuBard, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

3 comments:

  1. Anonymous11:18 PM

    Jgn viral berita palsu la cikgu bard. Haram tu

    ReplyDelete
  2. Saya siap sebut nama dan butiran jika palsu cabar yg saya sebut ... saman !

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:30 PM

    ahli ahli politik munafik ada dimana mana, tak kira yang bersongkok tinggi, yang berkopiah lebai.

    rakyat perlu menilai akhlak setiap individu/politikus dan jangan taksub kpd lambang parti!

    ReplyDelete