Tuesday, August 08, 2017

Isu Mahathir 'Kutty' dedah hipokritnya sesetengah pemimpin PH

Kenyataan Umum

8 Ogos 2017

petikan booklet 'sudahlahMahathir'

1. Kira - kira 30 Julai 2017 lalu, Zahid Hamidi ketika berucap dalam Majlis Penutup Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya telah mendedahkan nama asal Mahathir iaitu Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Kononya pendedahan beliau ekoran maklumat yang beliau perolehi dari Ketua Pengarah JPN. Selepas itu tiba - tiba pemimpin PH gegak gempita membela Mahathir dengan mengatakan ia fitnah dan bersifat perkauman.


2. Pertama pendedahan yang kononya sensasi ini hanya menunjukkan Zahid Hamidi ketandusan isu. Sebenarnya tidak perlu sehingga menyeret nama Ketua Pengarah JPN dalam pendedahan ini kerana ia hanya maklumat lapuk yang sejak 1988 lagi identiti keturunan Mahathir sudah pun di dedahkan kepada umum oleh pemimpin Semangat 46 khususnya bekas pemimpin Umno. 1998 selepas pemecatan Anwar sekali lagi identiti ini menjadi isu termasuk didedahkan salinan kad pengenalan biru Mahathir. Jelas ia bukan benda baru pun, namun tindakan Zahid menyeret nama Ketua Pengarah JPN hanya mengundang pelanggaran etika dan undang - undang kerana menjadi kesalahan khususnya apabila Ketua Pengarah JPN terlibat dalam kegagalan melindungi maklumat peribadi.


3. Keduanya, sangat melucukan apabila bersungguh pula beberapa pemimpin pembangkang menjadi tukang jawab Mahathir dalam isu ini. Ini menunjukkan betapa munafik (hipokritnya) pemimpin pemimpin tersebut kerana ada antara mereka sendiri dalam ucapan politik mereka sebelum ini menggunakan istilah Mahathir Kutty dan seumpamanya selama ini.

4. Malah saya perlu ingatkan Suresh ketika sebelum menjadi ahli parlimen payung terjun di Padang Serai pada 2 Febuari 2013 pernah meminta kelayakan kerakyatan Mahathir disiasat kerana keturunan Mahathir.

Dia ketika itu merupakan pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa taraf kerakyatan Dr Mahathir disiasat kerana menurut dakwaannya keturunan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu berasal dari India.

“Nama penuh Mahathir adalah Mahathir Mohd Iskandar Kutty. Perkataan Kutty bermaksud ayahnya seorang India Muslim,” kata R Suresh dipetik dari laporan portal Free Malaysia Today bertarikh 2 Februari 2013.

Carian di laman sosial Facebook dan blog turut mendapati isu ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ telah lama dibangkitkan penyokong pembangkang malah aktivis Hishamuddin Rais juga dalam tulisan pernah menggunakan nama berkenaan untuk merujuk kepada Dr Mahathir.

“Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memadamkan ‘Anak Lelaki’ untuk kelentong orang Melayu. Sangkaran Pillai menukar naka (nama?) menjadi Chandra Muzaffar untuk tipu Melayu. Justeru manusia akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan diri,” tulis Hishamuddin Rais menerusi artikel bertajuk “Cui bono, siapa untung?” yang disiarkan lidah rasmi PKR, keadilandaily.com pada 15 Mac 2013.

Malah jika dikumpul petikan video isu keturunan Mahathir ini sememangnya menjadi mainan bibir pemimpin bembangkang sebelum ini.



Jadi sebenarnya tidak apa yang pelik dan sensasi dengan isu keturunan Mahathir yang sememangnya dimainkan sebelum ini cuma malangnya kali ini tembakan peluru kapur Zahid Hamidi telah membuktikan betapa sesetengah pemimpin pembangkang sangat hipokrit (munafik).


Mahathir yang merupakan diktator zalim, perompak dan lanun yang sangat rakus telah disucikan sebersih bersihnya hanya kerana dia berada bersama pembangkang. Malah siapa yang berani bercakap benar mengenai Mahathir akan dianggap musuh kepada mereka.

Nampaknya berdasarkan perkara ini tidak mustahil satu hari nanti, Najib Razak juga akan dianggap suci selepas berhenti menjadi Perdana Menteri dan siapa ketika itu bercakap soal 1MDB atau apa sahaja akan menjadi musuh yang jahat.


Juga ada yang melucukan apabila pengendali kempen bebas Anwar juga terperangkap menggunakan isu perkauman dalam memberikan respon perkara ini. Hanya tersenyum menanti ada pula yang akan menyelongkar salasilah Anwar... benarkah dia 100% melayu ?



catatan oleh ;


che'GuBard SAMM

No comments:

Post a Comment