Friday, June 02, 2017

Mahathir bakal PM ke 7 ?

Kenyataan Umum

2 Jun 2017

1. Kenyataan Mahathir melalui laman Facebooknya bahawa dia mempertimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri semula sememangnya tidak mengejutkan kerana dari awal lagi saya dan teman – teman sudah menjangkakan dan itulah yang kami beritahu bahawa Mahathir mahu mengambil alih kuasa bagi memastikan Mukhriz anaknya menjadi Perdana menteri bagi memelihara harta kekayaan kroni dan proksinya. Cuma peliknya kelihatan rakan – rakan pembangkang seperti dibutakan fakta ini kerana keghairahan kononya untuk merampas Putrajaya.

2. Kenyataan Mahathir itu sebenarnya semakin mengoyahkan Pakatan Harapan. Majoriti pimpinan dan jentera Pakatan Harapan sebenarnya masih yakin Anwar Ibrahim jauh lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 daripada Mahathir yang terpalit dengan perbagai kes korupsi dan penyelewengan sehingga kekayaan keluarga, kroni dan proksinya yang tidak terhitung. Kenyataan Mahathir ingin menjadi Perdana menteri juga satu yang lucu dan menggambarkan nafsu buasnya kerana Parti Keadilan Rakyat milik Anwar Ibrahim mempunyai jauh lebih banyak bilangan kerusi dari parti Bunga Raya yang hanya ada satu kerusi parlimen sahaja.

3. Malah selaku Presiden PKR dan pengalaman serta rekod  integriti Datuk Seri Dr. Wan Azizah selama ini Wan Azizah lebih layak memegang jawatan selaku Menteri Kewangan dalam kabinet bayangan tawaran Pakatan Harapan.

4. Kita tidak ketandusan pemimpin yang punya rekod perjuangan untuk kita ketengahkan. Saya juga difahamkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Tuan Haji Mohammad Sabu antara yang dinamakan dalam kabinet bayangan selaku Menteri Pendidikan.

5. Mahathir belum tentu menang bertanding sudah berangan menjadi Perdana Menteri semula. Mahathir perlu istihar mahu bertanding di kawasan mana ? Dengan rekod korup dan jenayah pentadbiran yang tidak terjawab Mahathir akan kalah walaupun bertanding semula di Kubang Pasu pun.

6. Pengumuman Mahathir akan menjadi Perdana Menteri semula akan mengimbau zaman dictator zalimnya khususnya era pemecatan Anwar dimana segala aparat kerajaan dan ruang undang – undang digunakan untuk menindas. Jika dia menjadi Perdana menteri semula dia akan lebih ganas memastikan anaknya menggantikan dia sesegera mungkin. Mahathir ialah manusia tamak dan zalim yang akan memanipulasi semua keadaan bagi keuntungan diri dan kini tumpuanya ialah memastikan anaknya menjadi Perdana Menteri bagi memastikan keselamatan legasi serta kekayaan keluarga , proksi dan kroninya terpelihara.

Kepada semua khususnya mereka yang pernah tampil berjuang sejak 1998, satu persoalan penting……ADAKAH KITA BERJUANG KELUAR MULUT HARIMAU UNTUK LARI KE MULUT BUAYA ?

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

juga merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Bekas Ketua PKR Cabang Rembau

No comments:

Post a Comment