Thursday, April 13, 2017

Adam yang dikatakan proksi Zuraidah dan kartel Azmin akan dibawa ke mahkamah esok ?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.
Sumber SPRM memberitahu The Star, Adam, 28 digari dan disoal siasat untuk beberapa jam di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, Khamis.
"Dia dilihat digari ketika berada di lobi SPRM pada kira-kira pukul 4.10 petang," menurut sumber.

Adam yang dikatakan proksi kepada Zuraidah dan rapat dengan kartel Azmin mula menjadi perhatian apabila rumah' Disneyland' nya di Ampang mula didedahkan dan kemudian koleksi rumah mewah dan kenderaan mewahnya mula didedahkan. 

Dia yang secara sombong sebelum ini menyatakan semua kemewahanya adalah hasil kebijaksaan dia berniaga dikatakan akan didakwa esok (14 April 2017) bersangkutan Anti-Money Laundering Act (AMLA) kerana gagal atau menipu dalam pengisytiharaan sumber kememawahannya.

Namun semua diminta jangan keliru ketika serangan dan pembongkaran terhadap korupsi Kartel Azmin seseorang perlu dicari untuk dijadikan korban. SPRM seperti yang saya pernah katakan tidak akan mengusik kartel Azmin tetapi ketika serangan memuncak SPRM juga harus menunjukkan mereka buat kerja dan bukan alat politik. Maka Adam yang juga merupakan Naib Ketua AMK Selangor dan pernag mengaku selaku penaung Gabungan Kelab Penyokong Bolasepak Selangor merupakan entiti kartel paling lemah maka dia terpilih menjadi korban tersebut. Pendakwaan Adam dibawah 'AMLA' dilihat cara selamat dalam 'menggulai' kambing hitam kerana jika sabit akta rasuah maka ia akan melibatkan pemberi, sumber dan ramai pihak yang pasti akan mendedahkan jaringan kartel.

Jika SPRM benar - benar buat kerja kenapa tiada siasatan dalam kes peranan proksi Azmin dalam kes pertukaran status tanah Paya Indah, kes melibatkan peningkatan berbilion RM dalam rundingan SPLASH - Kerajaan Selangor yang jelas punya bukti dan keraguan munasabah.

Sama seperti SPRM membersihkan korupsi balak Kelantan terkait pemimpin Pas, Korupsi melibatkan Shafie Apdhal dan semua pemimpin yang punya rundingan pintu belakang dengan Najib Razak.

jemput juga baca klik http://chegubard.blogspot.my/2017/02/surat-terbuka-buat-sprm-dan-yb-rafizi.html

4 comments:

  1. Anonymous8:52 PM

    Blum dakwa.. Jumaat SPRM mohon perintah reman iaitu tahanan lebih 24 jam untuk siasatan lanjut. Kene dakwa itu fitnah.. fitnah itu berdosa.. jangan suka fitnah ramai terkena tempias.

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:40 AM

    Rundingan belakang tahi kerbau.

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:50 PM

    Jgn lupa serang najib dan umno sama. Baru adil. Serang siapa sj yg menyeleweng termasuk lebai

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:27 PM

    Cikgu bat tak ada kerja lain yang lebih berfaedah ke??

    ReplyDelete