Thursday, March 23, 2017

AZMIN ANTARA BEBAN TERBESAR PAKATAN PEMBANGKANG PRU 14

Catatan Umum

23 Mac 2017

AZMIN ANTARA BEBAN TERBESAR PAKATAN PEMBANGKANG PRU 14

1. Sekitar 28 Febuari 2016, Datuk Seri Jamal Md. Yunos selaku Ketua Umno Besar telah membuat satu sidang media mendedahkan mengenai bagaimana Kerajaan Negeri Selangor melantik Kamsani Nasir seorang individu yang berdasarkan carian Insolvensi Malaysia merupakan seorang yang diistiharkan muflis menjadi Pengerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). YAWAS merupakan sebuah entiti yang mengendalikan wang kebajikan untuk anak Selangor berjumlah ratusan juta ringgit.

2. Seperti biasa sebaik sahaja serangan Jamal itu dilakukan, macai Azmin terus menjawab dengan mengalihkan isu mengatakan Nasir sudah muflis sejak Menteri Besar sebelum ini iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Ini jelas satu pengalihan isu semata mata. Fakta sebenarnya ialah Nasir Kamsani merupakan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebelum dia dilantik menjadi Pengurus Besar YAWAS pada 1 September 2016.

3. Jelas Azmin Ali  panik kerana 4 Mac (klik sini) dia telah menjawab di media dengan menyatakan dia (akui) dan tahu mengenai Pengurus Besar YAWAS seorang yang muflis sejak dua bulan lalu dan siasatan telah dilakukan jauh lebih awal dari pendedahan Jamal. Jelas kenyataan ini bukan sekadar menunjukkan Azmin panik malah menunjukkan kebodohan di


a. Nak siasat seorang itu muflis atau tidak tidak perlu dua bulan hanya beberapa minit dengan membuat carian di pengkalan data Insolvensi Malaysia dengan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan sahaja. Kenapa kerajaan Selangor dibawah Azmin Ali memerlukan masa dua bulan ?

4. Malangnya sehingga kini tindakan tidak diambil berkenaan perkara ini. Apa yang cuba dilindungi adakah Azmin terpaksa menyimpan seorang yang muflis diberi jawatan tinggi kerana orang itu mudah diperalat atau orang itu kena dipertahankan kerana ada rahsia disimpanya ?

Shafie wajar menjawab kebenaran surat yang
dikatakan antara bukti agihan projek 
ditandatangani oleh Shafie Apdhal kini dia 
main peranan pecahkan pembangkang Sabah dan  
membunuh parti seperti PKR, DAP kononya 
parti penjajah dari Semenanjung











........

5. Seperti biasa apabila diasak Azmin akan menggunakan alasan saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat. 9 Mac Azmin dipetik media menyerahkan kepada SPRM memutuskan. (klik sini) Umum perlu tahu Azmin walaupun anak angkat Mahathir tetapi ia mempunyai 'deal' belakang dengan Najib dan kerana itu ia terus dilindungi. Seperti mana SPRM menyucikan imej Najib, seperti mana SPRM menutup skandal balak Kelantan begitu juga SPRM akan melindungi Azmin walaupun perbagai bukti dimunculkan. Sebagaimana Hadi, Shafie Apdhal begitu juga Azmin ialah alat Najib untuk mengucar ngacirkan dan memecahkan pembangkang. Azmin sedar hakikat ini maka kerana itu setiap kali tersepit dia akan menyebut serahkan pada SPRM. Lihat sahaja Lim Guan Eng kerana kes yang sangat lemah dia didakwa kerana dia tegas melawan Bn (Najib), namun Azmin, Shafie dan geng Hadi masih bersih dibersihkan SPRM kerana mereka masih mengikut skrip.

6. Jika diteliti sebelum Jamal mendedahkan awal dari itu cheGuBard sudah menulis dilaman sosial berkenaan dengan Pengurus Besar YAWAS yang muflis dan teguran dibuat. Namun PKR malah pimpinan pembangkang yang lain membisu mengenai perkara ini walaupun mereka mengetahui lebih awal. Untuk pengetahuan semua sebelum apa pun yang che'GuBard tulis atau dedahkan akan pasti dihantar dahulu kepada beberapa pimpinan utama pembangkang, namun semua membisusebab masing - masing menjaga periuk nasik masing masing. Tujuan pendedahan yang che'GuBard buat ialah untuk memastikan kerajaan yang ditadbir bukan Barisan Nasional bersih dan tidak mempunyai 'palat' untuk dibongkar oleh Bn.


7. Azmin mempunyai banyak lagi fail yang bakal terdedah, malah Azmin sendiri terikat kaki dan tangan untuk memainkan peranan sebagai pengucar kacir pembangkang. Jika dia lari dari watak mengikut skrip yang dia persetujui dengan Najib maka pasti dia bakal disalai oleh badan seperti SPRM dan sudah tentu saat itu ketika PRU 14 sudah muncul maka ia akan menjadi bala kepada pembangkang.

8. Jemput klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/kertas-siasatan-bpr-ke-atas-azmin.html untuk melihat bagaimana Badan Pencegah Rasuah (BPR) pernah melengkapkan kertas siasatan terhadap Azmin ketika pakej menjatuhkan Anwar Ibrahim tetapi Azmin Ali masih bebas lepas dan tidak ada pendakwaan. Begitulah licik dan cekapnya orang bernama Azmin Ali. Ketia semua bertempiaran diasak regim mahathir, Azmin masih tenang dan membuka ruang seolah dia kambing hitam mangsa segalanya.

9. Ini juga peranan licik Azmin... dia yang tolak PH depan media walaupun presiden PKR sendiri umumkan kelahiran PH konon kerana nak jaga Pas. Dia yang terus bela Pas ketika PRU jauh lagi yang mana masa itu sesuai untuk singkir Pas namun bila tiba dah dekat PRU dia sendiri timbul politik supaya Pas dapat simpati dan dia juga hero pada kelompoknya.


catatan : che'GuBard, SAMM

Jemput klik http://chegubard.blogspot.my/2017/03/keluarjan-sulung-pusaka-tok-ayah.html?m=1

2 comments:

  1. Badman Kuciwa Gila2:17 PM

    Orang terbuang memang pandai cakap. Lebih baik masuk pas ahli gabungan PIGS

    ReplyDelete
  2. Muflis pun kena kerja. Muflis pun kene bayar hutang. Muflis bukan penyakit kusta. Muflis masih perlu support keluarga.. takkan itu pun bodoh..

    ReplyDelete