Thursday, November 03, 2016

Sultan Johor mungkin lupa sejarah aksi massa dan orang Melayu

Catatan Umum

3 November 2016


LARANGAN DEMONSTRASI ; ADAKAH SULTAN JOHOR LUPA DEMONSTRASI PERNAH SELAMATKAN KUASA RAJA MELAYU ?

Hari ini dilaporkan di media mengenai ucapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Sultan Johor) dalam Program Perhimpunan Bangsa Johor yang menyatakan bahawa baginda melarang sebarang bentuk demonstrasi di jalanraya diadakan dalam Johor.

Beliau menyerang Mahathir dengan mengatakan ada bekas pemimpin membawa virus memecah belahkan rakyat.

Respon saya ialah :
  1. Tak nafi kecaman Sultan Johor terhadap Mahathir 
  2. Namun kecaman terhadap Mahathir tidak boleh dilebarkan kepada segala bentuk demonstrasi yang merupakan hak rakyat yang dijamin perlembagaan Malaysia. Sultan Johor juga harus diingat bahawa satu ketika dahulu ketika kuasa Raja Melayu sudah pun hilang kerana Raja - raja Melayu sendiri menandatangani perjanjian / persetujuan kerana diugut oleh MacMichael. Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent namun dibatalkan 1 Febuari 1948 kerana penentangan kuat antaranya ialah apabila rakyat turun beraksi di jalanan di seluruh pelusuk tanah air. 
  3. Jika hujahnya pepecahan sedar atau tidak bahawa kewujudan 'bangsa Johor' itu sendiri boleh juga diterjemahkan sebagai usaha memecahkan lagi rakyat Malaysia. Sebelum Malayan Union rakyat khususnya orang Melayu melawan penjajah secara lemah kerana tidak ada penyatuan. Hanya ada usaha kesatuan peringkat kawasan dan negeri sahaja. Namun antara titik penting kejayaaan jalan meniti kemerdekaan ialah apabila 1 Mac 1946 apabila orang Melayu berjaya melunturkan semangat kenegerian dengan menjayakan Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Jika hanya berbeza pandangan mahu dilihat sebagai membawa perpecahan maka adakah boleh dikatakan juga usaha 'Bangsa Johor' juga merupakan usaha kebelakang mengangkat semangat kenegerian secara melampau dan memecahkan perpaduan Malaysia ?
Kesimpulan saya ialah mewujudkan semangat bangsa Johor tidak salah, membuat kumpulan mengkritik kerajaan juga tidak salah. Artikel 10 Perlembagaan jelas menjamin hak merdeka rakyat berkumpulan, bersuara dan berekspresi. Peranan Sultan menegur pemimpin kerajaan dihargai, peranan istana menasihati rakyat dihormati tetapi janganlah sampai menghalang hak merdeka manusiawi bagi berekspresi.

Saya menulis dalam keadaan menghormati institusi dan memohon rasional semua pihak, harapnya tak adalah kaki ampu yang akan membuat laporan Polis atau SKMM kerana cacatan ini.

catatan oleh ; che'GuBard, SAMM

juga dijemput baca warkah terbuka buat DYMM Seri Paduka baginda Yg DiPertuan Agong yang pernah saya coretkan beberapa tahun lalu yang berakhir dengan saya ditahan untuk soal siasat klik sini

No comments:

Post a Comment