Sunday, April 26, 2015

Sampai Bilakah Perubahan Tampuk Kepimpinan Negara Berkisar Kepada Siapa Yang Mahathir Mahu?

Kenyataan Umum
26 April 2015
Sampai Bilakah Perubahan Tampuk Kepimpinan Negara Berkisar Kepada Siapa Yang Mahathir Mahu?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau begitu kuat menyokong Najib Razak meniti tangga pemerintahan sehingga bergelar Perdana Menteri adalah kerana untuk membalas jasa Almarhum Tun Razak yang menaikkan Tun Mahathir di dalam UMNO. SAMM sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Tampuk pemerintahan negara
bukanlah perkara yang kecil. Seharusnya segala percaturan untuk menaikkan seseorang Perdana Menteri mestilah bersandarkan kepada merit yang memenuhi maksud terma Pemimpin itu sendiri.
Hanya kerana keinginan Tun Mahathir untuk membalas budi, maka hari ini negara sedang berhadapan dengan kemusnahan yang dahsyat. Sebagai seorang negarawan seharusnya Tun Mahathir lebih bijak dalam menilai sosok yang ingin disokong sebagai pemimpin utama selepas beliau tetapi nampaknya Tun Mahathir lebih mementingkan kepuasan peribadinya sendiri.
Begitu juga kenyataan Tun Mahathir yang menggesa GST dibatalkan perlaksanaannya. SAMM tertanya-tanya dimanakah Tun Mahathir sewaktu rejim Najib Razak mengumumkan rancangan melaksanakan GST? Apakah hari ini setelah Najib dilihat tidak lagi menjadi budak suruhannya maka, GST digunakan sebagai senjata terbaru menyerang Najib?
Adakah Tun menyedari bahawa seminggu sebelum 1 April, 80 aktivis telah pun ditangkap kerana mempersoalkan kesediaan Kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan GST? Kesemua mereka ini telah dihadapkan di mahkamah dengan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Pembangkang juga harus sedar jika benar Tun anti GST dan bersama mood rakyat...beranikah Tun berada di tengah massa rakyat pada 1 Mei nanti. Jawapanya tidak kerana Tun hanya menunggang pembangkang dan mood rakyat demi nafsu politik dia semata - mata. Ingat sejak dari dipecat Umno kali pertama lagi Tun sudah menggunakan pentas pembangkang bukan untuk bersama menumbang Umno dan gabungan tetapi hanya untuk memastikan kelansungan kehendak politiknya.
Dalam isu 1MDB dan Altantuya juga, pihak oposisi sama ada parti politik, NGO dan orang perseorangan telah lama bercakap soal ini. Ada yang telah ditangkap, dilokap dan menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana membangkitkan persoalan ini. Isu-isu ini bukanlah satu isu baru sebaliknya telah bertahun-tahun disuarakan.
Kebelakangan ini apabila Tun Mahathir menyuarakan perkara ini, seolah-olah baru seluruh negara tersedar sedangkan sebelum ini omongan dari pihak oposisi dianggap sebagai satu pembohongan. Rencana yang hanya ingin memburukkan rejim Pemerintah.
Pemimpin oposisi dan rakyat secara keseluruhannya harus ingat, setiap kata-kata serangan Tun Mahathir terhadap Najib hari ini bukanlah kerana benar-benar sayangkan negara ini. Tetapi lebih terdorong bersandarkan kepada kepentingan peribadi dan ketakutan Tun terhadap kebangkitan rakyat menolak hegemoni rejim UMNO/BN yang semakin tersasar agenda mereka.
SAMM juga tertanya-tanya, apakah jika Tun Mahathir berjaya menggulingkan Najib dan menaikkan Muhyiddin, maka selepas ini Muhyiddin pula akan menaikkan Mukhriz hanya kerana Muhyiddin telah termakan budi Tun Mahathir? Jika begitu, malaplah masa depan Malaysia kerana tampuk kepimpinan tertinggi berganti hanya dengan alasan membalas budi.
Harus diingati, Tun Mahathir sering mengganggu pentadbiran negara. Bukan hari ini, malah semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga ke zaman Najib Razak. SAMM tidak membela Najib, malahan memang benar Najib adalah Perdana Menteri terlemah dalam sejarah negara, tetapi sampai bilakah kita mahu pertukaran Perdana Menteri dan Pentadbiran Negara hanya berkisar kepada siapakah yang Tun Mahathir mahukan dan siapakah yang boleh mengikut setiap kehendaknya? Rakyat harus menghentikan kegilaan ini.
Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

4 comments:

  1. PERJUANGAN UTK KEPENTINGAN POKET MASING2, BUKAN UTK RAKYAT !!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:00 PM

    Yee.. biar rakyat buat pilihan saper yg patut jd PM. Yg pasti bukan dari kelompok UMNO.. Kalau nak jugak org UMNO lebih baik x pyh tukar PM. Biarkan aje Najib biar jahanam terus dgn sendirinya..

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:48 PM

    MAHATHIR ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH INI BAPAK SEGALA PENGKHIANAT.RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA.JADI BAPAK SEGALA PENGKHIANAT DI,MALAYSIA INI DIA BOLEH BUAT APA SAJA YANG DI MAU DIA BEBAS DARI SEMUA SEGI UNDANG UNDANG SEBAB NYE SEMUA AGENSI KERJAAN INI TERUTAMANYA YANG MEMPUNYAI KUASA SAPERTI PERUNDANGAN ,DAN PENGUASA POLIS INI KETUA KETUA MEREKA INI TELAH DIRASUAH OLEH BAPAK SEGALA PENGKHIANAT LAKHANATULLAH INI. DAN MENYEBABKAN KEROSAKKAN.SEHINGGA KETAHAP MARUAH HARGA DIRI SESEORANG..BILA TAKADA.MARAUH TAK UBAH SAPERTI SEORANG PELACUR YANG DIBAYAR MAU PUN HARGA NYE TINGGI. KAKITANGAN KERAJAAN INI DIBERIKAN PANGKAT WALAUPUN TIDAK LAYAK TAPI MESTI MAMPU MEMBUAT KERJA KERJA KOTOR ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH INI.CONTOH BUAT MASA SEKARANG INI YANG JELAS KITA LIHAT ANAK ANAK MELAYU YANG BERKELAYAKAN TIDAK MAHU MENGIKUT TELUJUK MEREKA TERUTAMANYA TRANSFORMASI BASI YANG MENGINAYAKAN RAKYAT GST.JADI MEREKA MELANTIK ANAK ANAK HINDU PARIA MELAKSANAKAN NYE.ENTAH DARI MANA DATANGNYE ANAK HINDU PARIA SAARIGAR NI PUN KITA TAK TAHU.ANAK HINDU PARIA DALAM KERAJAAN INI BOLEH JILAT PUNGGUNG.C ONTOH YANG TERDAHULU SEMUA ORANG TAHU KES ANWAR DAN ANAK HINDU PARIA INI PUN MENGAKU YANG DIA MEMBUAT PEMBOHONGAN TERHADAP KES ANWAR INI SECAA TERANG TERANG .TAPI DIA BEBAS TIADA SIAPA YANG BERANI.HAKIM HAKIM YANG ADA KOTE RUPA CENDAWAN CINA INI TAKUT IBARAT MACAM DICABUT NYAWA.INI LAH GELAGAT ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH INI.TAPI ORANG MELAYU IBARAT YANG PALING SENANG NNTUK DIBUAT CONTOH .DIA AMAT SUKA KALAU DIA DIJAJAH OLEH BRITISH.DIA AMAT SUKA KUALA LUMPUR DIBUKA OLEH YAP AH LOY..NEGAR TANAH MELAYU DIA AMAT SUKA ANAK HINDU PARIA BUKA MELAKA.ITUSEBAB PEMINPIN PEMINPIN PENGKHIANAT DIHARI AMAT BEBAS MEROMPAK NEGARA TAK KIRA HARTA BENDA MAU PUN NYAWA.

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:19 PM

    tepat sekali. mahathir buat sesuatu atas dasar kepentingan peribadi mengatasi segalanya. skrg dia cuba dinobatkan sbg hero, sedangkan isu yg dibangkitkannya telah diketengahkan long time ago oleh pihak pembangkang. bab nak pilih next pm, minta tlg mahathir jgn masuk campur. dah dua kali berturut2 pilih pm yg kemudian dia dah dan nak singkir. nak score hattrick ka?

    ReplyDelete