Thursday, April 23, 2015

Dr. Hassan Ali sahkan memang ada usul gabung PAS / Umno dan ia dibawa oleh Hj.Hadi

Catatan Umum

23 April 2014


Dr. Hassan Ali sahkan memang wujud usul UG untuk gabung Umno/Pas dan cadangan oleh Hj. Hadi sendiri.
  1. Minggu lepas ketika mencari video lama di 'youtube' tiba - tiba terjumpa sebuah video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan 'Berita Terkini' yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di sini klik https://www.youtube.com/watch?v=9s6dOkF8FjQ&hc_location=ufi&app=desktop
  2. Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.
  3. Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Dr. Hassan menyatakan sememangnya wujud usul untuk menggabungkan Pas dan Umno dalam usul yang dinamakn usul UG yang dibawa oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang sendiri. Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong perbagai pihak dalam Pas antaranya ialah Ust.Nasharudin Mat Isa (Bekas Timbalan Presiden Pas) termasuk beliau sendiri. Dr. Hassan dengan tegas menyatakan (Tuan Guru) 'Nik Aziz' pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan Pas itu.
  4. Dengan nada menghina Dr. Hassan menyebut 'Nik Aziz' ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Bharu tetapi sebaliknya pergi ke rumah Karpal Sigh, untuk menyambut ulang tahun Karpal. malah Dr. Hassan menyatakan selagi 'Nik Aziz' hidup jangan mimpi UG terlaksana.
  5. Dr. Hassan dalam video tersebut beberapa laki menegaskan Hj. Hadi sangat pro pengabungan Pas / Umno tetapi telah dihalang oleh 'puak - puak' Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam Pas.
  6. Dr. Hassan tanpa berselindung menyatakan menjelang Muktamar Pas Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hj. Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan 'ulama' yang lebih terbuka dan sanggup bergabung Pas dan Umno demi Melayu dan Islam.
  7. Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti respon Tuan Guru Hj Hadi , Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ?  Adakah benar kempen pemilihan dalam Pas yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang 'usul UG' dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno - Pas itu sendiri. Jika ia fitnah maka  video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hj. Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Dr. Hassan Ali menarik fitnah tersebut atau disaman.
  8. Mohon respon dari YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

oleh : che'GuBard


3 comments:

  1. cucu mamak kutty7:49 PM

    saman le klu ini fitnah

    ReplyDelete
  2. Pendirian "FLIP-FLOP si TGHH kebelakangan ini menjelaskan perkara itu. Ia nya di tambah apabila perlantikan jawatan Mursidul Am di laku kan dalam kaedaan yang boleh di pertikai kan. Yang paling "SIAL" ada lah apa bila "ANAK ANTU" si presiden boleh "TERLANTIK" oleh PAS Subang. Bukan kah angkara dia telah berlaku pertindihan calon di dua kawasan di Selangor. Di P. Pinang pula saudara Che Gu Bard telah menjadi mangsa.

    Pemilihan bahagian bahagian yang sudah pun mengada kan mesyaurat menunjuk kan bahawa PRO RGHH telah mendapat sokongan. Sekira nya di Muktamar nanti puak puak ini terus di sanjung dan di julang, percaya lah bahawa impian UG ini akan menjadi kenyataan. Andai kata ia nya berlaku PAS hanya menunggu masa untuk berkecai. Di kala itu UMNO-BARU akan bertepuk tangan bukan menghulurkan tangan "SIAL" mereka untuk meneruskan UG.
    Mengapa puak puak ini masih tak serik dengan perlakuan "SYAITAN YANG DI KENALI INI"

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:20 AM

    Kita tunggu dan lihat wajah sebenar ostaz2 kita.

    ReplyDelete