Kenyataan Terbuka
24 Oktober 2014
ANWAR TIDAK AKAN KE
PENJARA
1.
Persoalan apa keputusan perbicaraan kes Fitnah 2
ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi bualan. Saya sendiri
dihujanipersoalan ini dari perbagai pihak termasuk media. Ramai yang melihat
Anwar akan ke penjara namun telahan saya sedikit berbeza.
2.
Saya tidak mahu membincangkan kes ini dari aspek
teknikal atau perundangan kerana bagi saya jelas kes inimerupakan kes politik
dan sahih wujud konspirasi kerana tidak boleh sesiapa nafikan sebelum Saiful
dikatakan diliwat ia muncul ‘mengadap’ ketua seteru politik Anwar.
3.
Oleh kerana ia kes politik maka keputusan kes
Fitnah 2 ini terletak kepada perkiraan juga. Aspek antarabangsa nampaknya agak
kecil dalam kes kali ini kerana Najib sudah mampu memunculkan diri sebagai
budak Amerika yang baik dalam perbagai aspek.
4.
Dari sudut parti politik Umno itu sendiri, Datuk
Seri Najib Razak memerlukan Anwar di luar penjara.Bukan rahsia kelompok yang
kecewa dengan Najib dalam Umno dan Bn itu bukan sedikit jumlahnya. Namun mereka
tidak mungkin menyerang Najib secara terbuka kerana tidak mahu merisikokan
kestabilan Umno dan Bn kerana antara ancaman terbesar Umno dan Bn masih ada
iaitu Anwar. Ramai yakin jika Anwar dipenjara, maka ancaman besar hilang jadinya
kumpulan yang kecewa dengan Najib pastinya akan bergabung dan mula menyerang
Najib. Bukan itu sahaja perebutan dan pertembungan antara kem akan lebih jelas
lagi. Kini semuanya tidak berlaku hanya kerana mereka takut hilang kuasa kerana
mereka amat faham dengan kelebihan Anwar mencelah jika krisis besar berlaku
dalam Umno/Bn dan mereka semua akan hilang kuasa. Kesimpulanya Najib akan
selesa dan selamat jika Anwar di luar.
5.
Muncul pula persoalan adakah Mahathir akan diam
jika Anwar bebas dibawah pemerintahan Najib ? Jawapanya Najib bukan Pak Lah
yang dikuasi oleh kelompok muda diketuai Khairy yang tidak memahami seni
politik ketika itu. Mahathir kini harimau dicabut misai mengamun sekali sekala
tetapi diam, dia kini mendapat akses kepada banyak tempat, Mahathir kini
dijinakkan dengan duduk dikerusi no. 1 Proton, malah anaknya juga dilayan baik
selaku MB Kedah.
6.
Dilihat dari aspek ikatan Pakatan Rakyat dan PKR
itu sendiri pula lebih positif bagi Najib jika Anwar bebas. Bukanlah rahsia
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil
alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar. Orang- orangnya
disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti
sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan
hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar boring pencalonan. Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar
maka ia akan seolah anti klimaks kepada kartel Azmin ini. Jika Anwar ditahan
pasti akan berlaku operasi ‘pembunuhan politik’ besar besaran dalam PKR. Dimana
bukan penyokongnya akan diflush keluar.
7.
Namun melihat bagaimana dia dan kartelnya
melanggar keputusan parti secara licik dan tersusun melobi diri sendiri dalam
kes Menteri besar Selangor tanpa penghiraukan dia memalukan presiden parti,
menyebabkan istana menuduh DSAI sebagai pengkhianat/penderhaka malah ikatan PR
turut dirisikokan hanya kerana dia mahu menjadi MB… melihat perkembangan
tersebut dapat dijangka jika Anwar bebas maka akan berlaku pertembungan dimana
jelas akan berlaku pertembungan besar yang mampu mengakibatkan pepecahan besar.
8.
Kesimpulannya jika Anwar ditahan PKR akan
dikuasai Azmin cuma mengecil sedikit kerana bukan kartel akan dipancung. Namun
ia tetap bahaya pada Bn kerana kekecewaan orang ramai terhadap pentadbiran
Najib yang lemah akan mengalihkan sokongan pada PKR dan PR. Namun jika Anwar
bebas PKR akan bertembung hebat diantara kartel Azmin dan penyokong Anwar /
Azizah maka parti itu akan hancur dan sudah tentu PR akan terjejas teruk.
9.
Persoalanya ialah apa yang rakyat dapat ? Saya
yakin jika analisis ini kekal dan tanpa kejadian atau campur tangan lain,
InsyaAllah Anwar akan dibebaskan, maka menjadi cabaran baginya untuk menyusun
dalam saki masa yang terhad selepas keputusan mahkamah itu dalam mendepani
cabaran yang cukup mencabar bagi melakukan sentuhan terakhir bagi menumbangkan
regim Bn.
Sekian.
Dulu anwar budak amerika, sekarang dah tak berguna lagi. Tiada lagi support dari luar.
ReplyDeleteAnwar lebih berbahaya kpd najib jika dia bebas bergentayangan di luar penjara,.. dia jadi tokoh penyatuan gerakan anti BN. Tapi bila dia didalam penjara, langkahnya terbatas, pakatan akan terus berpecah...sekarang pun retak dah semakin melebar!.
Najib tak perlukan anwar untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno. Jawatan PM dan menteri kewanganlah yang sebenarnya yang diperlukannya. Mana yang berbunyi akan disuap sehingga senyap!
Anwar akan dipenjarakan atas kesalahan peribadi yang dilakukannya sendiri. Che GuBard pula memerlukan anwar diluar demi kelangsungan politik peribadinya.
SUDAH SAMPAI MASANYE ANAK KESEMUA NEGARA MALAYSIA INI LEBIH BERANI DARI APA YANG SUDAH DILALUI DIZAMAN REFORMASI. TIADA SEBARANG PERUBAHAN.ADAKAN DEMO GST KEESUKAN NYE NAJIB DAN BABI BABI KERAJAN BN INI MENGARAHKAN AGAR PARLIMEN MELULUSKAN NYE.KES ALTANTUYA TIDAK SELESAI SAMA SEKALI.KETUA POLIS PEGUAM JADI BALACI KERAJAAN LAKHANATULLAH INI.UMNO YAHUDI INI TIADA LAIN CARA UNTUK MEMERANGINYE.YANG TERBAIK FISABILLILAH
ReplyDeleteKita harus sokong supaya Anwar dipenjarakan. Dengan ini, Najib akan berada dalam bahaya dan BN akan tumbang. Ayuh penjarakan Anwar!
ReplyDeletejangan bodoh lah. orang berjuang tegak keadilan. bukan menyerah membabi buta. busuk lah manusia yang semakin tua ke penjara. hanya sbb mainan politik. seorang islam perlu lawan keadilan diri dia. bukan menjadi hamba abdi politik. cuba kau dah tua nanti aku penjarakan kau. cuba fikir anak isteri cucu kau. 1 kali penjara boleh. 2 kali dah tahi. ada rakyat bodoh. ada rakyat bijak. tp semua tk suka dipijak.
DeleteDari sudut parti politik Umno itu sendiri, Datuk Seri Najib Razak memerlukan Anwar di luar penjara.Bukan rahsia kelompok yang kecewa dengan Najib dalam Umno dan Bn itu bukan sedikit jumlahnya. Namun mereka tidak mungkin menyerang Najib secara
ReplyDeleteterbuka kerana tidak mahu merisikokan kestabilan Umno dan Bn kerana antara ancaman terbesar Umno dan Bn masih ada iaitu Anwar. Ramai yakin jika Anwar dipenjara, maka ancaman besar hilang jadinya kumpulan yang kecewa dengan Najib pastinya akan bergabung dan mula menyerang Najib. Bukan itu sahaja perebutan dan pertembungan antara kem akan lebih jelas lagi. Kini semuanya tidak berlaku hanya kerana mereka takut hilang kuasa kerana mereka amat faham dengan kelebihan Anwar mencelah jika krisis besar berlaku dalam Umno/Bn dan mereka semua akan hilang kuasa. Kesimpulanya Najib akan selesa dan selamat jika Anwar di luar.
Kalau mcm tu PENJARAKAN ANWAR!!!!!!! KITA NAK TENGOK NAJIB AKAN BERADA DLM BAHAYA & BN AKAN TUMBANG.........BEGITU????? KAN!! KAN!!! KAN!!!
Kalau Kesimpulanya Najib akan selesa dan selamat jika Anwar di luar. Adalah lebih baik Anwar di penjarakan. Sbb senang PKR, DAP mahu tumbangkan Najib & K'jaan BN.
ReplyDeleteKorbankan seorang dpt menyelamatkan 1 M'sia!!!! Begitu kan?
Anon 10:17 am, Gua sokong pendapat Bro!! ... supaya kita sama-sama dapat tengok "SIAPA YANG KENA"
ReplyDeleteChe GuBard pula memerlukan anwar diluar demi kelangsungan politik peribadinya.Sbb tu dia buat kesimpulan yg Najib akan selesa dan selamat jika Anwar di luar.
ReplyDeleteTak mahu komen, bro fikir sendiri bro jawablaa!!!
ReplyDeleteSokong pandangan anon 10:17 am
ReplyDeleteSebenarnya Bard dlm bahaya sekira bapak pembohong masuk penjara.
ReplyDeleteaku heran ..majoriti orang Melayu beragama Islam..ttp otak lbh busuk dr haiwan.. fitnah mengfitnah di tegah olh agama tp perkara biasa bg orang melayu yg berpolitik atu bukan...
ReplyDeleteOrang Melayu sebegini yg menghina agama suci Islam dan bukan nye orang bukan Islam yg menghina..
Siapa yg menggadai kan bangsa Melayu kalu bukan orang Melayu sendiri .. Apa jadi tanah Melayu . hancus d sebab kan orang Melayu... Hati orang Melayu memang busuk..
kes liwat tak abis2 menjadi modal survival pihak2 tertentu tanpa menilai kesucian agama yg di anuti..Orang Melayu yg sebegini elok di panggil BABI aja... jijik
Betul tu. Penjarakan Anwar segera demi Pakatan Rakyat dan membahayakan Najib.
ReplyDeleteCuba umur kau 70 tahun kau dipermainkan oleh politik. Aku sumbat kau dalam penjara. Dalam tu aku hari hari pijak kepala kau. Kau rasa kau nak tak dipenjarakan? Dasar lanat tk fikir. Orang tu berkeluarga. Bukan senang senang nk pergi masuk penjara. Umur 70. Biar lah dia lawan. Tak perlu takut.
DeleteArtikel ni ditulis untuk kes anwar ka untuk kritik azmin ali...hahahaha...che gu2..biasa la politik..azmin ada pengaruh ke nk lwn kartel anwar..lwn BN lg baik..pda lwn kawan sndiri..
ReplyDeleteDari segi syarat Islam Anwar tdk layak d penjara....untung sana rugi sini ke Anwar tdk cukup kesaksian utk d sabit kesalahan...full stop
ReplyDeleteDatuk Anwar tidak bersalah ini adalah permainan kotor dan licik dari parti politik..memfitnah je kerja gila kuasa nanti tunggu di akhirat tunggu je la nnt kena seksa.penjara org sesuka hati membabi buta.. kes liwat kepala hotak.. org dah ada bini buat pe nak liwat lelaki.. ni kes takut la ni klau anwar menang jd pemerintah..ada juga rakyat yg bebal sokong BN kene bg habuan sikit je esok2 complain ntah pe2 la..
ReplyDeleteMengaku islam melayu ntah apa tapi hati keji mcm syaitan ni pe kes penjara Anwar x cukup2 lg ke..yg kes Altantuya tu x heboh2 yg ni pulok 1 dunia nak heboh..drpada nak "main" fitnah2 bgus lg korang menegakkan keadilan dan bela rakyat yg kelaparan miskin x cukup pndidikan..sedar2 la esok2 mati baru menyesal byak dosa..