Friday, October 24, 2014

3 PKR DAN 2 DAP U TURN SELEPAS SOKONG DSWA

KENYATAAN TERBUKA
23 OKTOBER 2014

3 PKR DAN 2 DAP U TURN SELEPAS SOKONG DSWA

1.       Kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 (sila klik)  langsung tidak dijawab YB Azmin Ali jelas hari ini semua tuduhan saya benar dan semua telahan saya dalam kenyataan tersebut menjadi nyata. Sedihnya PKR, PR telah dipermainkan hanya kerana cita – cita rakus seorang ahli politik sejati dan lebih malang lagi seorang yang digelar ibu gerakan reformasi, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,Presiden parti dimalukan oleh Azmin Ali.

2.       Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai bagaimana 5 orang ADUN (2 DAP 3 PKR) selepas beberapa hari mengikrarkan sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah membuat satu surat sumpah berbeza. Masing masing menarik sokongan ke atas Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan kononya taat setia dengan pilihan siapa juga yang dipilih DYMM Sultan Selangor. Maka muncul persoalan ; Siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya ? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB ?

3.       Dalam kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 jelas menyatakan dan selepas Azmin menjadi MB telah terbukti sememangnya Azmin telah melanggar disiplin parti Parti telah menegaskan berkali kali hanya satu calon bakal MB tetapi Azmin dengan jelas juga telah tidak mempedulikan keputusan parti dengan terus melobi diri untuk menjadi MB. Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri juga sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

4.       Jelas PAS menghantar 3 nama tidak terkandung nama Azmin dan DAP  serta PKR menghantar satu nama yang jelas bukan Azmin. Siapa yang menghantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri. Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR (PAS PKR dan DAP) bersetuju hanya satu nama sebagai calon MB dia telah menghantar nama sendiri ke Istana melalui surat Badan Perhubungan PKR Selangor

5.       Akhirnya rakyat menyaksikan parti gerakan reformasi tersungkur di depan kuasa feudal. Tetapi ramai tidak mengetahui mengenai lobi diri sendiri azmin ali dan kewujudan akuan bersumpah 2 adun DAP dan 3 adun PKR terhadap Dr.Wan Azizah  yang digunakan dalam usaha melobi Istana pada ketika itu. Jika ini benar maka sewajarnya Istana tidak harus dipersalahkan. Salahnya ialah PKR mempunyai seorang Timbalan Presiden yang jelas tidak punya disiplin parti, tidak mampu bergerak secara organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita cita peribadi.

6.       Lobi diri sendiri dan sengaja tidak akur keputusan mesyuarat ialah pelanggaran disiplin parti. Persoalanya apa tindakan disiplin parti ? Adakah Azmin begitu berkuasa kerana bukan sahaja dia dengan jelas dan sengaja tidak akur keputusan parti tetapi mampu pula membuat parti u turn dan mengikut kehendak dia ?

7.       Jika PKR mampu ‘deal’ dengan pemimpin yang tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Tan Sri Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti ? Adakah PKR mengamalkan 2 set undang – undang berbeza, satu untuk anggota biasa dan satu set undang- undang untuk mereka yang istimewa ?

8.       Mengenai 3 ADUN PKR yang menandatangani SD menarik sokongan pada Dr. Wan Azizah jika parti memberi jaminan akan mengambil tindakan serius (jika benar) saya sedia memberikan semua bukti yang ada pada saya kepada lembaga disiplin parti.

9.       Dalam perkembangan yang hampir sama awal lagi terdedah konon wujud pula satu lagi SD lain yang menyebut nama ADUN Sri Andalas mengenai menarik sokongan terhadap Presiden PKR selaku MB malah wujud pula sekeping surat rasmi yang konon menyatakan dia keluar parti kerana kecewa. Beliau telah menafikan semua ini dan menyatakan telah membuat laporan polis. Namun ramai terus mempercayai ada kemungkinan dokumen – dokumen tersebut mungkin benar. Di sini YB Xavier diminta menamakan balai mana, tarikh , masa dan no. report laporan polisnya yang menafikan SD menarik sokongan terhadap Wan Azizah dan surat konon meletakkan jawatan itu palsu ? Dia kini bertaraf Naib Presiden PKR sudah tentu dia perlu tampil menafikan perkara sebegini.

10.   PKR sendiri termasuk Azmin sendiri harus tampil menjawab persoalan ini. Jika tidak jelas hanya kerana cita – cita politik maka seluruh anggota PR, anggota parti komponen lain dalam PR serta penyokong dan seluruh rakyat dipergunakan.

Sekian .


cheGuBard
Anggota Seumur Hidup (digantung)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

No comments:

Post a Comment